Jika sebelum ini penyanyi lagu Hello, Adele telah mengemparkan seluruh peminatnya dengan penampilan baharu kini tiba pula giliran Rebel Wilson untuk membuat transformasi ke atas dirinya.
Siapa yang mengikuti perkembangan pelakon filem The Pitch Perfect ini sudah pasti ingat penampilannya yang terdahulu. Walaupun dahulu wanita ini yakin dengan penampilan dirinya namun kini lebih yakin dan gembira dengan perubahan hidupnya.
Khabarnya pelakon ini telah mengamalkan diet sihat yang dikenali sebagai Mayr Method dan bersenam bersama jurulatih peribadinya. Berbaloi sungguh azam yang diikrarkan oleh wanita berambut perang ini.
Rebel Wilson telah berikrar di awal tahun 2020 bahawa tahun itu merupakan “year of health” buat dirinya. Nyata, berkat keazamannya untuk perubahan yang baik, kini Rebel mampu tersenyum bangga.
Wanita yang berusia 41 tahun dan dilahirkan di Sydney, Australia turut mengaku bukan mudah untuk menjadi seperti sekarang. “Even if you have to crawl towards your goals, keep going x it will be worth it.
Try and give a little bit of effort each day…I know some days are frustrating as hell, you feel like giving up, you get annoyed at the lack of progress…but good things are coming your way what are your goals this year?
” tulisnya di laman Instagramnya.Semoga kejayaan Rebel Wilson ini boleh memberi inspirasi kepada seluruh peminatnya untuk menjalani gaya hidup sihat.
This website uses cookies.