Cantiknya wajah pelakon Maya Karin mengenakan hijab! Pada usia 43 tahun, pelakon Maya Karin terpilih menjalinkan kerjasama dengan pengeluar hijab sempena kedatangan bulan kemerdekaan Ogos ini.

Ads

Penampilan MAYA KARIN Berhijab Jadi Bualan. Terpilih Jalin Kolaborasi Khas Sempena Hari Kebangsaan!

‘2 zaman 1 jiwa.’ SofeaRose semarakkan Hari Kemerdekaan Malaysia dengan meletakkan w Maya Karin sebagai Srikandi Tun Fatimah, antara srikandi wanita yang turut sama mencurahkan bakti dalam era perjuangan pada zamannya. Malah, menurut Sejarah Melayu, Tun Fatimah merupakan antara sosok berkarisma yang terkenal dengan ilmu pertahanan diri dan bijak dari aspek kepimpinan.

JUGA BACA: https://www.nona.my/cantik-walau-tanpa-secalit-mekap-aura-maya-karin-usia-43-tahun-keturunan-jerman-melayu/

Penampilan MAYA KARIN Berhijab Jadi Bualan. Terpilih Jalin Kolaborasi Khas Sempena Hari Kebangsaan!

Jenama hijab ini menjulang perjuangan srikandi zaman purba itu dengan melancarkan koleksi khas berkolaborasi dengan Maya Karin. Koleksi SofeaRose X Maya Karin: Srikandi Tun Fatimah juga adalah bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66.

Pemilik nama sebenar, Maya Karin Roelcke mengakui sangat mengagumi keperibadian dan sahsiah pahlawan wanita itu. Malah, beliau sendiri pernah membawa watak Tun Fatimah di pentas teater sebelum ini. Maya Karin pernah memegang watak tersebut  dalam teater Tun Fatimah yang dipersembahkan di Teater Bangsawan Melaka pada tahun 2017 yang lalu.

Penampilan MAYA KARIN Berhijab Jadi Bualan. Terpilih Jalin Kolaborasi Khas Sempena Hari Kebangsaan!

Ads

Bukan saja pelbagai perkara baru dapat dipelajari melalui teater tersebut khususnya bab bahasa Melayu klasik. Anak kacukan Melayu dan German itu turut berpeluang mendalami serba sedikit tentang ilmu persilatan.

Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia itu begitu teruja apabila namanya dipilih bagi menjayakan Tun Fatimah.

Penampilan MAYA KARIN Berhijab Jadi Bualan. Terpilih Jalin Kolaborasi Khas Sempena Hari Kebangsaan!

Ads

Mengulas mengenai kerjasama dengan jenama besar itu, Maya berkata, koleksi baharu tersebut akan menampilkan empat siri tudung yang unik dan menyatukan elemen tradisi dengan sentuhan moden secara harmoni. Lebih istimewa, keris, corak batik, kipas tangan dan lakaran abstrak menjadi taruhan koleksi Srikandi Tun Fatimah untuk menghidupkan jiwa kepahlawanan Melayu.

“Adalah mudah untuk lari daripada tanggungjawab dalam memperjuangkan warisan dan peninggalan tokoh negara kita, tetapi saya rasa lebih baik dan lebih mulia jika kita dapat cari semangat untuk mempertahankan dan menghidupkan kisah-kisah perwira tanah air ini selama mungkin,” ujarnya.

Koleksi ini telah dilancarkan di semua butik SofeaRose dan secara dalam talian bermula 1 Ogos lalu.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI