Bertuah Suhana Khan! Bukan saja dilahirkan dalam keluarga kaya, bahkan bapanya juga seorang selebriti terkenal dunia. Bersandarkan statusnya sebagai anak Shah Rukh Khan, tidak hairanlah Suhana meraih populariti luar biasa meskipun dia baru menginjak usia 22 tahun.
Ads
Mewarisi kecantikan dan bakat kedua-dua ibu bapa, Suhana yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik ini sentiasa menjadi tumpuan media di India. Apatah lagi sejak tamat belajar dan meniti usia dewasa kini, Suhana tampil menawan dengan imej matang seorang wanita.
Baru-baru ini pesona Suhana Khan menarik minat jenama kosmetik antarabangsa Maybelline dan melantiknya sebagai wajah terbaharu bagi kempen mereka. Antara personaliti wanita muda yang turut bakal menghiasi kempen Maybelline India termasuklah pemain badminton, Sindhu PV; artis Ananya Birla dan model Eksha Kerung.
Pada tahun 2018, satu-satunya anak perempuan Shah Rukh Khan dan Gauri Khan ini dipilih sebagai penghias kulit depan majalah terkemuka India iaitu Vogue India. Bagi gadis muda sepertinya yang tidak pernah terlibat dengan sebarang filem mahupun drama waktu itu, pemilihan Suhana nyata satu penghormatan besar.
Untung empunya badan, diberi kepercayaan setaraf selebriti popular yang ada di sana!
Mendapat pendidikan awal di Dhirubhai Ambani International School, Suhana bagaimana pun selesai menamatkan pengajian dalam jurusan seni lakonan di Ardingly College, London pada penghujung Jun 2019.
Pengalaman selama empat tahun bergelar penuntut kolej dan berjauhan dari keluarga berjaya menjadikan Suhana seorang wanita yang lebih matang.
Malah ketika majlis graduasi yang turut dihadiri ibu bapanya, Suhana diberi penganugerahan Russel Cup hasil sumbangan dokumentari yang diusahakan bersama rakan sekuliah.
Ads
Dilahirkan pada 22 Mei 2000 di Mumbai, Suhana turut diramal menjadi pelapis bintang terkenal seperti Aishwarya Rai dan bakal menggegarkan industri perfileman Bollywood.
Apa yang pasti, hari ini pun Suhana sudah menjadi buruan penerbit filem tersohor dan syarikat produksi. Namun segala-galanya terletak kepada keputusan Shah Rukh Khan dan isteri.
Rakan karib Shah Rukh Khan yang juga penerbit filem Kahan Johar dilaporkan antara yang sedang mengintai bakat Suhana selain beberapa penerbit filem lain termasuk Sanjay Leela Bhansali dan Sujoy Ghosh. Cerah masa depan Suhana lepas ni.
Selain Suhana, perkahwinan hampir tiga dekad Shah Rukh Khan dan Gauri turut dikurniakan dua lagi cahaya mata lelaki iaitu Aryan Khan dan AbRam Khan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Young Syefura Othman, tidak asing lagi dalam dunia politik tanah air. Memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu dan bernaung di bawah parti DAP.
Wanita cantik yang lebih mesra disapa Rara masih muda dan kini menginjak ke usia 30 tahun. Rara memperolehi Diploma Kejururawatan dan pernah bekerja sebagai jururawat peribadi selama setahun. Setelah berhenti darida menjadi jururawat Rara membuka sebuah klinik Rawatan Alternatif Bekam dan Akupuntur.
Pada 7 Mac lalu Rara sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya seorang Pengurus Pelaburan, Muhamad Masyhur Abdullah, 32 tahun. Perkahwinan yang dibina selama 3 tahun itu runtuh lantaran tiada persefahaman lagi di antara suami isteri ini. Pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.
Walau bagaimanapun, kelibat Rara sering mencuri tumpuan kerana sering tampil cantik namun ringkas dan menarik. Rara sering tampil cantik dan bertudung bawal, memilih warna merah dan memakai jersey.
