Setiap kali menonton filem dari Amerika Syarikat, pastinya konsep restoran bistro menjadi sebahagian dari budaya masyarakat tempatan. Malah, gelaran American bistro seakan sinonim dengan barisan hidangan yang disediakan merangkumi menu sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam mahupun hidangan snek.
TR Fire Grill yang kini memulakan operasi di Pavilion Kuala Lumpur membawa konsep hidangan ala American Bistro dengan menawarkan hidangan yang disediakan segar dan diubah suai mengikut citarasa tempatan. Keluasan restoran 5,242 kaki persegi amat sesuai untuk menerima kehadiran sehingga 180 tetamu pada satu-satu masa di mana ia turut dilengkapi kemudiahan audio visual, cigar room dan bar yang terletak agak berjauhan dari bahagian dapur utama.
TR Fire Grill mula diperkenalkan di Florida, Amerika Syarikat ini pastinya menjadi pilihan penggemar hidangan berasaskan grill yang disediakan segar setiap hari dari dapur restoran ini.
Menu Sentuhan Tempatan
Melangkah masuk ke restoran yang terletak di Pavilion, Kuala Lumpur suasana bistro Amerika yang moden menyambut kedatangan si penggemar hidangan berasaskan grill di mana ia amat sesuai untuk dinikmati bersama keluarga mahupun rakan sekerja.
Dekorasi dalaman restoran yang moden dan luas serta gabungan tempat duduk ala bistro menjadikan ianya lokasi dine in yang sesuai bukan sahaja bersama keluarga malah rakan sekerja untuk tujuan makan tengah hari atau makan malam.
Jika anda datang secara berkumpulan, terdapat meja khas yang boleh digunakan untuk anda meraikan rakan sekerja dengan pemandangan bangunan pencakar langit di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur. Suasana bertambah romantis sekiranya anda datang menikmati hidangan di waktu malam apabila lampu neon melimpahi segenap ruang di dalam restoran. Pasti romantis bukan!
Bercerita mengenai menu yang dihidangkan, pastinya anda akan terliur melihat deretan menu yang menapilkan hidangan yang variasi dan pastinya memenuhi citarasa anda. Sebagai hidangan pembuka selera, anda boleh mencuba hidangan seperti sup dan salad. Penulis sendiri diberi kesempatan mencuba Smoked Chicken & Tortilla Soup yang enak dan disediakan dengan kaedah memasak yang sempurna.
Bagi si penggemar hidangan berasaskan salad, jangan lupa untuk mencuba aneka hidangan berasaskan salad seperti Whistle Stop Club Salad, Harvest Saald, Smoked Steak Salad mahupun House BLT Salad yang pastinya membuka selera. Tidak cukup sekadar hidangan salad, aneka burger, sandwic dan hidangan utama pastinya memenuhi selera anda.
Apatah lagi apabila menyebut menu seperti 1/2 pound American Burger, Smoked Meatloaf, steak seperti Rib eye Steak dan sebagainya. Penulis tertarik dengan hidangan Salmon & Zoodles yang menggunakan zucchini pasta kerana ia merupakan hidangan sihat yang boleh dijadikan pilihan buat individu yang mementingkan soal pemakanan.
Malah, penulis teruja mencuba hidangan Chicken & Waffles di mana ia menggabungkan hidangan manis dan berempah yang sering ditonton hanya melalui kaca televisyen sahaja. Namun kini, ia boleh dinikmati di TR Fire Grill!
Bagi si penggemar manisan pencuci mulut pula, jangan lupa untuk menikmati Chocolate Mayhem, hidangan pencuci mulut yang merangkumi asi krim coklat, kek coklat bersama sos karamel Gula Melaka dan dihiasi dengan mouse coklat, coklat snickers dan biji espresso. Pendek kata, hidangan ini pastinya akan membuatkan si penggemar hidangan manisan teruja dan terbuai dalam kekenyangan gabungan coklat yang mempersonakan.
Jadi, kunjungan anda ke TR Fire Grill pasti tidak mengecewakan sekiranya anda gemarkan pelbagai hidangan bercirikan American Bistro yang turut diberi sentuhan tempatan untuk variasi hidangan yang pelbagai.
Untuk memenangi baucer makanan di TR Fire Grill, hantarkan kapsyen slogan menarik beserta gambar selfie anda dengan Majalah Nona menerusi Facebook dan Instagram.
“Saya ingin memenangi baucer TR Fire Grill kerana …..” (tidak melebihi 20 patah perkataan). Para pemenang yang terpilih akan dihubungi oleh pihak Majalah Nona. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
This website uses cookies.