Dengarnya peminat-peminat Mira Filzah dah serbu butik ARIANI berdekatan dengan mereka untuk mendapatkan koleksi tudung ARIANI yang cantik-cantik ini kerana nak sama dengan koleksi tudung yang dipakai oleh selebriti cantik ini.
Rupanya ramai sudah membuat persiapan awal persiapan raya mungkin kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian berpuasa dan meraih keberkatan Ramadan. Bagus juga, penat juga bersesak-sesak kalau membeli kelengkapan raya di saat-saat akhir.
Mesti cantik kalau raya ini pakai tudung yang sama dengan pemilik senyuman manis ini. Tahun ini Mira Filzah sekali lagi menjadi ikon ARIANI Lebaran RTW.
“Seperti tahun yang lalu saya bersyukur kerana terpilih sekali lagi menggayakan koleksi ARIANI Lebaran RTW. Apabila menjadi ikon ARIANI Lebaran RTW saya sudah tidak kisah dengan pemilihan baju untuk hari raya kerana koleksi ARIANI Lebaran RTW begitu variasi dan sesuai dengan saya.
Jenama ARIANI Lebaran RTW sudah cukup terkenal serta baju raya yang dikeluarkan sangat cantik, mengikut trend dan permintaan pasaran sekarang. Sesuai sekali buat semua wanita berhijab yang inginkan penampilan anggun dan feminin. Lebih-lebih lagi rona pastel yang diketengahkan menjadi kegemaran saya,” tutur Mira Filzah.
Mira sempat berkongsi tip baju raya pilihannya, “Sebagai Muslimah moden tidak salah untuk mencipta gaya. Namun, ketika memilih baju biar kena pada tubuh pemakai dan majlis yang hendak dihadiri. Sekali-sekala ketika hari raya tidak salah untuk sedikit glamor berbanding hari-hari biasa.
Lebih-lebih lagi untuk diabadikan dalam potret keluarga yang bakal disimpan sebagai kenang-kenangan sampai bila-bila. Bagi saya sebagai Muslimah moden kita perlu bijak mengatur penampilan agar selesa dipandang mata,” jelas Mira Filzah.
“Bila saya mula berpuasa? Saya mula berpuasa sejak sekolah rendah lagi. Boleh dikatakan saya seorang budak baik, tak pernah ponteng puasa dan tidak punya kenangan curi makanan ketika semua orang tidak ada di rumah. Saya pernah basahkan mulut sahaja tetapi tak pernah telan air.
Saya tidak mempunyai juadah berbuka puasa yang tetap kerana ia pasti berubah mengikut trend yang tengah in. Basically saya suka makan benda-benda manis. Kuih-kuih tradisional yang manis memang wajib ada ketika berbuka. Contoh macam seri muka, tepung pelita, pengat pisang.
Asalkan ada benda manis, saya okay. Saya akan berbuka dengan benda manis terlebih dahulu. Tapi air saya tidak suka yang manis,” terang graduasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam Jurusan Perniagaan Antarabangsa ini.
Kenangan manis bagi Mira di bulan Ramadan, sewaktu berpuasa di set penggambaran. “Sebelum ini saya shooting di tengah sawah dan tengah laut dalam bulan puasa. Cuaca sangat terik ketika itu tapi kita masih lagi meneruskan penggambaran.
Dia bukanlah suatu kenangan tapi bila kita bekerja dalam bulan puasa tapi kita still strong sebab ada setengah orang yang tak larat bekerja di ketika bulan puasa.
Tapi bila kita berjaya berpuasa ketika bekerja walaupun terpaksa melalui satu hari yang sangat memenatkan, panas sana sini timbul rasa syukur dan lega dapat melalui semua dugaan tersebut dan mencapai suatu kepuasan,” kongsi Mira Filzah.