Saat pertama kali penulis mempelawa puteri sulung kepada DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail  dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil untuk ditemubual di ruangan Tetamu Diraja ini, baginda agak keberatan kerana masih setahun jagung berkecimpung di dalam bidang fesyen yang digemarinya. Namun setelah dipujuk, baharulah DYTM Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersetuju dan berkongsi kisah bersama pembaca NONA.

Penampilan Bonda Pengaruhi Minat DYTM SHARIFAH KHATREENA NURANIAH Terokai Dunia Fesyen

Ads

Personaliti dan perwatakan yang lemah lembut dari segi penampilan dan tutur kata menjadikan dirinya mudah didekati dan tidak canggung untuk berbual mesra. Walaupun baharu mencecah usia 24 tahun, Sharifah Khatreena boleh berbangga dengan pakaian jenama Khatreena  rekaannya itu.

Kira-kira dua tahun lalu,  rekaan Sharifah Khatreena Nuraniah telah dipersembahkan di pentas peragaan  yang turut disertai oleh seramai 69 pereka fesyen yang membawa jenama masing-masing. Malah, fesyen rekaan Sharifah Khatreena Nuraniah itu membawa tema ‘Oh Yes Pleats’ dengan konsep dan rekabentuk diinspirasikan melalui lapisan menggunakan pleats dan irgandy, kain chiffon, sutera dan net.

“Tujuan utama penyertaan saya dalam pertunjukan fesyen tersebut adalah untuk memberi pendedahan terhadap jenama Khatreena serta mempromosikan fesyen yang ‘versatile’ serta boleh disesuaikan dengan pelbagai cara dan identiti tersendiri,” ujar DYTM Sharifah Khatreena mengimbas kembali saat kali pertama mengetengahkan koleksi jenamanya di pentas peragaan yang besar.

Malah lebih membanggakan, jenama Khatreena semakin berkembang dan jualannya secara atas talian sering mendapat tempat di kalangan penggemar fesyen terutamanya apabila menjelang musim perayaan.

Sharifah Khatreena Nuraniah, puteri sulung Raja Muda Perlis ini merupakan pemegang ijazah dari University of Melbourne, Australia. Lulusan Bachelor of Arts (Double Major in International Relations and Politics) ini menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang fesyen sejak kecil lagi.

“Sebenarnya saya meminati bidang fesyen sejak kecil lagi. Sewaktu itu saya banyak dibesarkan dengan melihat kedua-dua nenda saya berpakaian cantik ketika menghadiri pelbagai majlis di istana. Di situlah saya meneliti cara pemakaian orang dan cara-cara untuk bergaya.

Penampilan Bonda Pengaruhi Minat DYTM SHARIFAH KHATREENA NURANIAH Terokai Dunia Fesyen

Tetapi, oleh kerana saya juga harus bersiap-siap untuk ke majlis, saya sedar bahawa ia susah untuk tidak ulang pakai  pakaian  yang sama setiap kali menghadiri sebarang majlis. Oleh kerana itu, timbul idea  untuk mengeluarkan satu jenama pakaian yang fleksibel, versatil dan juga selesa untuk cuaca dan gaya hidup  di Malaysia,” ujar anak sulung yang bijak berkata-kata ini.

Saya meminati  fesyen sejak kecil lagi kerana dari kecil lagi saya disuruh oleh bonda,   untuk melukis baju raya keinginan saya pada setiap tahun. Tambahan pula, saya mempunyai dua orang ibu saudara yang sangat gemarkan fesyen dan jenama-jenama tersohor di dunia. Saya juga amat rapat dengan  mereka sewaktu kecil di mana salah seorang ibu saudara mengambil jurusan fesyen. Melihat mereka menghasilkan fesyen yang cantik untuk digayakan menguatkan lahi keinginan saya untuk memiliki jenama saya sendiri.

Tambah DYTM Sharifah Khatreena lagi, dia juga gemar melihat cara pemakaian wanita di negara barat sewaktu musim sejuk. “In asking the question to myself barulah saya sedar bahawa mereka nampak cantik dan bergaya kerana mereka banyak layering. As that is the case, jenama Khatreena ingin fokus pada gaya sebigini tetapi dengan menggunakan kain yang sesuai dengan cuaca negara kita,” ujar DYTM Sharifah Khatreena lagi.

