Tumpang bangga melihat kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Pelukis Muslimah kelahiran negeri Kelantan ini. Amy Hashim atau pemilik nama penuh Amy Hashmida Hashim bukan sahaja terkenal di dalam negara malah telah berjaya tersenarai dalam Top 100 sebuah pertandingan lukisan terkemuka di Palo Alto, California dengan lukisan bertajuk ‘Paddy Field – After Harvest’.
Kejayaan yang sukar diungkap dengan kata-kata apabila baru-baru ini Yang Amat Berbahagia Cik Puan Sofie Louise Johansson telah membuat lawatan rasmi ke pameran The Soul II by Amy Hashim yang bertempat di Creative Space Pusat Pelancongan Malaysia MaTiC.
Siapa yang tak bangga kalau hasil karya sendiri mendapat pujian. “Sebenarnya ini adalah pameran solo saya yang ke-4 bertajuk The Soul II
(Jiwa II) dengan Balai Seni Negara,” kata Amy Hashim.Che Puan Sofie juga turut mencoretkan tentang lawatan rasminya di laman media sosialnya, “Feeling very impressed to see so many beautiful and charming finger paintings made by this Kelantanese lady, Amy Hashimarts. Terima kasih,” tulis Che Puan Sofie.
Amy Hashim turut menzahirkan rasa syukur bila ada pihak yang menyediakan platform buat pelukis sepertinya berkarya. “Saya pelukis dan ibu sepenuh masa rasa amat bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh pihak Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara kerana telah membantu saya dalam berpameran di Creative Space BSN bertempat di Malaysia Tourism Centre (MaTic) selama tempoh 2 bulan.
Ini merupakan satu peluang yang amat baik untuk melebarkan kerjaya saya sebagai pelukis wanita di era seni visual yang penuh cabaran dan dugaan sebegini. Ada 45 buah lukisan cat minyak tebal buatan jari-jemari saya sendiri dipamerkan. Selain itu beberapa lukisan telah diadaptasi di atas tekstil dan boleh dibingkaikan atau dipakai sebagai (Frameable and wearable art
).Pameran ini telah dirasmikan oleh Kolektor dan Patron Seni Terkemuka negara Zain Azahari Tan Sri Zainal Abidin (yang lebih suka dikenali sebagai Pak Zain) pada 12 October 2019. Pak Zain adalah pemilik lebih 1000 buah lukisan dan penulis buku Hati & Jiwa Volume I, II, III. Alhamdulillah, Pak Zain suka dengan lukisan yang saya buat, katanya menyerupai pelukis-pelukis old master di luar negara. Beliau sekarang menambah 6 keping lukisan saya di dalam koleksinya.
Pameran ini meninggalkan momen terindah apabila YTM Che Puan Sofie Louise datang ke Kuala Lumpur melawat. Che Puan Sofie telah berkenan untuk meluangkan masa di Pameran the Soul II. Che Puan Sofie rupanya mempunyai seorang ibu saudara yang juga berkecimpung di dalam bidang seni di Sweden.
Sebagai anak yang dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan, sudah tentu menjadi impian saya untuk berpameran di Kelantan di bawah naungan Che Puan Sofie. Saya akan amat berbesar hati juga sekiranya dipanggil untuk berpameran di Kelantan atau pun mana tahu suatu hari di Sweden bersama-sama ahli keluarga Che Puan Sofie.
Pencapaian yang pernah diraih setakat ini? “Kalau dari segi sijil, saya telah mendapat beberapa anugerah dan sijil seni lukisan dari UK, USA dan Korea. Saya juga pernah dilantik sebagai penasihat seni digital oleh Fakulti Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan.
Namun secara peribadi, pencapaian lebih berbentuk self satisfaction. Pada Ogos tahun 2016, saya membuat pameran solo kedua dan berjaya menjual hampir 19 dari 26 keping dalam masa 2 minggu tempoh solo tersebut,” kongsi Amy Hashim.
This website uses cookies.