Siapa yang kenal dengan Allahyarhamah Puan Sri Saloma yang sering mengalunkan lagu-lagu merdu dalam filem lagenda arahan Seniman Tan Sri P. Ramlee. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa tarikh 26 November merupakan detik bersejarah buat isteri kepada Tan Sri P. Ramlee apabila mendapat pengiktirafan bergelar Biduanita Pertama Negara.
IKLAN
Demi memperingati detik bersejarah itu, enjin carian Google telah menampilkan doodle khas buat Puan Sri Saloma. Doodle yang menampilkan lukisan karikatur seniwati sepanjang zaman ini lengkap dengan penataan gaya ikonik penyanyi lagu Bila Larut Malam ini. Karikatur tersebut cantik bersanggul, sedang memegang mikrofon, di kelilingi nota lagu dan bintang selaras dengan statusnya sebagai biduanita negara.
IKLAN
IKLAN
Seniwati Puan Sri Saloma telah meninggal dunia di usia 48 tahun pada 25 April 1983 di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Tidak hanya popular sebagai penyanyi, wanita yang mempunyai nama sebenar Salmah Ismail itu turut berkecimpung dalam dunia lakonan. Antara filem yang mendapat khidmat beliau, Seniman Bujang Lapok, Madu Tiga dan Ahmad Albab.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, tahniah diucapkan buat atlet para negara iaitu Datuk Abdul Latif Romly yang selamat bergelar suami tanggal 13 Disember 2022. Selamat diijab kabulkan oleh bapa mentua, Nurul Nabila Farhana Musaidi kini sah menjadi isteri Datuk Latif dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan pasangan muda ini dikongsikan menerusi siaran langsung di media sosial kedua-dua mempelai. Sedondon menyarung persalinan rona putih salju, pasangan pengantin tampak bahagia dan berseri-seri. Sambil dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga di kediaman pengantin perempuan di Perlis.
Pada majlis ijab kabul ini, Nabila yang merupakan seorang guru Sejarah dan Muzik menerima mas kahwin RM1,312 sebagai simbolik tarikh pernikahan mereka hari ini.
Mac lepas, Nabila berusia 24 tahun menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-11 Institut Pendidikan Guru (IPG) selepas lebih dua tahun menunda majlis konvokesyen susulan pandemik Covid-19.
Nabila dan Datuk Abdul Latif Romly mengikat tali pertunangan pada Oktober lepas. Pasangan romantis ini dilaporkan mula berkenalan sejak kedua-duanya masih di bangku sekolah dan kian menjalin hubungan serius.
Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah dan anak cucu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk memastikan akar budaya terus tersemai indah di hati dan sanubari setiap warganya. Ia memerlukan pengorbanan dan usaha yang berterusan tanpa mengenal erti jemu.
Penyanyi popular, Noraniza Idris mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia yang berlangsung di Dataran Merdeka hujung minggu lalu.
Melalui hantarannya di Instagram, persembahan Noraniza yang mendapat jolokan Ratu Irama Malaysia disertai 565 penari terdiri daripada pelajar sekolah menengah sekitar Lembah Klang dan pelajar antarabangsa dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Noraniza, 54, berkata, dia lega dan usahanya itu diharapkan dapat menjadi panduan buat generasi pelapis baharu dalam tarian tradisional.
“Syukur, saya sangat teruja dan terkesima, seronok sangat. Ia tak sama kita menang anugerah, kita dapat pengiktirafan MBOR seolah-olah kita melahirkan sesuatu yang baharu buat generasi pelapis. Jadi, bila mereka hadir untuk mengikuti program ini kita berjaya dan satu kepuasan buat saya.
“Acara ini menjadi hari bersejarah juga buat saya terutama bila dapat membawakan lagu Irama Malaysia dalam sebuah persembahan tradisional asas yang terdiri daripada peserta yang ‘zero’, tak tahu apa-apa dalam seni dan budaya.
“Kita ajar dalam tempoh lapan hari. Kalau nak ikutkan, memang tak menjadi tapi saat akhir dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) dan sekolah antarabangsa memberi kerjasama tinggi untuk menjayakan program ini,” katanya.
Tambah Noraniza lagi, dia hampir putus asa apabila berdepan pelbagai cabaran menjelang hari acara diadakan.
“Memang kalau ikutkan hampir nak gugur jantung, sedih, macam-macam cabaran dan dugaan. Alhamdulillah berkat doa dan kesabaran kita berjaya selesaikan pengiktirafan kali ini,” katanya.
Pada acara itu, peserta menari asas tradisional mengiringi persembahan Noraniza menerusi lagu baharunya Ala Ewa-Ewa duet bersama Hazama serta dua lagu lain iaitu Intan Payung dan Dikir Puteri selama tujuh minit.
Acara itu dianjurkan bersama Malaysia International Tourism Development Associasion (MiTDA) dan Persatuan Tatihseni Malaysia bertujuan untuk mengembalikan kegemilangan sektor pelancongan Malaysia ke tahap yang lebih membanggakan.
Semoga usaha yang berterusan oleh selebriti yang amat mengagumi budaya ini dapat diteruskan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Kredit: Hmetro.com.my
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Calon pilihan raya yang aktif dan ‘popular’ di media sosial mempunyai peluang tinggi untuk menambat hati pengundi, terutamanya golongan muda yang pertama kali menjalankan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Penganalisis politik Prof Datuk Dr Nasrudin Mohammed berkata ia berikutan realiti pada zaman Internet ketika ini membuatkan platform media sosial mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pendirian politik pengundi.
“Lebih-lebih lagi apabila calon memainkan isu-isu yang dianggap sensasi dan menarik perhatian pengundi. Soal benar atau salah, tulen atau palsu kelihatannya tidak menjadi perkiraan utama kebanyakan pengguna media sosial,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Selain itu, beliau berkata pengundi muda secara umumnya mengutamakan calon yang dianggap serta dipercayai berupaya memberi faedah secara langsung kepada golongan itu.
Katanya pengundi muda mengutamakan isu yang dianggap ‘sensasi’ antaranya peluang pendidikan tinggi, peluang perniagaan yang disokong dengan bantuan modal dan insentif lain serta peluang pekerjaan yang menjanjikan insentif terbaik dan segera.
“Usia calon – lebih muda lebih dianggap ideal – memberi kelebihan kepada calon namun ia juga bergantung kepada beberapa sifat luaran calon muda seperti perawakan, latar belakang teknikal calon, lokaliti dan juga idealisme politik yang ditunjukkan,” katanya.
Ogos lepas, Dewan Rakyat diberitahu jumlah pengundi yang berdaftar setakat Mei 2022 adalah 21,113,234 orang, dengan 1,141,749 orang atau 5.4 peratus adalah pemilih berumur 18 hingga 20 tahun.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!