Sejak berkahwin dan berhijab, makin cantik berseri-seri penampilan Hannah Delisha! Rezeki Hannah Delisha juga semakin mencurah-curah dan menjadi rebutan syarikat produksi serta dilantik sebagai duta produk.
Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch sekali lagi mencuri tumpuan apabila memuat naik di belakang tabir pembikinan iklan “Raya Macam Star” Bulan Bintang. Untuk rekod, Hannah Delisha merupakan salah seorang duta jenama pakaian Bulan Bintang.
Dalam muat naik Instagram miliknya, isteri kepada Muhammad Imam Shah melahirkan rasa teruja menjayakan iklan tersebut yang disifatkan sebagai sangat mengujakan.
“What an experience!”, ujar Hannah Delisha.
Iklan “Raya Macam Star” Bulan Bintang ini turut menampilkan babak di mana Hannah berpakaian seperti karektor super heroin yang berbeza dari penampilan Hannah Delisha yang kebiasaanya tampil bergaya dan tampil cantik dengan cita rasa fesyen sopannya. Tetapi untuk iklan raya ini, Hannah diberikan tugas berbeza dari penampilannya!
Ads
Malah, pelakon berasal dari Singapura itu turut berkongsi keterujaan momen di sebalik tabir pembikinan iklan raya tersebut yang sudah pun berada di platform digital @bulanbintanghq.
Iklan “Raya Macam Star” Bulan Bintang boleh dikategorikan sebagai iklan berskala mega kerana ia melibatkan krew dan pelakon tambahan yang ramai tanpa mengira bangsa dan agama.
Ads
Malah, kawasan sekitar lokasi juga dipenuhi kenderaan krew penggambaran dan para pelakon melangkaui jarak 700 meter dari lokasi penggambaran! Tahniah buat jenama tempatan dipelopori anak-anak Melayu mampu membawa iklan berskala mega yang kebiasaannya dipelopori iklan jenama antarabangsa.
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpegun dengan kecantikan asli isteri vokalis kumpulan Ungu, Pasha. Mana tidaknya, walau sudah memiliki empat anak namun tetap kelihatan menawan. Ditambah pula penampilan Adelia Wilhelmina yang anggun berhijab… bagai tidak puas mata memandang!
Tampil lebih matang dan sopan, ibu berusia 30 tahun ini memutuskan untuk berhijab sekitar tahun 2016 yang lalu. Sejak detik itu, Adelia sering mengenakan busana labuh dan bertudung litup setiap kali berhadapan dengan khalayak.
Dia yang pernah berkhidmat sebagai pramugari bagaimana pun mengambil keputusan untuk berhenti daripada kerjaya tersebut semata-mata mahu memberi sepenuh tumpuan menguruskan keluarga dan anak-anak. Alahai, beruntung Pasha!
Sah bergelar isteri penyanyi lelaki popular Indonesia berkenaan pada tanggal 11 November 2011, usia perkahwinan Adelia dan Pasha yang kini meniti usia hampir sembilan tahun terus diulit bahagia.
Apatah lagi dengan kehadiran empat cahaya mata comel mereka iaitu Dewa Hikari Zaidan Ibrahim, Sakha Dyandra Sultan Yusuf, Aliyan Akhtar Raja Sulaiman dan Princess Kayla Mutiara Pasha.
Selain menjaga kesemua anak-anak mereka dengan baik, Adelia juga sangat akrab dengan tiga lagi anak Pasha hasil perkahwinan sebelumnya ketika bersama bekas isteri, Okie Agustina.
Pasha yang aktif menceburi bidang politik Indonesia dan sibuk dengan jadual tugas sebagai Wakil Wali Kota Palu dilihat tetap meluangkan masa bersama keluarga. Dek selalu menemani sang suami menghadiri program politik, Adelia juga difahamkan terbabit dengan parti politik yang diceburi Pasha.
Hampir sedekad melayari perkahwinan, Adelia meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan insan bergelar suami yang sangat memahami dan penyayang. Kongsinya, “Mudah-mudahan Allah selalu melindungi pernikahan kita. Tak terasa sudah masuk 9 tahun pernikahan. Cepat sangat waktu berputar.
Terima kasih sayang, jadi suami yang sabar, menerima aku apa adanya, tak bisa masak seperti isteri-isteri lain. Maaf belum bisa jadi isteri yang sempurna dan serba kekurangan.
Ada satu perkara yang tak pernah berubah dari suamiku dari hari pertama bertemu sampai hari ini iaitu perhatian dan kasih sayangnya dalam memperlakukan isterinya.”
Kredit: Instagram Adelia Pasha
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagaimana mahu kelihatan menyerlah di Aidilfitri? Adakah dengan memakai eyeshadow pelangi atau rona sedondon baju raya (bayangkan jingga atau hijau emerald), mampu membuat orang lain menoleh berkali-kali melihat anda? Fikirkan semula.
Salah satu elemen imej yang penting sewaktu beraya adalah solekan yang dikenakan. Taknak kelihatan pucat lesi, nampak tua atau berminyak, itu antara alasan mengapa kita selalu bersolek di hari raya. Kali ni, jom semak rahsia solekan kekal ayu sepanjang hari tanpa membuatkan anda kelihatan seperti badut bergerak.
