Kita sering diuar-uarkan bahawa menabung adalah amalan mulia. Namun, masih ramai yang tidak menyedari betapa pentingnya menabung dalam kehidupan.
Hakikatnya, pelbagai kaedah menabung yang boleh diaplikasikan mengikut keperluan, kemampuan dan keselesaan seseorang individu itu.
Original VS Tiruan
Yang mana perlu kamu pilih? Tulen atau tiruan? Memang tidak wajar jika anda membeli barangan tiruan. Bermakna anda telah pun menggalakkan pencurian idea dan hak intelek para pencipta dan pereka.
Dilema akan melanda anda apabila perbezaan barangan tulen dan tiruan tidak jauh bezanya. Jika anda rasakan anda harus berbelanja banyak untuk seutas jam, sehelai seluar, baju serta tas tangan, barangkali anda pasti akan membeli barang tiruan kerana anda mampu bergaya dengan barangan berjenama. Yang penting jenamanya.
Mahal VS Murah
Tidak semua yang mahal itu cantik dan tidak semua yang murah itu buruk. Tidak semua barangan mahal itu tahan lama dan tidak semua barangan murah itu cepat rosak.
Ada kalanya barangan murah jauh lebih cantik dan tahan lama berbanding barangan mahal. Tengok pula kepada si pemakai. Jika si pemakainya pandai bergaya, barang murah pun jadi mahal. Jadi tidak perlulah kamu membazir semata-mata kerana jenamanya.
Jenama VS Tidak Berjenama
Prinsip yang sama juga boleh anda guna pakai untuk membeli barangan berjenama. Bukan semua barangan jenama cantik. Kadangkala jenamanya sahaja yang gah, tetapi ukiran serta rekaannya… aduhai! Jadi jangan jadi mangsa barangan berjenama. Lihat dahulu. Adakah anda mampu dan sesuai untuk anda.
Trendy VS Klasik
Sesetengah gaya tidak akan lapuk ditelan zaman. Walaupun sudah keluar berpuluh-puluh tahun misalnya, ia masih mampu menawan hati pembeli dan ia masih kelihatan classy apabila dikenakan.
Jadi jangan terpedaya dengan bayangan trend semasa kerana bukan semua yang dikatakan trendy cantik dan hebat. Barangan klasik juga masih mampu digayakan.
Sesuai VS Kaki Fesyen
Kalau dah rasa tak sesuai untuk mengenakan fesyen terkini, tak payahlah memaksa tubuhmu untuk menggayakannya. Nanti sakit mata masyarakat memandangmu. Biarlah stail yang anda kenakan sesuai dengan imej dan penampilan dirimu.
Panduan menabung yang boleh diamalkan
This website uses cookies.