Masihkah anda ingat tentang sinetron ‘Bawang Merah, Bawang Putih’ yang pernah menjadi fenomena di Malaysia sekitar 20 tahun lalu, yang ditayangkan di televisyen pada tahun 2004 hingga 2006.
Dimana gandingan mantap antara Revalina S. Temat sebagai Bawang Putih dan Nia Ramadhani yang membawa watak antagonis Siska hinga menjadi sorotan rakyat Malaysia dek kerana kecantikan mereka tatkala masing-masing baru mencecah usia remaja.
Seiring peredaran zaman dan peningkatan usia, Revalina atau nama sebenarnya Revalina Sayuthi Temat yang kini berstatus isteri dan ibu dua anak masih cantik menawan dengan aura tersendiri.
Tinggalkan Dunia Glamour & Seksi Usai Pulang Umrah
Revalina yang ketika zaman gadisnya sering berpakaian seksi memilih untuk tampil lebih sopan dan berhijab selepas pulang mengerjakan umrah pada tahun 2017.
Sejak itu, Revalina dilihat tidak lagi aktif dengan dunia seni. Malah,dia sibuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Di samping menjana pendapatan sebagai usahawan. Kini, dia merupakan pemilik label pakaian Tifle’s by Revalina S Temat.
Biarpun sudah beranak dua tapi jelitawan berusia 38 tahun ini bijak menjaga penampilan diri, meski dengan gaya muslimah yang elegan, ibu kepada Rihga Sadiwasakti Rabbani ini juga tetap kelihatan cantik meskipun hanya bergaya sederhana.
Personaliti ini juga kini dilihat selesa mengenakan gaya matang dan elegan. Mengintai fesyen pilihan Revalina jelas menggambarkan peribadinya yang gemar menyarung busana santai.
Gaya Sederhana Tampilkan Sisi Elegan Revalina
Memang serba sederhana. Dengan menggayakan tudung bawal dan solekan ringkas, ia sudah memadai untuk menyerlahkan kelembutan wajah Revalina.
Sekadar info, Revalina telah mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015 dengan jejaka pilihan hatinya, Rendy Aditwa Gunawan dan hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
Revalina melahirkan anak keduanya, Rajendra Satya Razzani secara pembedahan pada Januari 2019.
Revalina pernah membintangi beberapa drama popular Indonesia antaranya Assalamualaikum Beijing, Perempuan Berkalung Sorban dan Hijrah Cinta.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Sumber: Instagram Revalina Temat
Perut Buncit, Menggeleber & Berlemak Jadi KETAKUTAN. Jom Semak Gaya Pemakanan & Cara KEMPISKANNYA
Walau pun berbadan kurus namun perut yang buncit membuatkan seseorang itu berasa kurang selesa serta kurang keyakinan diri.
Lebih melucukan apabila ada segelintirnya yang sengaja menggunakan taktik dengan menarik nafas sewaktu bergambar supaya perut terlihat kempis. Namun sampai bila anda mampu bertahan dengan cara demikian?
Bahagian perut dan pinggang paling mudah ditimbuni lemak lebih-lebih lagi selepas bersalin. Berikut adalah cara bagaimana untuk membantu anda mendapatkan perut yang kempis.
(a) Masak Makanan Ringkas
Memasak hidangan sendiri tentunya lebih sihat kerana anda boleh mencuba berbagai kaedah seperti bakar, gril, kukus atau panggang berbanding bergoreng.
Gunakan minyak yang sihat contohnya minyak zaitun atau minyak jagung berbanding minyak kelapa sawit atau marjerin. Bagi menambah perisa, elak mengambil garam sebaliknya gantikan dengan herba.
(b) Makan Sayur & Buah
Kedua-duanya dapat membantu mengekalkan berat badan ideal anda. Contohnya, dengan amalan meratah lobak merah mentah atau batang seleri yang dicicah bersama mentega kacang yang pasti membuatkan anda berselera.
Jika makan sandwic jangan lupa lupa masukkan hirisan tomato. Buah-buahan campuran yang dihiris dan digaul bersama yogurt boleh dijadikan snek kesihatan setiap hari.
(c) Variasikan Senaman
Lakukan pelbagai jenis senaman mudah mengikut kemampuan kerana ia sangat baik untuk minda dan tubuh. Menurut pakar diabetes, jurulatih kecergasan serta pemilik studio kecergasan dan nutrisi, Jim White tubuh akan terbiasa dengan senaman jika dilakukan berulang kali. Bagi meningkatkan stamina, gabungkan latihan kardio seperti berlari, yoga dan seni pertahanan diri.
