Aktres popular China, Dilraba Dilmurat bertuah memiliki raut wajah sempurna. Dia dikurniakan sepasang mata bundar yang cantik, hidung mancung, bibir mungil, kulit putih mulus dan aura mempersona.
Ads
Memetik laporan portal KBIZoom, populariti Dilraba di Korea Selatan melonjak dan dia pernah mendapat gelaran The Prettiest Beauty in Real Life 2018 dan The Face Chinese Women Want To Resemble The Most 2019.
Dek kerana wajah cantiknya, gambar figura popular ini antara yang sering dibawa pelanggan ke pusat kecantikan di Korea.
Tidak hairanlah Dilraba atau lebih dikenali sebagai Dilireba dalam kalangan peminat sering menjadi buruan jenama mewah antarabangsa termasuk syarikat produksi untuk menjadi duta dan tarikan dalam sesebuah drama mahupun filem.
Meniti usia 31 tahun, pelakon, model dan penyanyi yang dilahirkan di Urumqi ini sebenarnya mempunyai darah keturunan etnik Uighur. Mengikut bahasa Uighur, nama Dilraba Dilmurat bermaksud ‘cantik rupawan’.
Memandangkan latar belakangnya sebagai masyarat etnik minoriti Uighur, dia mengakui fasih bertutur bahasa tersebut selain sedang mempelajari bahasa Korea dan Thailand!
Minat dan darah seni dalam diri Dilraba mula berputik sejak zaman kanak-kanak lagi. Memetik laporan Hotpot TV, ketika berusia lingkungan tujuh tahun dia sudah meminta
ibu bapanya menghantar ke kelas muzik piano, violin, gitar dan kelas menari.
Malah, menerusi perkongsian gambar kanak-kanak Dilraba jelas menunjukkan kecantikan asli milik jelitawan ini.
Atas sokongan keluarga terhadap minat Dilraba, dia kini bergelar antara selebriti berjaya di China dan menerima pelbagai pengiktirafan sepanjang pembabitan bergelar anak seni.
Ads
Kerjaya Dilraba mula menyerlah sekitar tahun 2015 / 2016 selepas dia membintangi drama bersiri 37 episod ‘Hot Girl’ yang melayakkannya menerima anugerah ‘Outstanding New Actress’ di 2016 ENAwards.
Pada tahun yang sama juga, dia menerima satu lagi anugerah iaitu ‘Best New Actress’ di China Britain Film Festival menerusi watak yang dijayakan dalam Mr Pride vs Miss Prejudice.
Selain itu, dia turut dimahkotakan The Golden Eagle Goddess 2018 iaitu salah satu penghargaan tertinggi yang diberikan kepada pelakon di China.
Ads
Tahun lalu sahaja, nama Dilraba Dilmurat menduduki tempat ke-16 dalam senarai Forbes China Celebrity 100 List dan popularitinya melonjak sehingga disenaraikan sebagai antara pelakon China yang menerima bayaran paling tinggi untuk sebuah drama!
Kejayaan yang diraih ini bukan bersandarkan kepada rupa paras menawan Dilraba semata-mata. Sebaliknya, dia juga selebriti yang rajin bekerja dan menerima banyak tawaran. Selepas mencatat percapaian luar biasa menerusi drama siri popular Eternal Love pada tahun 2017, tawaran yang diterima Dilraba datang mencurah-curah.
Di samping sibuk menjalani penggambaran drama dan filem berturut-turut Dilraba turut dilantik sebagai jurucakap produk jenama mewah antarabangsa seperti Mikimoto, Louis Vuitton, Dolce Gabbana dan produk kecantikan dan kosmetik mewah Perancis, Clarins.
Setiap insan yang sudah merasai kehilangan orang tersayang pasti faham perasaan yang dialami aktres cantik ini. Pertama kali sambut Hari Raya tanpa ibu di sisi, gaya Kilafairy pakai baju kurung arwah ibu tersayang iaitu Rohana Jalil pada 1 Syawal lalu mencuit hati ramai pihak.
Beberapa hari sebelum Aidilfitri menjelma, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan membuat hantaran di media sosial mengenai perasaannya menyambut Syawal tahun ini.
Tulisnya, “This girl is definitely not looking forward to Eid.”
Pastinya rasa rindu dan kenangan bersama arwah ibu tidak pernah padam di sanubari pelakon filem Karak ini. Apatah lagi, dia cukup rapat dengan Allahyarham Rohana Jalil. Ke mana saja pergi, pasti kelibat ibu tersayang ada bersama.
Sebagai mengingati momen di samping ibu, Kilafairy pada pagi Syawal memilih pakai baju milik Allahyarham Rohana Jalil rona coklat untuk digayakan sempena lebaran.
Ternyata busana tradisi baju kurung berkenaan terletak cantik di tubuh badan ramping Kilafairy. Malah, rata-rata followers setia memuji keanggunan pelakon wanita berusia 31 tahun ini yang ringkas dan sederhana.
Dia mula menceburi industri seni dalam bidang lakonan pada tahun 2010 menerusi drama Mistik Alam Hitam. Selain berlakon, Kilafairy juga berbakat dalam bidang nyanyian dan pernah menghasilkan single Pasti pada 2012.
Allahyarham Rohana Jalil meninggal dunia pada 21 Jun 2023 dan dilapor dimasukkan ke hospital akibat kebocoran usus.
