Datuk Sri Siti Nurhaliza amat teruja dengan pelancaran koleksi kosmetik terbaharunya kerana mahu memperkenalkan duta baharu SimplySiti yang akan bersama beliau mempromosi koleksi kosmetik, rangkaian penjagaan kulit dan semua produk keluaran SimplySiti akan datang.
Zahra Zura Aziza Zahanor, 20, gadis bertuah yang terpilih sebagai wajah baharu SimplySiti. Zahra menjadi top finalist pertandingan Pencarian Wajah SimplySiti yang diadakan pada Jun lalu. Anak sulung dari 2 beradik ini merupakan pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Insurans di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berasal dari Kuala Lumpur, Zahra bercita-cita untuk menjadi penyampai berita serta meneruskan kerjaya dalam bidang insurans.
“Saya amat berbesar hati dengan pemilihan ini dan tidak menyangka menjadi Top 4 seterusnya memenangi pertandingan ini. Tambahan pula, saya tidak pernah bermimpi untuk berkerjasama dengan penyanyi nombor 1 Malaysia Datuk Sri Siti Nurhaliza. Saya tidak akan mensia-siakan peluang keemasan ini,’ kongsi Zahra.
SimplySiti hari ini melancarkan koleksi kosmetik terbaharunya yang disasarkan kepada semua golongan masyarakat di Malaysia.
“Berkonsepkan ‘SIMPLYSITI FOR ALL’ saya yakin rangkaian kosmetik terbaharu ini akan dapat memenuhi cita rasa ramai kerana rona-rona warna yang disediakan sesuai untuk semua warna kulit wanita Asia dan peringkat umur bagi penggemar-penggemar kosmetik yang inginkan penampilan matte semulajadi,” ungkap Datuk Sri Siti Nurhaliza Tarudin selaku Presiden Simply SS Trading Sdn Bhd.
Rangkaian kosmetik ini mula berada di pasaran pada 9.9.2021 dengan menampilkan koleksi solekan terdiri daripada SimplySiti 2-way Cake, Compact Powder, Loose Powder, Cushion Foundation, Liquid Foundation, Powder Blush, rangkaian gincu dengan 3 kemasan iaitu matte, semi-matte dan moist, 9 in 1 Eyeshadow, SimplySiti Valumizing dan Lash Extension Mascara, Eyeliner dan Eyebrow Pencil dalam rona hitam dan coklat serta Micellar Water. Dapatkan di Watson, Shopee, www.simplysiti.com.my atau SimplySiti Elite.
SimplySiti yang ditubuhkan pada tahun 2010 merupakan jenama kosmetik dan penjagaan kulit keluaran tempatan yang dirumus secara saintifik dan terbukti secara klinikal serta mempunyai Sijil Halal Jakim. Ia menjadi pilihan wanita Islam di Asia. Jenama SimplySiti mencerminkan gaya hidup Datuk Sri Siti Nurhaliza yang praktikal, mudah dan sentiasa tampil menawan.