‘Pemergian Faziani Rohban Turut Dirasai Di Indonesia’

Berita pemergian Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad sabtu lalu bukan sahaja dirasai oleh golongan selebriti di tanahair, malah turut mendapat perhatian dari beberapa selebriti di negara jiran, Indonesia. Mana tidaknya, Dnars Skincare baharu sahaja bertapak di Indonesia sejak beberapa bulan yang lalu dan mula mendapat tempat di hati wanita di Indonesia. Empat tahun jangkamasa yang diambil oleh Allahyarhamah Faziani dan pengrusan DNras Skincare untuk memenuhi segala peraturan pentadbiran Indonesia untuk membawa jenama Dnars Skincare ke Indonesia. Awal tahun lalu produk Dnars Indonesia telah mula berada di pasaran di negara jiran itu.

Malah, melalui posting yang dimuat naik oleh pelakon popular Indonesia, Shireen Sungkar yang juga merupakan  duta produk Dnars di Indonesia melahirkan rasa terkejut menerima berita kematian Allahyarhamah Faziani Rohban sabtu lalu.

 

“Kenal ibu owner yang baik MasyaAllah, dia bercerita bagaimana jualan dari tiada apa-apa sampai boleh kaya sekarang.

“Baru berjumpa beberapa hari lalu, beliau menyokong program kita dan beri iftar untuk 2500 peserta dan sepanjang majlis dia beritahu suka program pengajian (agama) begini dan mahu diteruskan.

“Umur tak menjamin sihat kerana Allah yang menentukan ajal. MasyaAllah diambil pun ketika perjalanan menghantar dana untuk tahfiz,” tulisnya di Instagram.

Menurut Shireen lagi, pertemuan dengan Allahyarhamah Faziani ketika keduanya mengikuti sebuah program agama diberi nama Ngariung Yuk yang diadakan di Indonesia ketika Allahyarhamah berkunjung ke sana ditemani suaminya.

Tambah Shireen lagi, Allahyarhamah juga turut menaja iftar untuk 2,500 peserta program keagamaan tersebut dan sempat berbisik padanya perasaan suka dan gembira dapat menghadiri majlis seperti itu. Malah, Allahyarhamah turut melahirkan sokongan terhadap Shireen meneruskan program keagamaan seperti itu.

Pada Sabtu lalu, pengasas Dnars itu meninggal dunia selepas dia terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Pattani, Thailand. Kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi memberi sumbangan zakat bersama suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim. Al Fatihah,

 

Credit: Instagram @shireensungkar

 

Share
Published by
Rosmah Idayu