Gaya Hidup

Peka Dengan 8 Cara Ini Untuk Bantu Perlahankan Proses OSTEOPOROSIS!

Menurut kajian, kira-kira 80 peratus wanita berisiko menghidapi masalah tulang rapuh selepas putus haid kerana kekurangan keperluan hormon estrogen. Anda perlu tahu, osteoporosis juga antara ‘pembunuh senyap’. Jadi, wahai wanita mulakan pencegahan awal. Ambil berat tentang pengambilan kalsium.

  • TAHU RISIKO OSTEOPOROSIS

Usia, jantina, latar belakang keluarga, bangsa, bentuk tubuh, sejarah kitaran haid dan gaya hidup boleh menjadi risiko yang menyebabkan penyakit tulang rapuh.

  • PEKA TENTANG GENETIK KELUARGA

Sejarah keluarga yang mempunyai osteoporosis pada sebelah ibu adalah petanda awal untuk lebih berhati-hati. Galakkan anak-anak untuk bersenam dan jaga pemakanan.

  • PERTAMBAHAN KALSIUM

Kalsium bukan hanya meningkatkan kekuatan tulang tetapi membantu jantung, aliran darah, otot dan saraf. Apabila tubuh tidak mendapat kalsium yang cukup, ia membuatkan tulang menjadi lemah.

  • VITAMIN D

Seperti kalsium, vitamin D juga memainkan peranan penting dan menghalang dan meminimakan osteoporosis tetapi biasanya ia tidak mencukupi untuk seorang pesakit. Vitamin D membantu menyerap kalsium di saluran gastrousus dan memindahkannya kepada tulang.

  • DIET

Satu kajian dilakukan di mana diet Mediterranean berperanan untuk melindungi ketumpatan tulang. Diet Mediterranean termasuk pengambilan buah zaitun, minyak zaitun, sayur-sayuran, pengambilan produk tenusu dan ikan secara sederhana. Kurangkan pengambilan daging atau produk-produk berdaging.

  • BERSENAM

Jangan tinggalkan rutin senaman kerana ia membantu perkembangan tulang. Pada masa sama memelihara kesihatan anda. Amalkan senaman 3-4 kali seminggu, 20-30 minit setiap sesi.

  • MEROKOK

Merokok meningkatkan risiko osteoporosis. Secara khususnya, mengurangkan pengaliran darah ke tulang memperlahankan pengeluaran sel pembentukan tulang.

  • OSTEOPOROSIS BUKAN MASALAH WANITA

Hampir 6 peratus lelaki turut mendapat masalah osteoporosis pada usia selepas 50 tahun. Jadi, buat para lelaki perlu mula menjaga kesihatan.

 

Share
Published by
Amy Mohd