Nama Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman atau Nadir Al-Nuri tiba-tiba menjadi tumpuan Malaysia sejak krisis kemanusiaan di Palestin memuncak, awal Mei lalu.
Peristiwa pencerobohan di Masjid Al-Aqsa yang disasarkan terhadap para jemaah yang sedang beribadat pada hari-hari terakhir Ramadan benar-benar mencabar kesabaran umat Islam di seluruh dunia.
Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, pangkat dan usia juga mengecam hebat pelanggaran hak asasi manusia tersebut. Pelbagai usaha termasuk bantuan derma kilat, solidariti di media sosial dan laporan terkini tanpa henti membanjiri semua platform media sejak hari itu.
Salah satu sumber paling dipercayai datangnya daripada warga Malaysia sendiri, yang penulis kira sebagai satu-satunya frontliner Malaysia di bumi Gaza. Nadir Al-Nuri pantas memberi kerjasama tatkala Majalah Nona menghubunginya.
Ahad, 16 Mei 2021 bersamaan 3 Syawal 1442H. Nadir mengirim sebuah video yang benar-benar menyentuh hati penulis.
“Ini adalah video dari tempat pengeboman pagi tadi yang menyebabkan 33 orang syahid sehingga kini. Mangsa masih lagi dikeluarkan dari bawah runtuhan.
Tapi misi besar ketika ini ialah untuk menyelamatkan seorang anak perempuan yang menghantar mesej di balik runtuhan kepada kawannya dengan pesanan, ‘Selamatkan Aku’…
Selepas semalaman mencari, malangnya anak perempuan ini gagal diselamatkan. Beliau ditemui syahid bersama anggota keluarganya yang lain dengan telefon masih di tangan.” Nadir Al-Nuri
Allahuakbar, mengalir air mata!
PERJUANGAN NADIR
Sedari sejak Syawal pertama lagi kami berbalas-balas text mengenai perkembangan terkini di Semenanjung Gaza. Hampir setiap hari juga hati penulis tak keruan menantikan jawapan beliau, memandangkan kawasan perumahannya sering menjadi sasaran musuh.
Ads
Bimbang betul kalau inilah text terakhir Nadir… Allahu, semoga Tuhan panjangkan usia beliau dan memelihara keselamatan dan kesihatan-Nya seisi keluarga.
Sebagai satu-satunya rakyat Malaysia yang masih menetap di Gaza sehingga sekarang, Nadir Al-Nuri diibaratkan seperti duta kecil kita di sana.
Sumbangan Cinta Gaza Malaysia sempena Ramadan lalu
Salah satu usaha menggembirakan kanak-kanak Palestin
Kanak-kanak Palestin gembira dengan bantuan Cinta Gaza Malaysia
Nadir Al-Nuri sentiasa prihatin tentang nasib kanak-kanak yatim di Gaza
Selain menyalurkan pelbagai bantuan keperluan asas, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) berusia 30-an ini kerap menjadi perantara masyarakat Malaysia dengan Palestin, dengan menyebarkan pelbagai informasi semasa serta menjelaskan situasi sebenar yang bergolak di sana.
Percaya tidak, akaun media sosial Nadir Al-Nuri pernah disekat apabila beliau berkongsi hantaran video seorang kanak-kanak Gaza yang berlari mengejar jenazah ayahnya.
Ads
Sejak insiden tersebut, pengikut beliau dari seluruh dunia mula mengikuti akaun Facebook baharunya (klik sini) serta channel Telegram yang dibangunkan khusus untuk tujuan yang sama (klik sini).
Antara yang menjadi perhatian Nona, adalah sewaktu sesi LIVE Mizz Nina dan Noh Hujan dengan Nadir Al-Nuri di Instagram pada malam raya lalu, dimana bunyi ledakan b0m seakan muzik latar temu bual tersebut.
Akhbar Berita Harian pada tahun 2016 pernah melaporkan, semenjak menuntut di bumi anbiya lagi, Nadir Al-Nuri sudah berjihad membela nasib anak-anak yatim yang keluarganya syahid menentang zionis.
Sudah ketentuan jodoh, perjuangan Nadir bertambah lancar sejak berkahwin. Lelaki hebat berusia 30-an ini berumahtangga dengan seorang balu pejuang Palestin, Reem Al-Minawi, yang mempunyai lima orang anak.
“Pada awalnya saya berada di bumi Palestin sebagai pelajar jurusan Syariah di Universiti Islam Gaza.
Ads
Dengan tekad ingin membantu anak-anak yatim di sini, saya menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dipanggil Persatuan Cinta Gaza atau ‘From Gaza With Love’ bagi mengatur pelbagai program termasuk kutipan dana.” Nadir Al-Nuri
Benar janji Allah mengenai rezeki ketika kita membela nasib anak-anak yatim. Kehidupan Nadir bertambah berkat, malah siapa sangka itulah asbabnya beliau mengenali isteri tercinta sebelum mereka melangsungkan perkahwinan pada tahun 2016.
Kini Nadir dan isteri juga mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkongsian hidup mereka. Ini menjadikan Nadir sebagai bapa kepada tujuh orang anak, yang kesemuanya menetap di Semenanjung Gaza.
Bekas pelajar Sains Marin, Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu berkata, mereka sekeluarga kini penggerak kepada Cinta Gaza Malaysia, yang komited untuk membela nasib anak yatim dan mengatur pelbagai program khususnya mendapatkan dana bantuan untuk mereka.
Setiap sumbangan yang disalurkan ke Cinta Gaza Malaysia akan diagih-agihkan kepada mangsa di Palestin secepat mungkin. Nadir sendiri yang menjadi wakil penyumbang, dengan harapan dapat membantu mereka yang terjejas teruk di Gaza.
Kasih sayang terhadap isteri dan anak-anaknya di Palestin membuatkan semangat Nadir lebih berkobar-kobar ingin memberikan yang terbaik buat semua pihak. Semoga segala usaha ‘frontliner bantuan kemanusiaan’ Malaysia ini dipermudahkan serta mendapat pembalasan terindah daripada Allah Taala.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rindu kepada orang yang ‘dah tiada’ memang sakit yang sukar dibendung. Sakit menanggung rindu kepada yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Rasa kehilangan itu hanya dirasai oleh mereka yang pernah melaluinya.
Telah dua tahun berlalu tetapi Nora Ariffin tetap merasai ‘kehilangan’ suaminya yang tercinta, komposer terkenal Johan Ariffin. Kini pemilik nama sebenar Wan Norafizah Ariffin ini meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun kadang-kadang rasa rindu itu datang menyapa.
Nora turut merasakan ‘sakit’ apabila mendengar berita orang disekelilingnya yang baru menghadapi situasi yang pernah dilalui oleh ibu kepada empat orang cahaya mata ini. Rasa itu telah dikongsikan oleh wanita yang berusia 46 tahun ini di laman media sosialnya.
Kongsi Nora,” Kebelakangan ini, ramai yang kehilangan suami tercinta. Takziah saya ucapkan. Rasa simpati dan sedih dapat saya rasakan. Kita sayang suami kita tapi, Allah SWT lebih sayang dia lagi.
Tiada siapa yang minta musibah sebegini. Kita jaga suami kita sebaik mungkin tapi Allah SWT ambik balik. Di saat kita belum bersedia.
Bolehkah kita berunding dengan Allah SWT minta ditangguhkan? Bolehkah kita menghalang kehendak Allah SWT? Bolehkah kita menyalahkan orang lain? Tidak sama sekali. Kerana itu yang namanya QADA & QADAR, ketentuan Allah SWT.
Kita tidak boleh memilih suka dan bahagia selamanya. Kerana dunia ini sementara dan penuh dengan ujian. Kerana suka dan duka itu adalah RAHMAT ALLAH SWT.
Jangan kita seronok dengan nikmat saja. Bila ditimpa ujian, kita tak boleh terima. Lebih parah bila kita mula menyalahkan orang lain, nauzubillah..
Mustahil ada orang yang mahukan derita. Tapi itu namanya REDA. Memang susah nak terima. Tapi itulah UJIAN. Ujian dari Allah SWT untuk meningkatkan iman kita. Belum tentu beriman seseorang itu selagi mereka belum diuji.
Kepada mereka yang senasib dengan saya, bertabahlah dan sabar. Pedulikan kata-kata manusia, buat apa yg diredai Allah SWT. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian.
Kepada yang masih punya segalanya, bersyukur lah. Jangan sesekali memandang rendah, melempar fitnah, menghina orang lain kerana kita pun bukan sempurna. Kita belum tahu nasib kita bagaimana.
Berdoalah yang baik-baik. Husnudzan pada Allah SWT. Apa yang kita miliki semuanya adalah sementara. Wallahuallam,” kata Nora yang kini lebih suka menyibukkan diri dengan pelbagai urusan termasuk menguruskan perniagaan yang ditinggalkan suaminya.
Sekali lagi Nora telah berpesan kepada pengikutnya, “Biarlah apa mereka kata, bawalah diri, ubatilah hati dengan berserah kepada Allah SWT yang Lebih Mengetahui,” katanya.
Nora turut menyelitkan Firman Allah SWT yang berbunyi, “Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu. Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik,”. Surah 73, Al-Muzzammil, Ayat 9-10.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa pun tak dapat menafikan kejelitaan yang dimiliki oleh supermodel dan dramatis terkenal, Nasha Aziz. Setiap kali muncul di pentas fesyen pasti akan menjadi tumpuan lensa.
Manisnya Nasha Aziz!
Baru-baru ini ketika memperagakan busana Muslimah di pertunjukan fesyen jenama Muslimah tempatan, Munawwareen di sebuah hotel terkemuka, Nasha tampil anggun berhijab sambil menggayakan rekaan jubah khas rona hijau zamrud bertatahkan jemeki.
Selebriti popular yang kini berusia 51 tahun itu terpilih untuk membuat penampilan khas sempena pelancaran koleksi terbaharu jenama tersebut bertemakan ‘Sempurnakan Hijrah Cinta’.
“Saya bersyukur dengan rezeki yang ALLAH SWT bagi dan berterima kepada pihak Munawwareen terutamanya Datin Hajah Aliza kerana memberi kepercayaan kepada saya.
“Saya hanya melakukan tugas dengan sehabis baik apabila diberikan tanggungjawab. Apa sahaja rezeki yang datang, saya terima.
“Bagi saya, dalam apa sahaja yang kita lakukan, buatlah sepenuh hati. Hargailah setiap momen, kreativiti, keindahan dan usaha masing-masing.
“Saya percaya rezeki tidak pernah salah alamat. Walaupun dijemput dalam masa satu minggu, saya bersyukur dapat bersama pasukan yang hebat ini,” ujar bintang filem Talbis Iblis ini.
Pada acara yang dihadiri 300 tetamu itu, kira-kira 21 rekaan dengan jumlah 36 busana diperagakan. Ia merangkumi segmen Hawa 1 (koleksi telekung), Hawa 2 (koleksi jubah dan abaya), Rijal (jubah dan kurta lelaki) dan Hawa 3 (koleksi jubah dan dres eksklusif).
Kesemua rekaan bakal dilancarkan bermula Oktober 2022 sehingga Mac 2023 secara berperingkat.
Rekaan patuh Syariah, jenama ini direka dengan potongan Ionggar serta pemilihan fabrik yang tidak menampakkan bentuk badan.
“Munawwareen mahu dikenali dengan identiti fesyen Islamik yang berusaha mengikuti landasan Syariah. Sekarang kita dapat lihat lebih ramai wanita bijak berfesyen meskipun menutup aurat dengan sempuma,” kongsi Pengasas dan Pengarah Urusan Munawwareen Holdings Sdn Bhd, Datin Aliza Abu Bakar.
Munawwareen turut melancarkan lagu rasminya berjudul Munawwareen mewakili jenamanya ciptaan Hafiz Hamidun. Ia dinyanyikan oleh Ernie Zakri.
Persembahan Ernie Zakri yang sentiasa memukau.
Turut menyerikan acara ialah persembahan daripada Tomok dan Syamel, selain kehadiran beberapa selebriti popular tanah air antaranya Hawa Rizwana dan Rozita Che Wan.
Kredit Foto: Instagram Munawwareen
Sumber: Sinarplus
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejadian banjir yang menimpa penduduk Shah Alam dan Klang beberapa hari lepas, rupanya turut dialami sendiri oleh penyanyi popular Misha Omar usai membuat persembahan di PWTC (kini World Trade Centre Kuala Lumpur).
Dalam pertemuan terbaharu, wanita jelita berusia 39 tahun ini sempat bercerita detik-detik cemas yang menimpa dirinya, kakak serta anak-anak pada waktu yang sama air melimpah tinggi di Lembah Klang.
Walaupun berasal dari Pantai Timur yang kerap berlaku musibah banjir, namun peristiwa mencemaskan hingga terpaksa menyelamatkan diri ini terpahat sebagai pengalaman pertama buat ibu kepada Adam dan Idris itu.
“Selepas membuat persembahan untuk Anugerah Drama Sangat tu, saya balik ke hotel kerana anak-anak saya semua ada di sana.
Misha Omar
Jadi bila saya tengok TV, tiba-tiba terputus siaran dan masuk (digantikan) The Sherry Show masa tu. Saya pun hubungi krew produksi dan katanya perlu dihentikan sebab air dah naik di basement.” Misha Omar
Misha yang ditemui semasa pelancaran program amal makan malam ‘Bunga-Bunga Cinta Misha Omar, Charity & Fundraising Gala Dinner’ yang bakal diadakan pada 19 Februari 2022 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur turut kelihatan prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa banjir yang terkesan.
Susulan kes tersebut, Misha bersama ahli keluarga bergegas menyelamatkan diri, tinggalkan hotel dan bergerak pulang ke rumah.
Cemas redah banjir dengan high heels 3 inci, jom tonton cerita sebenar dari mulut Misha Omar sendiri…
Program amal ‘Bunga-Bunga Cinta Misha Omar’ ini berkonsepkan Black Tie dan bakal menampilkan Misha Omar secara eksklusif. Malam tersebut diserikan juga dengan kemunculan artis undangan dari Akademi Fantasia iaitu Dafi dan Zarol Zarif untuk persembahan yang berdurasi dua jam untuk ketiga-tiga penyanyi tersebut.
Kata Misha, tujuan utama program amal ini ialah untuk mengutip dana bagi membuat sumbangan kepada beberapa yayasan kebajikan, bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik, kebajikan anak-anak yatim, bantuan kemasyarakatan dan juga modal insan. Sumbangan dan dana akan disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Semerah Padi.
Sumbangan dan dana juga turut diberikan kepada pihak Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) dengan bantuan presidennya, Datuk Malek Ridzuan untuk diagihkan kepada anak-anak seni yang memerlukan.
Selain itu, ekoran banjir yang melanda beberapa kawasan di Malaysia, pihak penganjur juga berhasrat untuk menghulurkan bantuan daripada dana dan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
Kami di Majalah Nona mendoakan agar semua mangsa banjir terus bersabar, dipermudahkan urusan dan digantikan rezeki yang lebih baik lagi pada masa depan, insyaAllah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.