Kita sering diuar-uarkan bahawa menabung adalah amalan mulia. Namun, masih ramai yang tidak menyedari betapa pentingnya menabung dalam kehidupan.

IKLAN

Hakikatnya, pelbagai kaedah menabung yang boleh diaplikasikan mengikut keperluan, kemampuan dan keselesaan seseorang individu itu.

Original VS Tiruan

Yang mana perlu kamu pilih? Tulen atau tiruan? Memang tidak wajar jika anda membeli barangan tiruan. Bermakna anda telah pun menggalakkan pencurian idea dan hak intelek para pencipta dan pereka.

Dilema akan melanda anda apabila perbezaan barangan tulen dan tiruan tidak jauh bezanya. Jika anda rasakan anda harus berbelanja banyak untuk seutas jam, sehelai seluar, baju serta tas tangan, barangkali anda pasti akan membeli barang tiruan kerana anda mampu bergaya dengan barangan berjenama. Yang penting jenamanya.

Mahal VS Murah

Tidak semua yang mahal itu cantik dan tidak semua yang murah itu buruk. Tidak semua barangan mahal itu tahan lama dan tidak semua barangan murah itu cepat rosak.

Ada kalanya barangan murah jauh lebih cantik dan tahan lama berbanding barangan mahal. Tengok pula kepada si pemakai. Jika si pemakainya pandai bergaya, barang murah pun jadi mahal. Jadi tidak perlulah kamu membazir semata-mata kerana jenamanya.

Jenama VS Tidak Berjenama

IKLAN

Prinsip yang sama juga boleh anda guna pakai untuk membeli barangan berjenama. Bukan semua barangan jenama cantik. Kadangkala jenamanya sahaja yang gah, tetapi ukiran serta rekaannya… aduhai! Jadi jangan jadi mangsa barangan berjenama. Lihat dahulu. Adakah anda mampu dan sesuai untuk anda.

Trendy VS Klasik

Sesetengah gaya tidak akan lapuk ditelan zaman. Walaupun sudah keluar berpuluh-puluh tahun misalnya, ia masih mampu menawan hati pembeli dan ia masih kelihatan classy apabila dikenakan.

IKLAN

Jadi jangan terpedaya dengan bayangan trend semasa kerana bukan semua yang dikatakan trendy cantik dan hebat. Barangan klasik juga masih mampu digayakan.

Sesuai VS Kaki Fesyen

Kalau dah rasa tak sesuai untuk mengenakan fesyen terkini, tak payahlah memaksa tubuhmu untuk menggayakannya. Nanti sakit mata masyarakat  memandangmu. Biarlah stail yang anda kenakan sesuai dengan imej dan penampilan dirimu.

Panduan menabung yang boleh diamalkan

  • Pupuklah kesedaran dalam diri tentang kepentingan menabung.
  • Pastikan setiap individu mempunyai belanjawan peribadi yang dijadikan panduan perbelanjaan.
  • Belanjawan haruslah diikuti dengan penuh disiplin untuk memastikan tidak berlakunya lebihan perbelanjaan berbanding pendapatan.
  • Pelajari dan turut serta dalam skim-skim tabungan yang menguntungkan. Pastikan skim tersebut menawarkan tabungan yang berisiko rendah jika kamu kurang aliran tunai.
  • Simpan semua atau sekurang-kurangnya separuh daripada pendapatan yang tidak dijangka, misalnya memenangi peraduan yang menawarkan hadiah wang tunai, keuntungan perniagaan atau bonus.
  • Kesimpulannya, menabung boleh direalisasikan dengan mudah seandainya wujud kemahuan dalam diri seseorang individu. Wujudnya pelbagai tabungan dapat membantu pengguna memilih bentuk tabungan yang sesuai dengan keperluan dirinya.
  • Faedah menabung yang besar bukan hanya membantu dalam pembentukan masa depan, tetapi juga kepada anak-anak, keluarga dan negara. ‘Beringat sebelum kena’ hendaklah dijadikan sebagai panduan, selain sebagai ‘amaran’ untuk memulakan langkah menabung dan terus manabung. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI