Golongan Gen X dan Gen Y pasti bersorak besar dengan kemenangan Aishah yang diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza 4 (GV4), malam tadi.
Bukan sebarang penyanyi yang mampu membawa lagu hit All by Myself sebaik ini. Bagi Nona, Aishah berjaya membuai emosi lagu tersebut dengan amat baik melalui tone, penyampaian vokal dan bahasa tubuh yang tepat.
Selain penghayatan yang bagus, kemampuan beliau mengawal pernafasan dengan sebutan yang jelas dan sharp menjadikan wanita kelahiran Negeri Sembilan ini tiada tolok tandingannya!
Kebanyakan peminat GV4 termasuklah para netizen menyuarakan rasa puas hati dengan penganjuran Gegar Vaganza musim ini.
Kemenangan Aishah juga turut melonjakkan namanya apabila ramai yang mencari semula lagu-lagu dendangan beliau di YouTube. Eh, macam imbau kenangan lama, kan?
Nazri Mohd Noor Aisyah punya penangan, sampai aku cari semua lagu dia kat Youtube… lagu masa dia menyanyi kat New Zealand dengan band mat salleh pun aku jumpa kat Youtube… sebelum ni yg biasa dengar Janji Manismu, Camar Yang Pulang, Pulanglah (lagu raya)
Shamsul Redzuan aku sendiri pn payah cari debut album inggerisnya “Sensation”dgn band dia The Fan Club yg pnh aku miliki kaset ori swaktu tu n dlm thn2 pghujung 90an,aishah ada buka gerai bazar ramadhan dipwtc,smasa tu lh aku kenal dgnnya krn aku dulu bkeje dipwtc.ari2 dok singgah sembang dgnnya pasal zaman2 kgemilangannya dgn kumpulan the fan club n pnh mnanya pdnya yg aku puas dok mcari cd album sensation dia tp tkada kedai cd yg ada mjualnya tp aishah dgn selamba jwb kt aku “tkapa akak ada n blh burn cd tu nnti”aku tolak pmintaannya sbb aku nk dptkn n beli cd dia yg ori yg payah jmpa.smpi skrg ni pn tk dpt cari.nyesal gak tolak pelawaan dia nk burn cd ori dia bg yg dia copy kt aku.apa2 pn tahniah diucapkan krn mjd juara musim ini.
Harith Hafidz Aku dah kata dr dulu lagi sebelum start gv 4 lagi Aishah akan tapau semua peserta..see its true guys..Aishah is the Best of the Best…dia dah mmg level international…lagu inggeris dia dulu masuk carta international billiboard beb susah nak beat legend beb…recap dr minggu pertama dia no 1,minggu ke 2 jatuh sikit rangking dia,tapi dia usaha minggu demi minggu ranking dia makin naik..so selama 8 minggu until final dah 3 kali dia dapat no 1…lagu org muda pun dia boleh tukar arrangement jadi lagi power….so what can i say…..dgn umur yg macam ni dia tetap singer no 1 malaysia…shes legendary of malaysia…kak Aishah lu mmg sempoi dan terbaikkk dan lagi terbaik……
Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, 52, berjaya menewaskan lima peserta lain dengan markah 81%, hasil pemarkahan oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Khadijah Ibrahim.
Peserta lain yang bertanding di pentas final ini iaitu Liza Hanim memperolehi markah 79%, diikuti Lan Solo 70.4%, Hazami 70%, Firman Siagian 69% dan Tia Jinbara 66%.
Pelantun lagu ‘Syurga Di Telapak Kaki Ibu’ ini membawakan lagu All by Myself
di segmen solo serta menyanyikan lagu Supergirls bersama Liza Hanim di segmen battle.Aishah berjaya merangkul wang tunai RM100,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo sumbangan Bina Megah Empire dan pakej percutian ke Eropah Timur sumbangan selamatbercuti.com.
Beliau juga turut membawa pulang barangan kemas sumbangan DSC Gold & Jewelry, baucar membeli-belah bernilai RM6,000 sumbangan Go Shop dan piala Gegar Vaganza.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Dato’ Khairul Anwar Salleh, diiringi Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad dan Penaja Platinum GV4, Dato’ Seri Vida. Konsert akhir GV4 telah disiarkan secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor. Norzalina Mohd Alias
Sumber: Astro Gempak
This website uses cookies.