Penampilan Bonda Pengaruhi Minat DYTM SHARIFAH KHATREENA NURANIAH Terokai Dunia Fesyen

Turut sama memeriahkan kedatangan Syawal lalu, jenama Khatreena menghasilkan koleksi “Raya Macam Saya”  di mana ia masih mengekalkan elemen klasik seperti kurung panjang dan tangan saloma tetapi  munggunakan fabrik yang ringan dan selesa untuk dipakai untuk satu hari beraya. Koleksi tersebut turut   dipanggil “Raya Ready with Khatreena”.

Sekali lagi menggunakan platform digital sebagai medium memasarkan koleksinya,  Sharifah Khatreena memasarkan koleksi jenamanya di FashionValet.com dan juga ShoesShoesShoes Publika, BSC dan  Telawi.

Penampilan Bonda Pengaruhi Minat DYTM SHARIFAH KHATREENA NURANIAH Terokai Dunia Fesyen

 

Ramai yang tidak mengetahui bahawa puteri sulung kepada Raja Muda Perlis ini sudah mula berjinak-jinak dalam perniagaan secara kecil-kecilan sejak usianya mencecah 17 tahun lagi dan masih menuntut di Melbourne, Australia. Pada ketika itu, jenama baginda ddikebali sebagai HHSK (Her Highness Sharifah Khatreena). Hanya sekitar tahun lalu, jenama Khatreena diperkenalkan dan mula memasuki pentas peragaan di KL Fashion Week (KLFW) 2018.

“Pada mulanya ia hanya untuk jualan di kalangan keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan dan hanya di jual ketika balik ke Malaysia sewaktu cuti. Pada masa yang sama, saya mula bergiat aktif di bawah usahawan Mara dan kraftangan negeri Perlis untuk mengusahakan produk seperti tudung, beg tangan songket dan juga cermin ukiran kayu.

Ketika itu saya  mula mengikuti pelbagai aktiviti jualan yang diadakan di Kuala Lumpur seperti “The Rolling Green Drive”, Venduer Festival dan beberapa lagi yang dianjurkan di  Pulau Pinang dan juga Kelantan.

Ads

Setelah menamatkan pengajian, saya  membuka sebuah kedai di Perlis yang ditempatkan di Kompleks C-mart Arau di mana saya mula menjual rekaan HHSK dan juga tudung untuk koleksi Raya.

Tidak lama selepas itu, saya mengambil keputusan untuk  menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan memperlahankan perniagaan untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran. Bukan mudah untuk mencipta nama di ibukota Kuala Lumpur.,” ujarnya  yang menunjukkan keinginan yang tinggi untuk berjaya.

Puteri diraja Perlis ini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Sosiologi dan Antropologi.  Selepas mengambil masa untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran di samping mengkaji pasaran dan tabiat pengguna di Malaysia, saya mengambil keputusan untuk melakukan penjenamaan semula jenama Khatreena.

Penampilan Bonda Pengaruhi Minat DYTM SHARIFAH KHATREENA NURANIAH Terokai Dunia Fesyen

 

 

Puteri juga pernah mengikuti program menghadapi bencana termasuk First Aid Courses In Every Government Department anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Disaster Management Workshop oleh International Disaster Response Network (IDRN), Colorado Spring dan bengkel Towards the Building of Self Excellence oleh YTSP Perlis.

Ads

Bagi puteri diraja yang gemarkan gaya hidup ringkas ini lebih mengutamakan  gaya simple is more dalam berfesyen tetapi ada juga masa di mana dia gemar memakai warna yang cerah tetapi tudung yang bertona hitam atau pudar supaya ia menyeimbangi penampilannya. Menjadikan Vivy Yusof dan Lena Terlutter sebagai idola, DYTM Sharifah Khatreena berharap agar jenamanya mampu menembusi pasaran antarabangsa dan dikenali sebagai salah satu jenama yang mampu membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Foto koleksi Isntagram Sharifah Khatreena & majalah NONA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI