Peminat Produk Kecantikan Sekarang Boleh Dapat Banyak Diskaun, Keistimewaan Di Lazada LazBeauty Club!

Seiring dengan Jualan 10.10 Betul-Betul Karnival Lazada, LazBeauty Club menawarkan diskaun istimewa daripada jenama kecantikan kegemaran ramai dan penjimatan berganda menerusi pulangan tunai LazCoins, baucar Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum dan banyak lagi.

Betul tu! Bulan Oktober inilah masanya untuk anda melalui makeover kecantikan apabila Lazada memperkenalkan LazBeauty Club yang terbaharu.

Dengan ribuan tawaran eksklusif dan ganjaran keahlian istimewa daripada jenama kegemaran ramai seperti Laneige, Innisfree, Maybelline, L’Oréal Paris, Eucerin, Garnier, serta jenama mesra-Muslimah seperti Fazbulous by Fazura, Safi, Wardah dan banyak lagi.

Apabila mendaftar sebagai ahli LazBeauty Club yang baharu, para pelanggan layak mendapat baucar diskaun khas ‘Selamat Datang’ bernilai RM6* daripada Lazada, di samping baucar eksklusif bulanan daripada Lazada serta jenama yang mengambil bahagian, dengan perbelanjaan minimum serendah hanya RM1.

 

Malahan, terdapat juga tawaran eksklusif bagi ahli, pemakluman terkini mengenai produk yang sedang trending, dan juga produk yang disyorkan oleh ‘LazBeauty Insiders’ yang terdiri daripada selebriti dan influencers

tempatan.

“Menerusi ciri AI dan AR-powered Virtual Try-On di aplikasi Lazada, ia membolehkan para pelanggan mencuba produk sampel seperti bedak asas (foundation) atau gincu (lipstick).

Kami amat teruja kerana ia dapat menambah keceriaan pengalaman apabila memilih dan membeli produk kecantikan. Menerusi LazBeauty Club, para pelanggan boleh mendapatkan akses eksklusif untuk memilih produk yang diidamkan pada harga berpatutan di Lazada.” Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Malaysia, Chenxi Zhou

Di samping itu, para pelanggan boleh mengikuti 10.10 Glam Squad di aplikasi Lazada bermula 5 Oktober, di mana peminat jenama terkemuka seperti Laneige, Biotherm, Innisfree, dan banyak lagi boleh menikmati promosi istimewa ‘hanya-di-Lazada’ (only-on Lazada), antaranya potongan diskaun sebanyak 70% dan ganjaran istimewa seperti Gift With Purchase (GWP) eksklusif dan baucar sebanyak 10% untuk pengikut baharu.

Sebagai pendahuluan jualan terbesar tahunan iaitu pesta beli belah 11.11, Jualan 10.10 Betul-Betul Karnival Lazada merupakan permulaan untuk mencetuskan keterujaan membeli-belah dengan tawaran diskaun tanpa tandingan, promosi istimewa bagi ahli, dan penjimatan berganda.

 

Penghantaran Percuma: Kumpul dan tebus tanpa perbelanjaan minimum*

Para pelanggan Lazada boleh mengumpul baucar Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum* yang akan dikeluarkan dan diperbaharui setiap hari untuk memaksimumkan penjimatan sepanjang Jualan 10.10. Baucar Penghantaran Percuma juga boleh dikumpul menerusi Lucky Egg, atau apabila mendaftar untuk menyertai Voucher Club.

Hanya klik pada ikon ‘Penghantaran Percuma’ di halaman utama Lazada dan kumpul baucar sebanyak mungkin.

 

LazCoins: Ganjaran Pulangan Tunai LazCoins sehingga 60%

Maksimumkan setiap sen dan Ringgit dengan pembelian yang berbaloi – lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak ganjaran pulangan tunai LazCoins yang boleh diperolehi. Bermula dari 10 hingga 12 Oktober, para pelanggan boleh menikmati ganjaran pulangan tunai LazCoins sehingga 60%* tanpa perbelanjaan minimum*. Malah, dari 10 hingga 12 Oktober, 100 pembayaran berjaya harian yang pertama akan layak menerima 888 ganjaran pulangan tunai LazCoins* dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM88.

 

Lazada Bonus: Potongan RM7 bagi setiap pembelian bernilai RM70*

Kumpulkan Lazada Bonus bermula dari 5 Oktober, dan pastikan anda mendapatkan produk terpilih dengan tanda Lazada Bonus dari 10 hingga 12 Oktober untuk menikmati diskaun sebanyak RM7 bagi setiap pembelian bernilai RM70. Apa yang menarik tentang Lazada Bonus ialah ianya boleh ditimbunkan dengan baucar-baucar lain untuk memaksimumkan penjimatan.

 

Lazada Wallet: Tambah Nilai dan Menangi sehingga RM 1,010

Bermula dari 7 hingga 12 Oktober, para pelanggan boleh menambah nilai dengan jumlah minimum serendah RM50 ke dalam Lazada Wallet mereka bagi proses check out yang lebih lancar dan mudah. Di samping itu, rebut peluang untuk memenangi sehingga RM1,010 melalui halaman ‘Tambah Nilai Balloon Blast’. Di samping itu, dari 10 hingga 12 Oktober, pelanggan Lazada yang membuat pembayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet boleh menikmati potongan RM5 daripada jumlah keseluruhan pembelian mereka, dengan perbelanjaan minimum RM50.

 

Crazy Flash Sale & Mesti Beli: Diskaun berganda untuk penjimatan hebat

Bermula dari 10 hingga 12 Oktober, Lazada menambahkan keceriaan dengan diskaun sehingga 90% menerusi Crazy Flash Sale yang memaparkan tawaran hebat serendah RM1. Tambahan itu, terdapat juga Crazy RM10 Deals dan Crazy Saving Deals dengan produk pada harga serendah RM4.99 di bawah promo ‘Mesti Beli’ dengan tawaran dalam kategori fesyen, kecantikan, peranti elektronik, produk kelengkapan rumah, dan banyak lagi.

 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Jualan 10.10 Betul-Betul Karnival Lazada dan LazBeauty Club, sila klik di sini atau muat turun aplikasi mudah alih Lazada dan juga ikuti Lazada Malaysia di laman media sosial untuk maklumat terkini.

* Tertakluk terma & syarat

Share
Published by
Norzalina