Di sebalik tanggapan segelintir pihak Dato’ Pandelela Rinong sudah di penghujung kariernya dalam sukan terjun, pemenang pingat perak Sukan Olimpik ini pamer watak berbeza dengan kembali mengharumkan nama negara di persada dunia!

Ads

3 Oktober lalu pastinya menjadi momen terindah buat atlet kelahiran Sarawak ini apabila dia berjaya menambah koleksi pingat acara individu sekaligus menghadiahkan dua pingat gangsa dalam Sukan Asia ke-19 yang berlangsung di Huangzhou, China.

Salah satu kejayaan dan pencapaian termanis buat Dato’ Pandelela apabila dia akhirnya merangkul kembali pingat acara individu setelah 13 tahun ‘dahagakan’ koleksi itu. Hasil
ketenangan dan komitmen yang ditonjolkan, atlet berusia 30 tahun ini meraih pingat gangsa pada final 10 meter platform wanita.

Penantian 13 Tahun Berakhir, Dato’ Pandelela Tambah Koleksi Pingat & Masih Berbisa Usia 30!
Kredit Instagram @pandelela
Penantian 13 Tahun Berakhir, Dato’ Pandelela Tambah Koleksi Pingat & Masih Berbisa Usia 30!
Kredit Instagram @pandelela

Pada saingan final itu, dia yang membuat penampilan keempatnya di Sukan Asia menerima tentangan sengit penerjun Jepun Matsuri Arai untuk posisi ketiga, selepas dua wakil China, Quan Hongchan dan Chen Yuxi jauh meninggalkan mereka di kedudukan dua teratas.

Ketenangan ditunjukkan Pandelela pada dua terjunan terakhir membantunya mengesahkan gangsa selepas mengumpul keseluruhan 280.50 mata di belakang Quan yang merangkul emas (438.20 mata) dan Chen membawa pulang perak (435.65 mata).

Ads

Pencapaian itu menyaksikan beliau mengulangi kejayaan merangkul gangsa dalam acara sama pada penampilan pertamanya di Guangzhou, China pada 2010.

Ads
Penantian 13 Tahun Berakhir, Dato’ Pandelela Tambah Koleksi Pingat & Masih Berbisa Usia 30!
Kredit Instagram @pandelela
Penantian 13 Tahun Berakhir, Dato’ Pandelela Tambah Koleksi Pingat & Masih Berbisa Usia 30!
Kredit Instagram @pandelela

Pada usia 30 tahun, ramai beranggapan Dato’ Pandelela Rinong sudah di penghujung kariernya dalam sukan terjun. Namun bekas pemenang pingat perak Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia dari Sarawak itu, bagaimanapun berjaya mengubah persepsi itu.

Dato’ Pandelela tidak beraksi di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang akibat kecederaan, pun begitu dia kembali bersemangat tahun ini dan berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam acara final 10 meter platform seirama wanita bersama pasangannya, Nur Dhabitah Sabri.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/tunggu-saya-balik-okay-sayang-detik-romantis-dhabitah-suami-di-airport-cuit-perhatian-peminat/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI