Tak perlu bulu mata palsu! Cukup dengan sekali sapuan, bayangkan solekan mata terus menyerlah dengan maskara 1Minute Miracle Xtreme yang digilai ramai. Produk viral ini terus mendapat tempat di hati wanita sejak beberapa tahun dipasarkan, malah mengumpul banyak pelanggan setia yang tertawan kehebatannya.
Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan 1Minute Miracle, Ain Fatin Lyana, maskara ini layak diangkat sebagai maskara No. 1 di Malaysia disebabkan pengeluarannya sudah mencecah lebih sejuta unit dalam masa tiga tahun.
Pencapaian tersebut amat membanggakan syarikat kosmetik yang beroperasi dari Pendang, Kedah itu, sekaligus membuktikan keupayaan mereka dalam pasaran kosmetik negara.
Berbau epal, formulasi kalis air maskara 1Minute Miracle Extreme disenangi ramai kerana ia mudah ditanggalkan. Mudah nak berwuduk walaupun tanpa eye make-up remover,
tarik saja fiber maskara dah tertanggal.
Fibernya halus dan bersifat magnetik sekaligus membuatkan maskara lebih mudah dicuci tanpa menghitamkan bawah mata. Ia juga didatangkan dengan pengepit supaya bulu mata melentik tiga kali ganda daripada biasa, nampak tebal dan hitam pekat!
KEUNIKAN
Kejayaan Ain Fatin Lyana membangunkan empayar 1Minute Miracle bukanlah usaha setahun dua. Berusia 32 tahun, wanita jelita yang mempunyai kelulusan diploma dalam bidang seni bina ini rupa-rupanya memang minat berniaga.
“Produk pertama kami adalah foundation yang dicipta pada tahun 2014. Tapi disebabkan kami tidak mendapat formulasi yang tepat, proses R&D berlarutan sehingga tahun 2015.
Akhirnya lahirlah foundation 1Minute Miracle yang seterusnya memberi ilham untuk kami tubuhkan syarikat bernama 1Minute Miracle Sdn Bhd. Pada tahun 2015, kami cuma keluarkan foundation sebanyak 5,000 unit.
Tiba-tiba sambutan melonjak hingga menjadi 50,000 unit dan sekarang produk foundation yang sama masih kekal di pasaran dengan jualan 150,000 unit sebulan.
Ini diikuti dengan pelancaran 1MM Xtreme Mascara pada tahun 2017. Kehebatannya kekal sampai sekarang malah ia telah terjual sebanyak 1.2 juta sejak dilancarkan.” Ain Fatin Lyana
Selain maskara, bisnes Ain yang diusahakan bersama suami, Nor Afifullah Md Isa turut memasarkan beberapa produk mekap lain yang hangat di pasaran.
Antaranya 1MM Foundation, Eyebrow Have Have, Kitty Blush, Harum Maneh Sponge, StayGlow Face Spray, Xtreme Mascara dan sebagainya. Seramai lebih 2,000 ejen turut dilantik bagi membantu mengembangkan lagi empayar syarikat.
“Kami pernah mengalami kejatuhan yang teruk kerana menghentikan aktiviti promosi dan pemasaran. Dalam masa yang sama, produk baru gagal menambat hati pelanggan selepas formulanya ditukar. Ramai pelanggan setia jauh hati.
Silap kami tak endahkan nasihat dan buat juga perubahan secara drastik. Akhirnya produk itu tak laku dan produk sedia ada pula kehabisan stok.” Ain Fatin Lyana
Kini pasangan usahawan 1Minute Miracle ini bangkit dengan semangat dan strategi perniagaan yang luar biasa untuk mengembangkan empayar mereka. Antaranya dengan memastikan produk yang dipasarkan berkualiti tinggi.
“Pertama dari segi packaging, tiap satunya unik dan comel hingga membuatkan semua wanita tertawan. Kedua, setiap produk 1Minute Miracle ada kelebihan luar biasa yang tak terdapat di mana-mana malah pada mana-mana produk lain.
InsyaAllah kami akan jadikan produk 1Minute Miracle sebagai produk must have untuk setiap wanita di Malaysia.” Ain Fatin Lyana
Mengakhiri perbualan, penerima Nona Best Cosmetic Brand Award di acara Nona Superwoman Award 2022 ini sempat berkongsi harapan beliau untuk tahun 2023.
“Kami jangkakan ekonomi tahun ini akan berubah. Jadi kami dah mula susun atur strategi dari segi pengeluaran produk, launching dan sebagainya.”
This website uses cookies.