(d) Senaman Kardio
Ramai beranggapan senaman kardio memerlukan treadmill dan perlu ke gimnasium. Tahukah anda, senaman kardio boleh berlaku ketika menaiki tangga mahupun berjalan kaki. Walaupun senaman kardio kelihatan santai namun ia mampu membakar banyak kalori dan menjadikan kadar denyutan jantung lebih sihat.
(e) Saiz Hidangan
Kira saiz hidangan yang diambil dengan merujuk kepada maklumat di bahagian label nutrisi. Di internet juga terdapat banyak laman web yang boleh anda rujuk untuk mengira saiz hidangan makanan.
(f) Baca Label Makanan
Membantu anda untuk menikmati makanan seimbang dan mengelakkan pengambilan makanan yang tidak sihat. Hindari membeli makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak.
Pilih makanan tinggi serat lebih daripada tiga gram untuk setiap hidangan. Ingat, lebih banyak makanan segar yang diambil, lebih mudah untuk anda mendapatkan nutrisi yang cukup dan seimbang. Amy Mohd
Sukarnya Singkir Jeragat, Tip Ini Boleh Bantu Cegah Masalah Jeragat
Masalah jeragat adalah masalah yang paling ditakuti oleh wanita kerana sukar untuk menyingkirkannya daripada kulit. Wanita Asia adalah paling terdedah kepada masalah jeragat kerana pendedahan cahaya matahari.
Jeragat atau melasma adalah sejenis penyakit kulit yang tidak bahaya tetapi menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat dan menjejaskan penampilan individu.
Jika anda mempunyai masalah jeragat, pasti anda tahu betapa sukarnya untuk berdepan dengan masalah tersebut. Kalau anda serius nak hilangkan jeragat anda, anda wajib tahu punca jeragat di muka terlebih dahulu sebelum mengatasinya.
Bila sudah tahu punca, senanglah anda mahu menyelesaikan masalah ini.
Cara rawatan jeragat bergantung kepada kedudukan jeragat tersebut di lapisan kulit. Jika kedudukan jeragat tersebut berada di lapisan luar kulit (melasma epidermal), hanya dengan produk kecantikan boleh menyingkirkan jeragat ini.
Tetapi, jika jeragat tersebut berada jauh di bawah lapisan kulit (melasma dermal) maka rawatan yang khusus perlu dilakukan untuk menjatuhkan jeragat tersebut.
*info
Apakah melasma: Melasma adalah gangguan biasa yang tidak diketahui punca yang menyebabkan bintik hitam (pigmentasi) terutama di bahagian wajah. Bintik hitam ini akan bertambah buruk jika berlaku perubahan hormon estrogen.
Punca Jeragat Di Kulit Wajah:
Terdedah kepada cahaya matahari terik
Pengambilan ubat-ubatan yang mengganggu hormon seperti pil perancang
Penggunaan kosmetik kulit tidak sesuai yang bersifat panas
Keturunan
Faktor kerja seperti tukang masak yang terdedah kepada bahang api
Hormon yang tidak seimbang
Faktor usia menyebabkan kolagen kurang terbentuk
Rawatan Untuk Jeragat
Rawatan yang dilakukan adalah untuk mengeluarkan jeragat dan menghalang jeragat baru terbentuk. Biasanya pakar estetik akan menganalisis terlebih dahulu yang kulit sebelum menentukan rawatan yang bersesuaian.
Pengelupasan kimia
Proses rawatan ini menggunakan larutan kimia untuk mengelupaskan dan menjatuhkan jeragat yang melekat di bahagian kulit. Biasanya rawatan ini hanya dilakukan kepada mereka yang mempunyai jeragat di bahagian luar sahaja. Namun, selepas rawatan memerlukan penjagaan kulit wajah yang rapi.
Rawatan laser
Rawatan laser sesuai untuk merawat jeragat yang berakar jauh di bawah lapisan kulit. Cahaya laser akan memancarkan pancaran-pancaran kecil menembusi kulit dan merangsang pengeluaran kolagen dan merangsang elastin.
Pengeluaran kolagen baru ini bertindak mengurangkan gangguan jeragat. Rawatan laser tidak menyakitkan dan boleh diumpamakan seperti cucukan pin kecil yang dirasakan kurang selesa bagi sesetengah orang.
Microdermabrasion
Microdermabrasion adalah teknologi untuk pengelupasan kulit. Rawatan ini telah digunakan oleh pakar-pakar kecantikan yang menggunakan sedutan vakum yang dikawal untuk menggerakkan mikro kristal yang telah disteril ke atas permukaan lapisan kulit mati untuk mengikisnya. Rawatan ini akan membuat kulit yang gelap akibat pigmentasi akan menjadi cerah serta kulit kasar akan menjadi halus.
Krim tabir suria
Bagi mengelakkan jeragat kembali berulang selepas melakukan rawatan perlu memakai krim tabir suria sebelum keluar rumah. Krim ini merupakan rawatan susulan selepas membuat rawatan.
Tip Menentang Kulit Jeragat
Setiap wanita perlu bijak memilih produk penjagaan kulit yang bersesuaian. Elak menggunakan produk yang boleh menghakis kulit. Sebaik-baiknya jangan berjemur terlalu lama di bawah cahaya matahari sehingga boleh menjadi punca kulit kering.
Jangan lupa sapu pelembap secukupnya setiap hari dan setiap malam. Kulit memerlukan tiga vitamin utama iaitu vitamin A, C dan E untuk kekal sihat. Masukkan elemen ini dalam penjagaan kulit anda. Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat.
6 CARA MENGHILANGKAN JERAGAT DI MUKA MENGGUNAKAN BAHAN ALAMI
1. MENJAGA KEBERSIHAN KULIT WAJAH
Cara menghilangkan jeragat di muka yang pertama ialah dengan menjaga kebersihan kulit wajah. Basuh muka sehari dua kali dengan pencuci muka.
Ini kerana jeragat berpunca dari lebihan minyak dan sel-sel kulit mati serta radikal bebas. Elakkan memakai mekap dalam jangka masa yang lama.
Dengan mencuci muka, dapat mengelakkan pembentukan sel-sel minyak. Pastikan pencuci muka yang dipakai sesuai dengan kulit wajah kita.
Elakkan pencuci yang mengeringkan kulit muka kerana ini mengundang penghasilan minyak yang lebih banyak sehingga terhasilnya jeragat.
2. ALOE VERA
Manfaat aloe vera untuk kulit muka memang banyak. Antaranya:-
– Mencerahkan wajah
– Melindungi dari sinar matahari
– Mengecut dan menghilangkan jeragat
– Mengatasi kulit kering dan berminyak.
– Menghilangkan jeragat.
– Memperbaiki sel-sel kulit yang mati
Caranya mudah:-
Campurkan jel aloe vera dengan madu
Biarkan selama lima ke 10 minit, lumurkan pada kulit muka. Selepas 20 ke 30 minit boleh bilas dengan air suam.
Lakukan setiap hari sekali sehingga mendapat hasil yang anda inginkan
3. LEMON
Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu membersihkan kulit dari kotoran dan mampu menghilangkan jeragat.
Bukan sahaja sedap dibuat teh lemon ais, malah boleh menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dengan berkesan.
Caranya ialah:-
Potong lemon (jangan terlalu nipis) Gosokkan pada kulit muka (pedih kalau ada luka) Biarkan 10 ke 15 minit dan bilas. Boleh juga dicampur dengan madu asli.
4. TEH HIJAU
Minum teh hijau adalah sangat baik untuk kesihatan badan. Teh hijau ini juga boleh menyelesaikan masalah jeragat.
Menurut kajian, teh hijau mempunyai faedah yang boleh mengurangi pengeluaran minyak dan juga boleh menghalang penyerapan androgen dalam kulit.
Cara menghilangkan jeragat di muka secara semula jadi dengan teh hijau adalah dengan masukkan beg teh hijau ke dalam air panas selama lima minit.
Angkat beg teh hijau dan gosok perlahan-lahan ke kawasan yang terjejas oleh jeragat.
5. OATMEAL
Tahukah anda oatmeal bukan hanya untuk dimakan sahaja tetapi juga adalah salah satu cara menghilangkan jeragat di muka? Ia bertindak sebagai agen pengelupasan semula jadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, ia menyerap minyak berlebihan dan membuka liang pori.
Caranya, campurkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat.
Anda juga boleh menambah satu sudu cuka epal cider. Lembapkan kulit anda dan jadikan masker di muka anda.
Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya. Anda boleh mencuba cara ini sehingga anda mendapat hasil yang diingini.
6. DIET PEMAKANAN SIHAT
Akhir sekali, cara menghilangkan jeragat di muka anda perlu mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Kita sudah tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat, oleh itu jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak adalah suatu perkara yang bagus.
Juga amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan badan anda, dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat.
Sumber: https://www.maryjardin.co /Sinar Harian.
Biar Cantik Secara SIHAT, Bukan Kerana Bahan Kimia! Amalkan Diet 6 SAYURAN Ini Untuk Kulit Sihat & Awet Muda
Ramai berpendapat produk yang menjalani proses teknologi memberikan hasil yang lebih baik kepada kulit. Tahukah anda bahawa apa yang kita makan dengan mudahnya menyerlahkan kecantikan diri? Cara terbaik untuk anda yang ingin mencerahkan kulit adalah dengan menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam diet harian kerana bajet lebih rendah berbanding produk kosmetik lain.
