Wanita mengandung memerlukan nutrisi yang lebih untuk dibekalkan kepada bayi di dalam kandungan. Antara sumber bekalan tenaga tersebut boleh diperolehi melalui pengambilan susu. Di atas kesedaran betapa pentingnya susu untuk wanita hamil, Frisomum Gold®,  100% susu untuk ibu dari Holland, memperkenalkan formulasi yang diperbaharui dengan DualCare+TM untuk menyokong pengambilan nutrisi ibu dan si kecilnya dengan lebih baik.

Ads

Frisomum Gold telah dipertingkatkan  resipi produknya dan mencipta penawaran produk baru yang memberikan nilai yang baik kepada pengguna sejajar dengan objektif korporat syarikat induknya, iaitu ‘Nourishing by Nature’.

Pelihara Kesihatan Si Kecil Sejak Dalam KANDUNGAN Lagi! Ini Rahsianya

Syarikat induk Dutch Lady Malaysia, FrieslandCampina mempunyai objektif yang kuat untuk memberikan pengguna-pengguna dengan kebaikan susu. ‘Nourishing by Nature’ bermakna kita komited untuk menyediakan nutrisi yang lebih baik untuk pengguna-pengguna kami di seluruh dunia; kehidupan lebih baik untuk peladang-peladang kami; dan memastikan amalan ini kekal untuk generasi akan datang.

Frisomum Gold® adalah sebahagian daripada keluarga Friso Gold®, salah satu jenama susu tepung rumusan yang paling pesat berkembang di Asia dalam 3 tahun yang lalu. Jenama ini percaya bahawa sains perlu bergabung secara harmoni dengan alam semula jadi untuk memberi pengguna nutrisi semulajadi yang berkualiti. Prinsip ini diterapkan pada setiap langkah kerja kami dalam memanfaatkan nutrien semula jadi. Dari teknologi pemprosesan dan pemantauan peladang kami yang maju kepada penerapan kaedah pemprosesan yang inovatif untuk mendapatkan nutrien semula jadi dalam susu.

Frisomum Gold® baharu dengan DualCare+TM membekalkan ibu-ibu hamil dengan nutrien-nutrien penting supaya selesa sewaktu hamil. Nutrisi ini juga memastikan ibu-ibu kekal bertenaga sambil membantu menyokong kesihatan penghadaman dan memorinya.

Ads

Formula yang diperbaharui juga diuji secara klinikal terbukti rendah dalam Indeks Glycemic (GI), yang membantu ibu hamil mengekalkan berat badan yang sihat. Ini adalah kerana makanan GI yang rendah boleh dihadam, diserap dan metabolisme dengan lebih perlahan.

Apabila ibu minum susu Frisomum Gold® dengan DualCare+TM, si kecil mereka yang kian membesar juga akan dibekalkan dengan nutrien-nutrien utama seperti asid folik dan iodin yang penting untuk menghasilkan sel darah merah dan perkembangan sistem otak dan saraf. Ia juga diperkayakan dengan nutrien lain, seperti Vitamin B12, Vitamin D, DHA dan kalsium.

Ads

Rumusan yang diperbaharui ini didapati dalam perisa vanila madu, memberikan rasa yang ringan, menjadikannya snek yang lazat dan sihat yang hanya 150kcal apabila rasa lapar. Anda hanya perlu tambah 180ml air dengan empat sudu tepung susu untuk memberikan nutrisi kepada para ibu hamil yang diperlukan untuk mereka dan si kecil dalam kandungan. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI