Mendapatkan gaun yang cantik dan mewah memang menjadi impian semua bakal ratu sehari ditambah pula dengan sentuhan oleh pereka fesyen ternama. Siapa yang tak nak kan? Namun pernahkah anda terfikir untuk menggayakan busana pengantin yang dihasilkan dari tisu?
Percaya atau tidak busana perkahwinan yang digayakan oleh pengantin Shervyn Chua ini diperbuat menggunakan tisu. Tisu bukan sebarang tisu, pereka fesyen tenama Nurita Harith menggunakan tisu berkualiti Vinda Deluxe untuk mendapatkan hasil yang mengagumkan ini.
Simbolik penggunaan tisu Vinda Duluxe ini menggambarkan keharmonian rumahtangga yang dibina berasaskan kelembutan dan juga keteguhan. Sama seperti tekstur tisu ini yang cukup lembut namun sangat berkualiti dan kukuh
Gaun potongan duyung dengan perincian renda ini menampilkan bahagian bawah yang berlapis-lapis membentuk gaya dramatik kepada gaya polos gaun ini. Memberikan sedikit sentuhan etnik, bahagian kolar gaun diberi sentuhan kolar mandarin dan lengan renda paras siku bagi menyerlahkan aura lebih sopan.