Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pemakaian pelitup muka sudah menjadi ‘aksesori’ wajib buat semua masyarakat. Namun, bagi wanita berhijab pemakaian pelitup muka menimbulkan sedikit masalah ketika memakainya kerana kebanyakan pelitup muka hanya menggunakan ear-loop.
Berita baik buat semua wanita berhijab apabila Anggun Kirana Sdn. Bhd, sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan produk kesihatan dan kecantikan telah memperkenalkan pelitup muka medikal bergaya buat wanita berhijab dengan rekaan menggunakan head-loop
. Lebih istimewa lagi apabila pelitup muka di bawah label Himaya ini telah berkerjasama Erra Fazira dan Wany Hasrita untuk memperkenalkan dua warna terbaru keluaran syarikatnya.“Kami amat berbangga dengan kolaborasi Himaya dengan Wany Hasrita dan Erra Fazira. Himaya, pelitup muka medikal hijab berjaya mendapat sambutan hangat dan antara sebab utama ialah kualiti yang bagus serta berfesyen dengan pilihan warna yang menarik.
Selain itu, dengan pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pelitup muka medikal Himaya yang mendapat kelulusan MDA (Medical Device Authority) juga dapat memberikan keyakinan kepada pengguna.,” kata Datuk KK Chua, Ketua Pegawai Eksekutif Anggun Kirana Sdn Bhd dan pemilik jenama Himaya.
Wany Hasrita kelihatan anggun dalam persalinan sut warna sedondon dengan warna pilihan pelitup mukanya. “Saya sebenarnya tak boleh pakai pelitup muka yang diperbuat daripada fabrik. Jadi saya teruja menggunakan pelitup muka daripada Himaya ini,” tutur Wani Hasrita yang menggayakan pelitup muka berwarna Apricot Dream.
Begitu juga Erra Fazira turut menggayakan pelitup muka berwarna Blue Lagoon yang menjadi warna kegemarannya. “Saya selesa dan gemar memakai pelitup muka Himaya kerana sesuai untuk orang yang berkulit sensitif disebabkan kualiti fabrik premium yang lembut,” tutur Erra Fazira tampil jelita pada majlis yang berlangsung di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.
Kempen terbaru Himaya, iaitu kempen “Siapa Cakap Pakai Medical Mask Tak Boleh Bergaya” dilancarkan dengan objektif untuk menggalakkan wanita berhijab untuk terus bergaya serta tampil yakin dengan koleksi fesyen pelitup muka terbaru dari Himaya.
This website uses cookies.