Selepas menanti hampir 25 tahun untuk naik ke pentas berprestij Anugerah Industri Muzik AIM, ahad lepas akhirnya penyanyi bersuara lunak Liza Hanim berjaya mengapai impiannya untuk menggenggam trofi keramat tersebut.
Tenyata Liza Hanim tidak dapat menyembunyikan rasa sebak dan terharu namanya diseru untuk tampil ke pentas dan mengungguli kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu bersama rakan seperjuangannya Shila Amzah.
“Rasa seperti mimpi. Saya tidak pernah meletakkan harapan tinggi setiap kali hadir ke AIM. Saya datang pada malam ini lebih kepada membuat persembahan. Menang atau tidak, saya tolak ke tepi. Alhamdulillah, rezeki Allah yang tentukan. Ini kali pertama saya genggam trofi AIM. Selepas pandemik pula itu, 25 tahun kau tunggu trofi ini Liza,” ujarnya menurut laporan UTUSAN.
Lebih manis, Liza dan Shila turut merangkul anugerah Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem atau Drama menerusi lagu Bahagiakan Dia ciptaan Aliff Iskandar dan Que Afiq. Turut menjadi highlight
pada malam itu ialah persembahan Liza bersama dengan Datuk Seri Siri NUrhaliza yang dilihat berjaya menggegarkan pentas anugerah berprestij itu dengan persembahan rangkaian lagu popular mereka.Dalam pada itu, Liza berkata, kemenangan itu membuat dia terimbau kenangan ketika mula-mula melangkah ke dalam industri muzik. “Bila menang, saya macam flashback balik. Ketika anak dara, masuk ke dalam industri seni berbekalkan bakat semata-mata. Lagu ini akhirnya menebus dahaga saya untuk AIM. Insya-Allah, saya lebih semangat dan kuat selepas kemenangan ini,” katanya.
(Sumber: Utusan | Kredit Foto: Instagram @lizahanim)
This website uses cookies.