Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, sudah tentu ramai usahawan berhadapan saat sukar melestarikan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi. Di atas kesedaran mengenai kepayahan tersebut, Melaka menjadi lokasi pertama penganjuran program 10X Bina Bisnes Berjaya (10XBBB) di luar Lembah Klang dengan tema Bangkit Usahawan Melaka yang dijadualkan berlangsung penghujung bulan ini.
Ads
Menurut Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd., Datuk Wira Dr. Azizan Osman, program tersebut dianjurkan kami bersama Kerajaan Negeri dan Media Prima Berhad.
Katanya, inisiatif itu bagi menyokong terus usahawan-usahawan di negeri mereka yang kini berdepan pelbagai cabaran antaranya ekoran polikrisis dan Melaka menjadi lokasi pertama.
“Program 10XBBB yang buat julung-julung kalinya kami adakan bersama Kerajaan Negeri Melaka. Ia diadakan secara percuma khas untuk mereka sudah berniaga dan juga buat yang komited mahu membina perniagaan.
10XBBB ini akan diadakan di MITC Ayer Keroh, Melaka pada 30 September dan 1 Oktober selepas dianjurkan di Shah Alam , 2 dan 3 September lalu.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Mentor Usahawan yang juga Pengasas RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menerusi program bual bicara Wira Usahawan setiap Rabu malam yang disiarkan secara langsung di platform media sosial Azizan Osman Official.
Tambahnya, program 10XBBB ditaja sepenuhnya khusus buat usahawan yang serius ingin berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi.
Ads
“Alhamdulillah, program ini juga mendapat sokongan Jabatan Mufti Negeri Melaka bagi membantu usahawan daripada golongan muallaf dan asnaf untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan menjadi inspirasi kepada orang lain.
“Bagaimanapun, bilangan tempat yang ada agak terhad dan saya mencadangkan agar para usahawan terus memohon segera kerana ada pembaharuan model yang akan dibawakan untuk 10XBBB edisi kali ini,” jelasnya.
Ads
Dalam pada itu, program juga mendapat sokongan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Allex Seah Shoo Chin.
“Ini merupakan suatu insiatif yang dapat membantu para usahawan di Melaka. Oleh itu, mereka disarankan untuk mendaftar segera sebelum permohonan ditutup,” ujarnya yang dimuat naik dalam laman Facebook Kerajaan Negeri Melaka.
Terdahulu, program 10XBBB yang pertama tahun ini baru sahaja diadakan di IDCC, Shah Alam pada 2 dan 3 September yang lalu.
Bagi usahawan di sekitar Melaka yang berminat, anda dijemput untuk memohon menerusi laman sesawang www.binabisnesberjaya.com.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah – The Home of Siti Khadijah.
Laman Khadijah menjadi saksi pembukaan Galeri Pelawat pertama milik Siti Khadijah yang menawarkan pengalaman berharga buat para pelawat tentang sejarah perjalanan 15 tahun Siti Khadijah dari segi pembuatan, tradisi dan inovasi.
Pengunjung berpeluang mencipta pengalaman berharga apabila dapat menjahit sendiri di galeri ini.
Galeri eksklusif ini bukan hanya mempamerkan legasi jenama Siti Khadijah bahkan turut menawarkan telekung dan barangan edisi terhad yang hanya ada di Galeri Pelawat.
Acara utama pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Enda Group Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Siti Khadijah Holding Sdn Bhd), Encik Mohammad Munzir Aminuddin.
Para jemputan juga berpeluang melawat sekitar Laman Khadijah sambil menimba pengalaman secara langsung dalam jahitan sejadah muka seterusnya menyaksikan pertunjukan fesyen yang mempamerkan koleksi Siti Khadijah, Hegira dan Anbot.
FESTIVAL SITI KHADIJAH
Sempena sambutan ulang tahun ke-15 ini, Siti Khadijah turut mengumumkan ‘Festival Siti Khadijah’ yang bakal diadakan pada 22-25 November 2024.
Pelawat juga berpeluang untuk membeli telekung serendah RM100 bagi edisi terpilih serta tawaran eksklusif ketika festival berlangsung.
Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, pelancaran festival turut dilakukan di semua butik Siti Khadijah seluruh negara bermula pada 22 November sehingga 5 Januari 2025.
Para pelanggan berpeluang menikmati diskaun hebat bagi barangan terpilih serta memenangi hadiah premium produk dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM400.