ASAS SOLEKAN
Agar solekan anda nampak cantik sepanjang masa, apa kata anda berbelanja sedikit untuk produk bedak asas yang terbaik? Cara paling bijak adalah dengan mengunjungi kaunter solekan dan tanyakan pilihan paling sesuai jenis dan warna kulit anda pada konsultan kecantikan di sana. Mahu lebih yakin, calitkan bedak asas pada wajah sendiri untuk menilai kesesuaiannya.
MATA
Elakkan tragedi solekan mata comot kerana air mata bercucuran dengan menyapu primer khas di bahagian mata. Tip ini baik untuk memastikan eyeshadow anda tahan lama, malah menyerlahkan lagi warna yang dikenakan. Warna-warna evergreen untuk kelihatan ayu adalah nude, coklat dan pink lembut.
BIBIR
Sememangnya gincu bibir akan hilang sewaktu anda menjamah makanan yang terhidang. Jadi pilihlah gincu jenis matte kerana warnanya kekal lebih lama dan tidak mudah tanggal. Tip ini juga memastikan anda tak perlu touch up berulang kali.
PIPI
Layangkan pemerah pipi secara nipis untuk efek segar. Jangan tonyoh berus pipi berkali-kali sampai nampak macam kesan penampar pula!
SEMBUR PERFUME Akhir sekali, semburkan perfume kegemaran sebelum keluar beraya. Pilihan aroma manis yang berasaskan bunga atau buah-buahan lebih disarankan berbanding aroma yang kuat dan menyengat hidung.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehidupan normal baharu mewajibkan kita sentiasa memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam bagi menghalang risiko jangkitan virus COVID-19. Namun pemakaian dalam satu tempoh yang lama boleh mengundang masalah kulit – maskne, atau ‘mask-related acne’.
Menurut pakar dermatologi Dr Amy Kassouf, maskne dulunya hanya dialami petugas kesihatan tertentu, seperti doktor, tapi kini apabila masyarakat turut digesa memakai pelitup muka, kes maskne mula meningkat.
PUNCA MASKNE
Sewaktu kita bernafas atau bercakap, material pelitup muka akan memerangkap udara panas dan lembap, sekaligus menjadikan ia sebagai tempat pembiakan yis, bakteria dan flora lain seperti demodex yang ideal.
Geseran kulit dan pembiakan bakteria ini seterusnya mendorong pertumbuhan akne, rosacea dan perioral dermatitis. Kemudian biji-biji jerawat dan pustules mula subur di sekitar hidung dan mulut.
ADAKAH SAPUAN LOSEN, MEKAP ATAU KRIM SPF MEMBURUKKAN KEADAAN?
Tidak semestinya. Terang Dr Amy Kassouf, sapuan losen boleh membantu mengimbangi flora kulit agar normal semula. “Tapi pastikan pelembap anda mengandungi zinc atau titanium yang berfungsi sebagai penghalang daripada geseran atau iritasi.”
ADAKAH PELITUP MUKA KAIN JUGA PENYEBAB MASKNE?
Meskipun segelintir fabrik ringan baik untuk keselesaan kulit kita, namun ia tidak mampu memberikan perlindungan yang sepatutnya daripada jangkitan virus. “Fabrik yang sejuk dan tipis memudahkan kita bernafas tapi ia tidak mampu menapis virus keluar atau masuk. Tapi jika perlu memakainya, pastikan ia dibasuh terlebih dahulu sebelum dipakai.”
PENTINGNYA KEBERSIHAN PELITUP MUKA
Kerap menukar pelitup muka boleh membantu mengurangkan iritasi khasnya selepas kulit berpeluh. Pelitup muka jenis boleh dibasuh juga mesti dicuci dengan detergen bebas pewangi.
RAWATAN MASKNE
Sebagai wanita, kehadiran maskne tentu sekali merisaukan. Nona tertarik dengan kaedah rawatan efisien di bawah bagi merawat maskne. Tiga langkah mudah ini dikatakan berkesan bagi menyelesaikan maskne dengan baik.
Langkah 1: Cegah minyak berlebihan dan timbunan bakteria
Pemakaian pelitup muka sepanjang hari boleh menyebabkan bakteria, debu dan sel kulit mati bertimbun di bawahnya. Jadi pastikan anda membersihkan wajah dengan regim pembersihan yang baik.
Contohnya menggunakan peranti FOREO LUNA 3 bagi menyingkirkan sebum serta sel kulit mati dengan sangat efektif. Berus silikon LUNA 3 adalah 35 kali ganda lebih bersih daripada bulu nilon bagi mencegah bakteria.
Langkah 2: Kembalikan lembapan semula jadi kulit
Jangan lupa menggunakan serum dan krim lembapan walau sepenat mana pun! Regim ini dapat memastikan kulit kembali sihat dan mengelakkan penuaan pra-masa berlaku.
PILIHAN NONA
Langkah 3: Pakai masker rawatan
Manjakan kulit yang mengalami maskne dengan masker atau pupur ramuan khas dengan kandungan antioksidan bagi memulihkan semula keadaannya.
Contohnya dengan FOREO UFO ACTIVATED MASK. Pilih pek Green Tea UFO Purifying Mask untuk menyegarkan kulit kerana kandungan antioksidannya mampu mengembalikan wajah agar kembali bermaya. Pek Matte Maniac UFO Activated Mask pula sesuai untuk kulit jenis berminyak/kombinasi agar ia kembali bersih bercahaya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...