Kehidupan normal baharu mewajibkan kita sentiasa memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam bagi menghalang risiko jangkitan virus COVID-19. Namun pemakaian dalam satu tempoh yang lama boleh mengundang masalah kulit – maskne, atau ‘mask-related acne’.
Menurut pakar dermatologi Dr Amy Kassouf, maskne dulunya hanya dialami petugas kesihatan tertentu, seperti doktor, tapi kini apabila masyarakat turut digesa memakai pelitup muka, kes maskne mula meningkat.
PUNCA MASKNE
Sewaktu kita bernafas atau bercakap, material pelitup muka akan memerangkap udara panas dan lembap, sekaligus menjadikan ia sebagai tempat pembiakan yis, bakteria dan flora lain seperti demodex yang ideal.
Geseran kulit dan pembiakan bakteria ini seterusnya mendorong pertumbuhan akne, rosacea dan perioral dermatitis. Kemudian biji-biji jerawat dan pustules mula subur di sekitar hidung dan mulut.
ADAKAH SAPUAN LOSEN, MEKAP ATAU KRIM SPF MEMBURUKKAN KEADAAN?
Tidak semestinya. Terang Dr Amy Kassouf, sapuan losen boleh membantu mengimbangi flora kulit agar normal semula. “Tapi pastikan pelembap anda mengandungi zinc atau titanium yang berfungsi sebagai penghalang daripada geseran atau iritasi.”
ADAKAH PELITUP MUKA KAIN JUGA PENYEBAB MASKNE?
Meskipun segelintir fabrik ringan baik untuk keselesaan kulit kita, namun ia tidak mampu memberikan perlindungan yang sepatutnya daripada jangkitan virus. “Fabrik yang sejuk dan tipis memudahkan kita bernafas tapi ia tidak mampu menapis virus keluar atau masuk. Tapi jika perlu memakainya, pastikan ia dibasuh terlebih dahulu sebelum dipakai.”
PENTINGNYA KEBERSIHAN PELITUP MUKA
Kerap menukar pelitup muka boleh membantu mengurangkan iritasi khasnya selepas kulit berpeluh. Pelitup muka jenis boleh dibasuh juga mesti dicuci dengan detergen bebas pewangi.
RAWATAN MASKNE
Sebagai wanita, kehadiran maskne tentu sekali merisaukan. Nona tertarik dengan kaedah rawatan efisien di bawah bagi merawat maskne. Tiga langkah mudah ini dikatakan berkesan bagi menyelesaikan maskne dengan baik.
Langkah 1: Cegah minyak berlebihan dan timbunan bakteria
Pemakaian pelitup muka sepanjang hari boleh menyebabkan bakteria, debu dan sel kulit mati bertimbun di bawahnya. Jadi pastikan anda membersihkan wajah dengan regim pembersihan yang baik.
Contohnya menggunakan peranti FOREO LUNA 3 bagi menyingkirkan sebum serta sel kulit mati dengan sangat efektif. Berus silikon LUNA 3 adalah 35 kali ganda lebih bersih daripada bulu nilon bagi mencegah bakteria.
Langkah 2: Kembalikan lembapan semula jadi kulit
Jangan lupa menggunakan serum dan krim lembapan walau sepenat mana pun! Regim ini dapat memastikan kulit kembali sihat dan mengelakkan penuaan pra-masa berlaku.
PILIHAN NONA
Langkah 3: Pakai masker rawatan
Manjakan kulit yang mengalami maskne dengan masker atau pupur ramuan khas dengan kandungan antioksidan bagi memulihkan semula keadaannya.
Contohnya dengan FOREO UFO ACTIVATED MASK. Pilih pek Green Tea UFO Purifying Mask untuk menyegarkan kulit kerana kandungan antioksidannya mampu mengembalikan wajah agar kembali bermaya. Pek Matte Maniac UFO Activated Mask pula sesuai untuk kulit jenis berminyak/kombinasi agar ia kembali bersih bercahaya.