Pemain Bola Sepak Paling Kaya Di Dunia & Anak Saudara Sultan Brunei, FAIQ BOLKIAH Jadi Buruan Kelab Seluruh Dunia

Apabila bercerita mengenai siapakah pemain bola sepak terkaya di dunia, pasti ramai akan tertumpu kepada nama-nama besar seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar.  Namun begitu, di sebalik kekayaan bintang bola sepak dunia itu, tiada siapa menyangka pemain berusia 24 tahun iaitu Faiq Jefri Bolkiah atau YAM Pengiran Anak Faiq Bolkiah tersenarai sebagai pemain paling kaya di dunia.

Faiq Bolkiah, yang merupakan anak saudara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, mempunyai anggaran nilai bersih kekayaan lebih £20 billion (RM111 bilion). Bapanya, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Di-Gadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Wadden merupakan paduka adinda kepada Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.

Faiq juga menghabiskan lebih sedekad dalam akademi bola sepak Inggeris, dengan pengalaman bermain secara professional di Southampton, Chelsea dan Leicester.

Menerusi hantaran di Instagram pada Ahad, Faiq mengumumkan dirinya meninggalkan Chonburi FC.

“Terima kasih Chonburi untuk dua musim terakhir. Dan terima kasih kepada penyokong di atas sokongan yang mengagumkan sejak hari pertama. Semoga yang terbaik untuk anda pada masa hadapan dan saya berharap suatu hari nanti kita akan bertemu lagi,” tambahnya.

Dilahirkan di Los Angeles, Amerika Syarikat, Faiq mendapat pendidikan di England dan mula menceburi sukan bola sepak selepas menyertai Southampton ketika berusia 11 tahun.

Faiq menyertai Choburi pada 2021 dan meninggalkan kelab itu selepas menjaringkan dua gol dalam 29 perlawanan pada musim ini. – Daily Star

Share
Published by
Rosmah Idayu