Cuaca panas menyebabkan pigmentasi kulit berubah menjadi gelap dan meninggalkan noda gelap pada wajah. ia disebabkan pendedahan terhadap cahaya UV. Oleh yang demikian, diet memainkan peranan penting agar ia dapat melindungi keperluan nutrien kulit.
- Kacang peas
- Kekacang kecil adalah solusi kepada masalah kesihatan dan meningkatkan tahap bronze kulit. Kacang peas berupaya menyingkirkan pigmentasi gelap pada kulit anda. Malah, kacang peas juga mempunyai vitamin A yang membantu melembap kulit dengan lebih efektif.
DIY: Campurkan kacang peas dengan salad atau jadikannya stew. Ambillah kacang peas setiap hari agar kulit anda kelihatan lebih cerah dan sihat.
- Cendawan
- Cendawan mengandungi banyak nutrisi termasuk protein dan vitamin terutamanya lemak dan tiada kolestrol. Pengambilan cendawan secara sederhana membuatkan kulit wajah lebih cantik dengan peningkatan pengeluaran estrogen menentang penuaan. Cendawan mengandungi vitamin D dan antioksidan untuk melindungi kulit daripada berkedut akibat cahaya matahari.
DIY: Rendam cendawan bersama minyak bijan untuk dijadikan mask wajah dua kali seminggu. Campurkan juga cendawan dalam masakan seperti sup dan salad agar ia menjadi lebih berkhasiat.
- Timun
- Timun sangat popular bila tiba musim panas. Ia mengandungi banyak vitamin termasuk vitamin B2, vitamin C, vitamin E serta asid amino dan asid tartaric. Setiap asid ini mempunyai kelebihan menentang sunburn dan freckles, membersih serta mencerahkan kulit. Malah ia juga mengurangkan alergi pada kulit. Terdapat banyak lagi nutrisi [ada timun seperti protein, karbohidrat, karotin, niacin, kalsium dan fosforus.
DIY: Ambil perahan jus timun dan lemon kemudian sapukan pada wajah. selepas 15 minit, cuci bersih dan ulanginya dua kali seminggu. Anda boleh lihat perubahannya selepas satu bulan.
Di samping itu, anda juga boleh menjadikan timun sebagai masker. Hanya kisar dan jadikannya puri kemudian sapukan pada kulit wajah. lakukannya setiap hari selama 20 minit.
- Tomato
- Tomato adalah buah yang mencerah kulit secara semula jadi. Ia sesuai untuk kulit berminyak dan yang mempunya bintik hitam. Tomato mengandungi antioksidan seperti vitamin A dan C. Semakin banyak anda mengambil tomato dalam diet seharian, semakin cepat kesannya boleh dilihat.
DIY: Hiris tomato dan sapu pada wajah dengan cara memutar selama 15 minit selama 20 hingga 25 minit. Kemudian cuci wajah dengan air sejuk. Dengan cara ini, kulit akan mencerahkan kulit dan menjadikannya tampak lebih muda.
Ambil dua hingga tiga sudu besar tomato yang ditumbuk lumat dan campurkan dengan lima hingga enam titis jus lemon. Ulangi cara ini selama sebulan untuk lihat hasilnya.
*Jus lemon akan membuatkan kulit anda terasa ketat dan pedih tetapi ia akan berkurangan jika anda sering melakukannya.
- Lobak merah
- Lobak merah sangat baik untuk penglihatan dan kulit kerana ia diperkaya dengan vitamin A, vitamin C dan fiber. Ia mempunyai antioksidan yang boleh memutihkan kulit. Ia juga berupaya menyingkirkan toksin dalam badan.
DIY: Makan lobak merah dan minum segelas jus lobak merah tiga kali seminggu untuk kulit lebih berseri. Jus lobak merah bertindak sebagai anti-radang dan bagus untuk menjadikan kulit halus dan lembut. Bersihkan lobak, buang kulit dan tumbuk halus kemudian campurkan bersama dua sudu teh madu dan kuning telur agar menjadi pes. Sapukan pada wajah (elakkan bahagian mata dan mulut). Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan bilas dengan air suam.
- Ubi kentang
- Ubi kentang mempunyai efek bleaching. Paling penting, ia sangat murah! Ubi kentang mempunyai enzim dan protein yang membantu perkembangan kulit sihat. Sebagai tambahan, ubi kentang mengandungi vitamin B, vitamin C dan selulosa yang berkualiti tinggi bagi mengekalkan kulit sihat.
DIY: Hiris ubi kentang menjadi kepingan nipis dan perahkan jusnya pada kapas. Kemudian, sapukan pada wajah selama 15 minit. Selepas itu bilas bersih dan ulangi dua kali sehari selama beberapa minggu sehingga anda melihat sendiri kesannya. ubi kentang bukan sahaja mencerahkan kulit tetapi membantu menghilangkan parut.