Luar biasa penangan drama bersiri popular Squid Game! Mencatat drama paling laris di Netflix, kebanyakan pelakon Squid Game hari ini meraih populariti tidak disangka-sangka. Ada yang sudah pun menerima pelbagai tawaran lumayan selepas kejayaan drama tersebut. Malah mereka juga mempunyai ramai peminat.
Salah seorang pelakon Squid Game yang meraih populariti mendadak ialah Jung Ho Yeon. Dia yang melakonkan watak sebagai Kang Sae Byeok merupakan pemain nombor 067 dalam drama bersiri berkenaan.
Secara tiba-tiba Ho Yeon menjadi pelakon Korea Selatan yang mempunyai paling ramai pengikut dalam masa yang singkat di Instagram.
Media Korea melaporkan, sekurang-kurangnya sejumlah 400 ribu hingga 1.4 juta pengikut telah dicatatkan Ho Yeon di laman media sosial itu hanya selepas beberapa hari drama Squid Game ditayangkan.
Terkini, Ho Yeon memiliki lebih 16 juta followers
di Instagram.Walau dalam siri TV itu Ho Yeon digambarkan seorang wanita yang misteri, kasar dan polos namun realitinya dia seorang yang ceria, cantik dan mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi.
Bahkan, sebelum bergelar pelakon Ho Yeon ialah seorang peragawati yang sering menggayakan fesyen berjenama mewah. Dia dikatakan mula menceburi bidang peragaan sejak berusia 16 tahun dan menyertai Korea’s Next Top Model Musim 4 pada 2013. Di samping menyertai banyak pertunjukan fesyen melibatkan label terkemuka dunia termasuk Louis Vuitton.
Terbaharu, bersandarkan rupa paras cantik dan populariti Ho Yeon… dia dilantik sebagai duta global bagi jenama fesyen mewah Perancis, Louis Vuitton.
Ini sekaligus menjadikan dia selebriti Korea Selatan kedua menerima tawaran itu selepas kumpulan terkenal BTS.
This website uses cookies.