Allahyarham berkahwin dengan Jahangir Khan pada 1984 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau dahulu di zaman kegemilangan 4 selebriti popular ini, kejelitaan mereka tiada tandingan. Kini kelihatan anak mak sama cantik dan anak-anak gadis mereka mewarisi kejelitaan masing-masing.
Keempat-empat selebriti yang masih kekal relevan sehingga kini tetap kekal jelita dengan gaya yang tersendiri. Baik Datuk Nora Ariffin, Datuk Ziela Jalil, Datin Seri Noniswara Al Sheikh mahupun Datin Suliza Salam mempunyai aura yang tersendiri.
Kini anak-anak sudah melalui fasa meningkat dewasa dan pandai selebriti ini menjaga kecantikan dan penampilan mereka. Memang anak mak sama cantik dan kelihatan seperti adik-beradik sahaja dengan anak-anak mereka.
1. Datuk Nora Ariffin
Putri Nor Dahlia Johan merupakan anak gadis kepada Datuk Nora Ariffin dan baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-17 pada bulan Disember yang lalu. Putri Dahlia juga baharu sahaja menghabiskan peperiksaan SPM 2021 dan bakal memasuki dunia kolej tak lama lagi. Putri Dahlia mewarisi bakat nyanyian ibunya dan kerap berkongsi klip nyanyiannya di laman media sosialnya.
2. Datuk Ziela Jalil
Dr. Puteri Julia Nabilah Tan Sri Megat Junid puteri sulung Datuk Ziela Jalil merupakan seorang doktor. Telah mendirikan rumah tangga dengan Dr. Dziya Faqhran Mahmod Fauzi, pada 1 Julai 2018 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Tun Alayna Zeeya dan Tun Ameena Zeeya.
3. Datin Seri Noniswara Al Sheikh
Nur Erysha Emyra Zakaria baharu sahaja berusia 23 tahun dan merupakan anak kepada Dramatis Datin Seri Noniswara. Mempunyai 62.7 ribu orang pengikut di laman Instagram. Terbukti anak kepada Datin Seri Noniswara beauty with brains bila mendapat keputusan cemerlang, 9A dalam peperiksaan SPM. Anak gadis Datin Seri Noniswara merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki.
4. Datin Suliza Salam
Kedua-dua anak gadis Datin Suliza Salam bukan sahaja mewarisi kejelitaannya malah turut memiliki ‘mata kucing’ yang menjadi jolokan buat penyanyi ini. Izzati Zainal Nazeri dan Falahi Zainal Nazeri masing-masing cemerlang dalam SPM serta telah melanjutkan pengajian dalam bidang perniagaan dan artitek. Kini masing-masing sudah berkahwin dan bahagia dengan pasangan. Seorang lagi anak lelaki Datin Suliza iaitu Ismail Izzani yang merupakan seorang penyanyi terkenal tanah air.
Aktres Indonesia terkenal, Prisia Nasution antara yang memiliki kecantikan asli. Biarpun tanpa secalit solekan di wajah, kecantikan Prisia sentiasa menjadi bualan. Beruntungnya Prisia adalah kerana dia memiliki kulit yang sihat.
Selain aktif dalam bidang seni dan peragaan, Prisia juga seorang yang menggemari aktiviti sukan kerana ia membantu dirinya untuk kekal sihat dan cergas. Secara tidak langsung membantu menjaga kesihatan kulitnya di samping mengamalkan rutin penjagaan harian.
Menurut isteri kepada aktor Malaysia, Iedil Putra yang berusia 37 tahun ini, dia akan bersukan dua kali dalam seminggu. Ini kerana Prisia seorang yang suka bergerak.
Selain bersukan, Prisia juga sangat menitikberatkan soal kecantikan luar dan dalam. Begitu juga dengan kulitnya yang perlu diberi perhatian memandangkan dia sering berpeluh kerana aktif bersukan.
Maka, dia tidak pernah meninggalkan rutin pemakaian serum dan pelembap. Baginya, dua item tersebut ‘wajib’ dipakai setiap hari. Di samping itu, pemakaian sunblock juga menjadi keutamaan Prisia setiap kali sebelum keluar rumah.
Memiliki kulit yang sihat dan mulus tidak semestinya bebas daripada masalah contohnya jerawat. Begitu juga Prisia yang juga merupakan atlet pencak silat yang pernah mengalami masalah kulit suatu ketika dahulu.
Ia berlaku disebabkan dia mengambil mudah rutin penjagaan kulit terutama sebelum keluar rumah. Sebelum ini dia tidak mementingkan penggunaan sunblock maka berlakunya breakout pada kulit.
Bermula saat itu, Prisia mula sedar betapa pentingnya sunblock dan juga serum serta pelembap digunakan khususnya sebelum keluar rumah dan sebelum tidur.
Sekadar infiormasi, Prisia berkahwin dengan aktor Malaysia, Iedil Putra pada 1 Jun 2016. Pasangan ini berkenalan ketika mereka sama-sama berlakon di dalam filem ‘The Interchange’.
Kredit Foto: Instagram Prisia Nasution & Iedil Dzuhrie Alaudin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
MasyaAllah, cantik sungguh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin. Gaya elegan dan keanggunan Baginda sentiasa menjadi perhatian rakyat ...