Gaya Hidup

Pelanduk Dua Serupa, Netizen ‘Samakan’ Wajah Iman Troye Iras Usahawan Terkemuka Malaysia!

Setiap manusia mempunyai kecantikan pada ciri-ciri muka mereka yang tersendiri. Ada yang terlihat manis apabila tersenyum dan ada juga yang ‘masam’ muka pun comel sahaja bila dilihat.

Tapi kecantikan yang dimiliki pasti akan ada iras sedikit bersama orang yang mungkin di sekeliling mahupun jauh. Baru-baru ini pula, penyanyi Iman Troye dikatakan iras-iras dengan Datuk Seri Vida.

Mungkin Pelanduk Dua Serupa, Sekadar Iras Sahaja..

Masih baru dalam industri muzik tanah air, penyanyi Iman Troye atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabuddin dikatakan mempunyai iras-iras wajahnya bersama usahawan terkenal, Daruk Seri Vida.

Gambar yang dimuatnaik oleh penyanyi itu mendapat perhatian ramai oleh warganet apabila ada yang menyamakannya bersama Datuk Seri Vida. Kata mereka lagi ada mempunyai ciri-ciri yang membuatkan kedua selebriti itu sama!

“Happy new year sayang! dah lama iman tak pakai bawal, cantik tak? anyways, holiday elok elok tau semua, nanti apa apa update iman kat dms okay!” tulisnya di ruangan kapsyen.

“Seiras Datuk Seri Vida…congrats,

“Sekali tengok macam Dato muda versi muda,

“Tahniah Iman, bukan senang nak cari muka yang sama macam Datuk Seri Vida ini. Rare.” itulah antara komen yang diberikan oleh warganet.

Gaya Iman Tetap Manis Dan Menawan

 

Iman Troye juga tetap manis dan kelihatan sangat anggun mengenakan tudung bawal dan baju berwarna lembut di Pantai Klebang, Melaka. Ramai yang turut memujinya kerana kelihatan ‘simple’ namun comel sekali!

“Allahu cantiknya, bila lah aku nak cantik macam iman ni…

“Happy new year pretty Iman, hope you can achieve a lot and gain happiness as well with good memories for you!” pujian yang diberikan kepada Iman Troye.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah Hijabista

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!

Sumber: Instagram @imantroye

Share
Published by
Haifa Nasir