Peminat Mahu HRITHIK ROSHAN & Bekas Isteri Kembali Bersama Selepas 5 Tahun Bercerai!

Aktor Bollywood lelaki pujaan ramai, Hrithik Roshan mendapat pujian daripada para peminantnya apabila masih lagi berhubung dengan baik bersama bekas isterinya Sussanne Khan, demi anak-anak. Walaupun pasangan ini mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing setelah 13 tahun berkahwin, masih jelas lagi kemesraan mereka sebagai satu keluarga yang bahagia.

IKLAN

IKLAN

 

 

Menurut laporan Hindustan Times, walaupun sudah bercerai Hrithik dan Sussanne masih lagi dilihat bersama hanya untuk satu sebab atau tujuan utama iaitu meluangkan masa bersama anak-anak. Sebelum ini, mereka berdua dikatakan masih bercuti bersama dan menghadiri pelbagai acara majlis filem dan menonton wayang bersama anak-anak di sekitar Mumbai.

 

Bagus sebenanrnya apa yang dipratikkan oleh mereka berdua ini kerana tidak mahu anak-anak menjadi mangsa dalam isu penceraian. Apa yang penting, anak-anak harus mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada kedua ibu bapa. Mungkin berbeza dengan pasangan lain yang mengambil keputusan untuk bepisah dan seterusnya tidak mempudulikan urusan masing-masing.

Bukan sahaja sentiasa meluangkan masa bersama dan melihat perkembangan anak-anak dihadapan mata mereka sendiri, malahan, Hrithik dan Sussanne juga masih setia menyokong antara satu sama lain tidak kira dalam apa jua perkara seperti dalam kehidupan mahupun urusan kerja.

Sehinggakan ada peminat mengharapkan semula penyatuan pasangan ini, namun dari sumber terdekat memberitahu untuk kembali sebagai status suami isteri agak mustahil kerana keduanya mahu hidup yang bebas dan berdikari. Hati tidak boleh dipaksa, bukan? Mungkin hubungan baik yang masih terjalin ini hanya untuk kebaikan dua orang anak lelaki mereka itu supaya membesar dalam satu institusi kekeluargaan yang normal.

Hrithik berkahwin dengan Susanne pada Oktober 2000 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, Hrehaan Roshan dan Hridhaan Roshan. Namun, mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada Disember 2013.

sumber: Hindustan Times