1. Sering tampil bertudung bawal
2. Menggemari warna merah
3. Suka memakai jersey
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penampilan baru Ratu Pop Madonna lewat beberapa bulan ini mengejutkan peminat. Bayangkan pada usia emas, beliau masih kelihatan remaja malah digelar jelmaan Kim Kardashian kerana kecantikannya.
Jika wanita lain seusia Madonna sudah ‘berdamai’ dengan kedutan, berbeza pula halnya dengan superstar yang bakal mencecah usia 64 tahun itu.
Meraikan ulang tahun ke-40 beliau dalam kerjaya muzik, Madonna dikhabarkan kembali membuat ‘comeback’ ke dalam industri. Kini beliau sibuk dengan penggambaran biopic serta merakamkan lagu dengan Katy Perry.
Pastinya kemunculan semula ini menjadi asbab ‘perubahan’ wajah baru Madonna, atau Madge.
Bagi peminat empunya nama Madonna Louise Ciccone dan ibu kepada 6 anak itu, ia bukanlah sesuatu yang asing kerana rupanya memang selalu berubah mengikut peredaran masa!
Meskipun berdepan pelbagai cemuhan haters di media sosial, Madonna mengambil langkah tidak peduli dengan kata-kata orang yang kurang senang dengan rupa parasnya sekarang.
Biarpun sering dikatakan membuat fillers, pembedahan plastik dan menggunakan teknik suntingan Photoshop yang keterlaluan, beliau jarang membalas balik sebaliknya membuktikan diri dengan pelbagai kejayaan luar biasa.
Semangat Madonna seharusnya menjadi contoh kepada wanita moden. Berani dan menjadi diri sendiri!
Rahsia muda Madonna sebenarnya terletak pada sifat positif beliau dan penataan gaya yang mengikut peredaran zaman. Jom intai perubahan lain pada wanita ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buah pinggang adalah antara organ yang paling penting dalam tubuh manusia. Kerosakan buah pinggang boleh membawa kepada penyakit yang serius atau kematian. Setiap buah pinggang mempunyai struktur dan fungsi yang sangat kompleks.
Buah pinggang mempunyai dua fungsi penting iaitu menyingkirkan sisa bahaya yang toksik dan mengekalkan keseimbangan air, cecair, mineral dan bahan kimia iaitu elektrolit seperti natrium, kalium dan sebagainya. Oleh itu, penjagaan buah pinggang amat penting untuk memastikan sistem tubuh dapat berfungsi sebaiknya.
Namun begitu, terdapat juga individu yang hidup dengan hanya mempunyai satu buah pinggang sahaja.
Penyanyi dan pelakon Indonesia, Acha Septriasa pernah mendedahkan bahawa dia pernah tidak menyedari bahawa dirinya hidup dengan hanya mempunyai satu buah pinggang sahaja.
Acha, 33, berkata, dia hanya menyedari tentang perkara itu sewaktu berusia 18 tahun ketika membuat pemeriksaan di hospital. Pelakon filem Layla Majnun ini memberitahu tabiat jarang minum air putih serta suka menahan kencing telah membongkar tentang keadaan kesihatan dirinya.
Ketika menginjak usia 18 tahun, hasil pemeriksaan USG, MRI serta CT Scan dilakukan dan hasil pemeriksaan mendapati selama ini Acha hidup dengan hanya satu buah pinggang sahaja.
“Ketika menjalani penggambaran filem saya sering pengsan kerana tidak kuat disebabkan perlu berada di lokasi sehingga 20 jam lamanya.
“Saya juga jarang minum air putih dan suka menahan kencing apatah lagi kalau terpaksa menempuh perjalanan jauh,” katanya.
Ekoran kerap pengsan, Acha mengambil keputusan ke hospital untuk membuat pemeriksaan selepas mengadu sering sakit pada bahagian perut sebelah kiri.
“Hasil pemeriksaan dan CT scan mendapati saya tidak mempunyai buah pinggang di bahagian kanan. Sepanjang hidup saya rupa-rupanya hanya bergantung pada satu ginjal sahaja,” ujarnya kini menetap di Australia memandangkan suami tercinta berkhidmat sebagai jurutera di sebuah syarikat teknologi di sana.
Ibu kepada seorang cahaya mata Bridgia Kalina Kharisma atau lebih mesra di sapa Brie berkata keadaan kesihatannya itu juga merupakan sesuatu yang memberi kejutan bukan sahaja untuk dirinya, malah turut memberi tamparan hebat buat kedua orang tuanya.
Jelas Acha, ibu bapanya juga tidak mengetahui tentang keadaan dirinya mungkin disebabkan ketika dia dilahirkan tiada alatan canggih untuk mengesan masalah itu.
Sementelah mempunyai satu buah pinggang, bagi pelakon yang memegang watak Roekmini dalam filem Kartini di samping Dian sastrowardoyo ini tidak melihat ia sebagai kekurangan buat dirinya tetapi dia perlu menjaga kesihatan dengan lebih teliti.
“Apa menjadi kesalahan kalau kita bekerja terlalu kuat dan tidak menjaga pemakanan sehingga buah pinggang terpaksa menampung beban. Akhirnya boleh menyebabkan buah pinggang rosak dan perlu menjalani rawatan dialisis,” katanya.
Sambung Acha lagi, dia tidak lagi minum sebarang minuman pewarna tiruan, malah minum air masak lebih banyak dari orang lain demi memastikan sistem kumbahan badannya dapat berfungsi dengan baik.
Meniti usia 32 tahun, Acha atau nama sebenarnya Jelita Septriasa kini menetap di Australia memandangkan suami tercinta berkhidmat sebagai jurutera di sebuah syarikat teknologi di sana.
Sering berkongsi aktiviti harian dengan pengikutnya di media sosial, jelas terserlah kehidupan bahagia Acha di samping keluarga tersayang. Malah, isteri Vicky Kharisma ini juga kelihatan makin cantik jelita! Sejak kehadiran cahaya mata sulungnya, Bridgia Kalina Kharisma pada 20 September 2017, kebahagiaan Acha sebagai ibu dan isteri semakin terserlah walaupun berada jauh di bumi kangaru.
Fakta Mengenai Buah Pinggang:
Kebanyakan orang (lelaki dan perempuan) mempunyai dua buah buah pinggang.
Buah pinggang terletak di bahagian atas dan belakang abdomen, pada sisi tulang belakang (lihat rajah). Tulang rusuk melindungi dua buah pinggang tersebut.
Buah pinggang terletak di dalam abdomen dan biasanya tidak boleh dirasa dari luar badan.
Buah pinggang adalah sepasang organ berbentuk kacang. Bagi orang dewasa, buah pinggang adalah kira-kira 10 cm panjang, 6 cm lebar dan 4 cm tebal. Berat setiap buah pinggang adalah kira-kiranya 150-170 gram.
Air kencing yang dihasilkan dalam buah pinggang mengalir ke pundi kencing dan kemudian melalui ureter. Setiap ureter adalah kira-kira 25 cm panjang dan strukturnya adalah seperti tiub berrongga yang terdiri daripada otot-otot khas.
Pundi kencing adalah organ kosong yang terdiri daripada otot, yang terletak di bahagian bawah dan bahagian belakang abdomen. Ia bertindak sebagai takungan atau simpangan air kencing.
Pundi kencing dewasa biasanya menakung kira-kira 400-500 ml air kencing; apabila penuh, seseorang akan merasakan dorongan untuk membuang air kecil.
Air kencing dalam pundi kencing dikeluarkan melalui uretra semasa proses membuang air kecil. Bagi wanita, uretra agak pendek, sementara ia lebih panjang bagi lelaki.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...