Dia memang wanita yang cantik. Miliki kulit gebu dan mulus, rambut sihat panjang mengurai dan sepasang kaki menawan. Sesiapa yang melihatnya pasti menoleh dua kali. Tapi sayang, bab kesihatan mulut selalu ditolak tepi.
Menjadi wanita, biarlah cantik dalam segenap aspek. Bukan saja kena cantik luaran semata-mata ya. Barulah tampil cantik sempurna. Bukan apa, bau mulut boleh menjadi halangan dalam pergaulan sekali gus menjejaskan keyakinan seseorang. Lebih-lebih lagi jika masalah ini berlaku dalam kalangan wanita. Boleh jadi nightmare
la!Sebenarnya masalah bau mulut berlaku disebabkan apa yang dimakan. Setiap pengambilan gula dan tepung akan menyebabkan ia berkumpul pada gigi. Pun begitu, usah susah hati kerana ia diatasi dengan memilih jenis makanan yang dapat mengurangkan bau mulut.
Cara Kurangkan Bau Mulut Dengan Makanan
Dah tahu rahsia di sebalik kesihatan mulut yang baik, bukan? Jadi, mulakan tip sihat ini mulai sekarang. Selain digalakkan mengamal cara berikut, gosoklah gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari selepas makan.
Selamat mencuba!
This website uses cookies.