Sejajar dengan visinya, Siti Khadijah berusaha untuk menjadi jenama antarabangsa pilihan yang mengutamakan keselesaan, praktikaliti dan kesederhanaan dalam mengketengahkan produk gaya hidup.
Siti Khadijah merupakan jenama tempatan terkemuka yang telah mempelopori pasaran khusus pembuatan telekung di Malaysia dengan lebih daripada 56 butik tempatan, satu di Indonesia dan satu lagi di Singapura.
Alhamdulillah, 18 Januari ini genap empat tahun usia perkahwinan Elly Mazlein dan Mohamad Azlan Che Nuh atau dikenali sebagai Cikgu Azlan. Daripada perkongsian pengacara televisyen ini di media sosial, jelas terserlah wajah bahagia Elly di samping suami tercinta dan anak tersayang.
Moga kasih sayang yang disemai terus subur dan berkekalan hingga ke Jannah.
Bersempena ulang tahun perkahwinan, pemenang Pengacara TV Popular ini mengimbau momen indah majlis pernikahan yang berlangsung pada 18 Januari 2020.
Selain memuat naik video pernikahan, Elly atau nama penuhnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi turut meluahkan rasa terharu menerima sejambak bunga mawar merah daripada suami. Romantik betul!
Bukan itu saja, dia yang juga terkenal dengan gelaran Kak Lina Pom Pom berkongsi foto kek istimewa sempena ulang tahun perkahwinan keempat daripada Mad About Cake.
Pelakon Kampung People ini mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Azlan Che Nuh yang merupakan seorang pendidik empat tahun lepas. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Haider Mateen yang kini berusia dua tahun.
Terdahulu, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada Oktober 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Putri Sara Sefhia.
Nama Elly mula dikenali sebagai penyanyi pada tahun 1998 di bawah pengurusan syarikat rakaman NAR Records dan menerbitkan empat album.
Elly Mazlein juga pernah mencipta rekod menjadi antara 10 album Malaysia terlaris pada tahun 2001. Antara lagu popular dendangannya termasuklah Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Janji Kekasih dan Bungaku Bakawali.
Kerjaya seninya terus berkembang apabila dia mencuba potensi diri dalam dunia pengacaraan dengan pernah mengendalikan Anugerah Skrin, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, rancangan masakan Kampung Pom Pom Letops!, Meletop, Gegar Vaganza dan Big Stage.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kagum dengan semangat dan aura positif usahawan Leeyana Rahman. Meskipun diuji dengan pelbagai dugaan dalam hidup, dia tetap optimis dan menerima takdir Allah dengan berlapang dada. Tak hairanlah empayar yang dibina lebih sedekad bertapak kukuh dalam industri dan berkembang maju sampai sekarang.
Pemilik nama Nur Liyana Abdul Rahman atau mesra disapa Yana ini genap meniti usia 34 tahun pada 2 Ogos lalu. Istimewanya sempena meraikan ulang tahun kelahiran, suami tercinta iaitu Muhammad Hafiz Abdul Hamid membuat kejutan hari lahir di sebuah restoran eksklusif.
Yana yang anggun berbusana merah tampil sedondon dengan suami tercinta. Malah kenalan rapat usahawan ini turut kelihatan meraikan momen istimewa berkenaan.
“I’m officially 1/2 x [ 28 + 60 + (39 – 8 – 51) ] years old today. Happy birthday to me. Doakan semoga NUR LIYANA ABDUL RAHMAN dijauhkan dari penyakit yang paling bahaya, penyakit terlalu cintakan dunia hingga takut untuk menghadapi mati.”
Wanita cekal ini juga menzahirkan penghargaan atas usaha suami tersayang yang bersusah-payah menjayakan hari lahirnya.
“Wanita gila mana yang hubungannya sudah diuji berbagai macam ujian, tapi dia masih bertahan dan rasa sayangnya tak pernah pudar, malah jatuh cinta berulang kali kepada lelaki yang sama.
Another year of blessings and lesson. Happy birthday to me and thankyou suami for your efforts.”
Difahamkan Yana turut menerima seutas jam tangan jenama Cartier daripada Hafiz. Jam berwarna merah tersebut khabarnya mencecah nilai sehingga RM150,000!
Usahawan Leeyana Rahman ini sedang hamil anak ketiga. Hasil perkongsian hidup hampir 11 tahun bersama Hafiz Abdul Hamid, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tyara Luthfia dan Hanna Qhalisya.
Semoga empayar Leeyana Rahman terus sukses dan rumah tangga Yana serta Hafiz dilindungi Allah SWT sampai ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...