Sehingga ke saat ini, momen pernikahan pasangan pelakon terkenal Nad Zainal dan Ungku Ismail masih menjadi bualan ramai.

Penampilan Anggun NAD ZAINAL Dalam Adi Busana Klasik Jadi Bualan, Pereka Fesyen Dedah Persiapan Persalinan

Ads

Semalam, pelakon Nad Zainal mengesahkan dia kini sah bergelar isteri kepada aktor kacak Ungku Aziz pada 23 Januari 2023 bersamaan 1 Rejab 1444H yang lalu.

Memuat naik foto pernikahannya dengan Ungku Ismail bersama kapsyen ringkas “Alhamdulillah” di akaun Instagram meleraikan segala spekulasi sebelum ini.

Penampilan Anggun NAD ZAINAL Dalam Adi Busana Klasik Jadi Bualan, Pereka Fesyen Dedah Persiapan PersalinanNad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin kembali bergelar isteri kali kedua pada usia 33 tahun. Terdahulu, Nad merupakan ibu tunggal kepada sepasang cahaya mata.

Penampilan Anggun NAD ZAINAL Dalam Adi Busana Klasik Jadi Bualan, Pereka Fesyen Dedah Persiapan Persalinan

Menerusi perkongsian Seth&Luna di Instagram, mereka antara individu yang diberi kepercayaan dan ‘pemegang rahsia’ pasangan ini sebelum mereka mengumumkan berita gembira itu secara rasmi.

Penampilan Anggun NAD ZAINAL Dalam Adi Busana Klasik Jadi Bualan, Pereka Fesyen Dedah Persiapan Persalinan
Pereka fesyen, Seth&Luna.

Pasangan sama cantik sama padan ini tampil berseri dalam persalinan pernikahan rekaan Seth&Luna. Pereka fesyen ini turut berkongsi video persiapan Nad dan Ungku Ismail sebelum diijab kabul.

Hari ini, Seth&Luna sekali lagi memuat naik satu hantaran di Instagram berkongsi info tentang adi busana pernikahan Nad dan Ungku Ismail yang kini ‘trending’.

Penampilan Anggun NAD ZAINAL Dalam Adi Busana Klasik Jadi Bualan, Pereka Fesyen Dedah Persiapan Persalinan

“Idea dan konsep tentunya dari tuan empunya badan, Nad memang dari awai dah habaq elemen dan jiwa dia memang klasik.

“Klasik tapi bukan batik dan songket, tetapi klasik, kain kapas, kain linen dan juga kain renda.

Penampilan Anggun NAD ZAINAL Dalam Adi Busana Klasik Jadi Bualan, Pereka Fesyen Dedah Persiapan Persalinan

“Oleh kerana majlisnya sangat intimate, dan hanya diketahui oleh orang-orang terdekat.

“Maknanya adibusananya cukup untuk terlihat manis, sopan dan ayu sahaja. Tidak perlu elemen berlebihan (dia nak simpan masa sanding pulak nanti)”

Penampilan Anggun NAD ZAINAL Dalam Adi Busana Klasik Jadi Bualan, Pereka Fesyen Dedah Persiapan Persalinan

Penampilan Anggun NAD ZAINAL Dalam Adi Busana Klasik Jadi Bualan, Pereka Fesyen Dedah Persiapan Persalinan

Ads

Manakala untuk persalinan Ungku Ismail pula, Seth&Luna menyiapkan sepasang baju Melayu Johor.

“Untuk Ungku Ismail, kami sudah tentunya perlu menyarungkan beliau dengan baju Melayu Johor dari fabrik linen dan kapas.

“Salah satu fakta menarik mengenai kain kapas/linen ini adalah kesan renyuk itu adalah tanda “mahalnya” fabrik itu.

Penampilan Anggun NAD ZAINAL Dalam Adi Busana Klasik Jadi Bualan, Pereka Fesyen Dedah Persiapan Persalinan

 

“Dahulu kami juga tak faham tentang perkara ini, tetapi apabila sudah bertahun bergelumang dengan kain, baru kami faham di mana manisnya kesan renyuk itu.

Ads

“Dia nampak bersahaja, selesa dan tidak berlebihan, just nice orghang kata.”

Menurut Seth&Luna lagi, tidak lengkap penampilan raja sehari tanpa bantuan daripada tenaga kerja yang lain.

Penampilan Anggun NAD ZAINAL Dalam Adi Busana Klasik Jadi Bualan, Pereka Fesyen Dedah Persiapan Persalinan

“Sudah tentu rupa parasnya tidak akan lengkap tanpa bantuan stylist @tymfatimah jurusolek @alhaalfa dan juga digambar cukup puitis dari @haikalshuib

Penampilan Anggun NAD ZAINAL Dalam Adi Busana Klasik Jadi Bualan, Pereka Fesyen Dedah Persiapan Persalinan

Semoga perkahwinan kali kedua Nad Zainal bersama Ungku Ismail kekal bahagia sampai syurga.

Kredit Foto: Instagram Seth&Luna

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI