Datin Zai Izzati & Datuk Jamal Abdillah

Alahai, cair tengok wajah cantik jelita permaisuri hati Datuk Jamal Abdillah. Keanggunan Datin Zai Izzati Khairuddin lebih terserlah sejak beliau melahirkan cahaya mata pada 10 Oktober lalu. Bayi perempuan comel yang diberi nama Nur Azura Yamani tersebut merupakan cahaya mata pertama Datin Zai dan anak ketiga bagi Datuk Jamal Abdillah.

IKLAN

Datin Zai Izzati yang kini berusia 25 tahun sah bergelar isteri kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak selepas berkenalan selama dua bulan dan berjumpa hanya sekali sebelum bernikah. Inilah yang dinamakan jodoh!

Teruja dengan kehadiran ‘orang baru’ sebagai pelengkap rumah tangga, perjalanan Datin Zai dan Datuk Jamal untuk menimang zuriat ternyata tidak semudah disangka. Agak jarang berkongsi sisi peribadi terutamanya perihal isteri tersayang kepada umum, Datuk Jamal bagaimana pun akur dan mengesahkan berita kehamilan Datin Zai kepada peminat selepas usia kandungan mencecah enam bulan.

Peminat Puji Isteri DATUK JAMAL ABDILLAH, Tetap Cantik Menawan Lepas Bersalin! Peminat Puji Isteri DATUK JAMAL ABDILLAH, Tetap Cantik Menawan Lepas Bersalin!

Menurut penyanyi yang berasal dari Perak ini, beliau berbuat demikian kerana keadaan isterinya yang sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan mendapatkan rawatan pakar untuk menguatkan rahim.

Baru-baru ini Datuk Jamal dan Datin Zai mengadakan Majlis Akikah Nur Azura Yamani di kediaman mereka di Shah Alam. Selain meraikan kedatangan Nur Azura, difahamkan pada hari yang sama pasangan ini turut meraikan ulang tahun kelahiran anak Datuk Jamal Abdillah iaitu Osama Yamani yang ke-18. Pada majlis berkenaan, Datuk Jamal dan Datin Zai mengenakan busana tradisi sedondon rona krim.

Peminat Puji Isteri DATUK JAMAL ABDILLAH, Tetap Cantik Menawan Lepas Bersalin! Peminat Puji Isteri DATUK JAMAL ABDILLAH, Tetap Cantik Menawan Lepas Bersalin! Peminat Puji Isteri DATUK JAMAL ABDILLAH, Tetap Cantik Menawan Lepas Bersalin!

IKLAN

https://www.instagram.com/p/B5Plj0GllKp/

Selain berkongsi wajah terkini puteri comel, Nur Azura Yamani… wajah mulus dan cantik ibunya turut menjadi perhatian dan bualan ramai. Mana tidaknya, walau sudah bergelar ibu, Datin Zai tetap menjaga penampilan diri dan langsing. Untung Datuk Jamal!

IKLAN

Ini merupakan perkahwinan keempat Datuk Jamal Abdillah selepas pernah mendirikan rumah tangga dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad. Walau jarak usia 35 tahun dengan Datin Zai namun ia bukan halangan buat kedua-duanya melayari perkahwinan bahagia sama seperti suami isteri lain.

Peminat Puji Isteri DATUK JAMAL ABDILLAH, Tetap Cantik Menawan Lepas Bersalin! Peminat Puji Isteri DATUK JAMAL ABDILLAH, Tetap Cantik Menawan Lepas Bersalin!

Perkahwinan yang diatur keluarga itu juga diterima baik anak-anak lelaki Datuk Jamal iaitu Osama Yamani, 18 tahun hasil pernikahan dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 12 tahun anak dengan isteri ketiganya iaitu Fatimatuzahrah.

Semoga Nur Azura Yamani membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan ibu bapa kelak. Mesti Datuk Jamal teruja dengan kelahiran Nur Azura kerana ia adalah kali pertama beliau menimang cahaya mata perempuan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI