Gaya Hidup

Pembaca Berita Wanita Pertama Berhijab Di Kaca TV, Pesona Azura Abdul Karim Anggun Usia 55!

Tumpang bahagia tengok kehidupan bekas personaliti televisyen popular era 90an, Azura Abdul Karim. Sejak bersara daripada dunia penyiaran, dia kini lebih menumpukan sepenuh perhatian terhadap suami dan anak-anak.

Bagi mengisi masa lapang, Azura juga aktif mengusahakan bisnes miliknya iaitu Deco Patch by Azura Karim. Antara produk yang dihasilkan termasuklah beg, mug dan tiffin.

Meskipun tidak lagi bergelar pengacara dan pembaca berita namun bakat Azura tetap dikagumi ramai. Apatah lagi peminat masih boleh cam suara penyampai otai ini yang unik dan tersendiri.

Kredit Instagram @azurakarim_
Kredit Instagram @azurakarim_
Kredit Instagram @azurakarim_
Kredit Instagram @azurakarim_
Kredit Instagram @azurakarim_

Nama Azura Abdul Karim juga mencipta sejarah apabila dia merupakan pembaca berita bertudung pertama bersiaran di kaca televisyen!

Tanggal 15 September 1996 pastinya menjadi detik paling bermakna dan tidak mungkin dilupakan isteri Sharudin Yasin ini apabila penampilan baharunya ketika itu meraih pujian penonton. Sekaligus melonjakkan populariti Azura.

Meniti usia 55 tahun, pesona dan aura figura ini kekal memikat. Bergelar ibu kepada enam cahaya mata, Azura turut dikhabarkan bakal menimang cucu tidak lama lagi. Malah anak lelaki sulung merupakan seorang juruterbang.

Kredit Instagram @azurakarim_
Kredit Instagram @azurakarim_
Kredit Instagram @azurakarim_
Kredit Instagram @azurakarim_
Kredit Instagram @azurakarim_
Kredit Instagram @azurakarim_
Kredit Instagram @azurakarim_

Tidak kurang juga anak perempuan sulung iaitu Sarah Amanda yang merupakan wanita bijak lulusan University of the West of England yang pernah mendapat perhatian warga maya.

Selesa menguruskan keluarga tersayang, Azura pada awal Oktober lepas menikmati percutian ke Jepun di samping suami dan anak lelaki, Irsyad.

Kredit Instagram @azurakarim_
Kredit Instagram @azurakarim_
Kredit Instagram @azurakarim_
Kredit Instagram @azurakarim_

Menerusi perkongsian foto percutian di sana, kelihatan dia kelihatan aktif dan sihat melawat destinasi menarik sepanjang berada di sana.

Azura sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pramugari Malaysia Airlines sebelum menyertai Buletin Utama pada tahun 1991 sebagai wartawan kadet dan kali terakhir menjadi penyampai berita ialah pada tahun 2000.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/meniti-usia-60-tahun-nenek-3-cucu-ezzah-aziz-fawzy-tampil-anggun-jadi-prof-adjung-ukm/

Share
Published by
Suzi