
Sekian lama menyembunyikan kehamilan daripada pengetahuan peminat kerana masih di peringkat awal, akhirnya Ain Edruce hari ini membuat pendedahan bahawa dirinya sedang hamil anak sulung. Menerusi perkongsian di media sosial Ain, pengacara popular itu memuatnaik video ketika awal mengetahui berita tersebut selepas membuat ujian pengesanan kehamilan. Alhamdulillah, tahniah!
Difahamkan Ain atau nama penuhnya Nurulain Edruce kini sedang meniti usia kehamilan empat bulan. “Mummy daddy in the making. Thank you semua for all the beautiful wishes.. tak sempat nak reply satu-satu. Doakan kita orang jadi mummy and daddy yang baik untuk baby. This is by far the best gift 2020 ni. Alhamdulillah. Kuiz pada hari ini : BERAPA KALI MIRUL SEBUT “seriouz ah?” dalam video ni. Happy anniversary Amirul Hafiz.”

Semoga Ain dan kandungan terus diberi kesihatan yang baik serta dipermudahkan semuanya.
Mengimbas kembali detik percintaan Ain dan Amirul, kedua-duanya selamat bergelar tunang pada tanggal 22 Jun 2019 sebelum sah bergelar suami isteri dan melangsungkan perkahwinan gilang-gemilang pada 13 Disember tahun yang sama. Terbuka berkongsi wajah bakal suami sejak awal lagi… Ain disifatkan seorang selebriti yang mudah didekati dan terkenal dengan sikap ‘gila-gila’.

Pertengahan Ogos lalu, nama Ain dan suaminya menjadi bualan ramai selepas video house tour yang disiarkan di YouTube Ain Edruce ditonton lebih sejuta orang. . Rata-rata daripada mereka juga menyifatkan Ain bukan hanya memiliki personaliti mesra dan lucu bahkan dia juga cukup merendah diri kerana jarang bercerita tentang sisi peribadinya kepada umum.
Dalam usia belum mencecah 30 tahun, kemampuan Ain dan suami memiliki rumah indah seperti yang dipaparkan dalam saluran YouTube pengacara tersebut nyata mengundang rasa kagum dalam kalangan peminat. Malah, daripada paparan video berkenaan juga jelas menunjukkan pasangan suami isteri muda ini mempunyai cita rasa yang tinggi, mewah dan elegan dalam menghias ruang kediaman.
Mengintai komen peminat, kebanyakan mereka meluahkan rasa teruja dan menganggap mahligai Ain dan suami tercinta, Amirul Hafiz ini ibarat rumah idaman ramai. Pemilihan perabot, dekorasi dan keluasan rumah elit figura ini sememangnya berjaya mencipta suasana tenang. Ujar Ain, sofa yang diletakkan di rumah tamu rumahnya direka khas mengikut cita rasa dan kesesuaian Ain dan suami.



Paling mencuri tumpuan ialah meja makan yang dibeli pasangan ini. Bukan calang-calang perabot kerana ia diperbuat daripada sebatang pokok besar yang utuh, tahan lama dan cantik. Sampai Ain sangguplah naik dan berdiri di atas meja makan! Semata-mata untuk menunjukkan betapa teguhnya perabot berkenaan. Disebabkan keteguhan dan ketahanannya, Ain mengaku ia dibeli dengan harga yang agak mahal.
Ruang dapur juga tidak kurang hebatnya. Selain memiliki ‘island’ yang diperbuat daripada marmar, perkakasan dapur yang ada di rumah Ain juga berteknologi canggih dan terkini. Ruang dapur mereka turut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu dapur basah dan dapur kering.
Kredit foto: Instagram Ain Edruce
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!















Datin Rita Sosilawati turut bekerjasama dengan ESH Electrical untuk melancarkan Program CSR ‘Bersama Menyemarakkan Keikhlasan Di Hari Raya’. Program ini diwujudkan selaras dengan semangat Ramadan, menyebarkan kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan.
Kedua-dua pihak sepakat membantu mangsa-mangsa banjir yang diduga baru-baru ini. E.S.H Electrical Sdn Bhd bersetuju untuk menderma barangan elektrik kepada kira-kira 200 keluarga terjejas.
Datin Rita Sosilawati bakal menyediakan barangan keperluan seperti beras, gula, tepung dan bekalan makanan lain bagi membantu keluarga-keluarga terbabit menyediakan hidangan untuk bersahur dan berbuka puasa.
Datin Rita Sosilawati mewakili kedua-dua pihak dan melawat Kampung Kemat dan Kuala Menjing bagi bertemu sendiri dengan keluarga-keluarga terlibat dan mengagihkan barangan dengan bantuan PANDAN (Persatuan Anak Niaga dan Aktiviti Nirmala).
Program ini bakal dilancarkan secara rasmi di kedai E.S.H Electrical yang terletak di Tingkat 3, Bangsar Shopping Centre.