Sambutan hari bapa tahun ini paling bermakna buat komposer Julfekar selepas mengesahkan dirinya bakal menjadi bapa selepas isterinya penyanyi Min Yasmin disahkan hamil. Berita ini bertambah manis apabila penantian mereka berdua terutama sekali buat Min Yasmin selama 10 tahun menimang cahaya mata akhirnya terlaksana.
Selain itu, Julfekar turut berkongsi berita gembira dan mengesahkan kedua-dua ibu dan kandungan dalam keadaan sihat.
“Setelah10 tahun berkahwin, akhirnya. Semoga baby dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan selamat sampai dilahirkan. Ya allah jagalah bayi ini untuk kami dan semoga dipermudahkan,” titip Min Yasmin yang turut memuat naik foto alat penguji kehamilan yang memaparkan usia kandungan lebih tiga minggu.
Min turut menjelaskan yang dirinya Min Yasmin membuat ujian kehamilan sebanyak tiga kali kerana tidak percaya ada malaikat kecil di dalam rahimnya.
“Min sampai buat kali ujian, 3 hari berturut-turut untuk mempastikan keputusan kerana Min sendiri sukar untuk percaya. Tapi Subhanallah, kuasa Allah dan bila Allah mengkehendaki”, tulis Min lagi.
Selain itu, Min Yasmin sempat mengucapkan Selamat Hari Bapa buat suaminya, dan mengganggap sambutan Hari Bapa kali ini sangat bermakna buat suaminya selepas dirinya disahkan hamil. Malah Min Yasmin juga berterima kasih dan bersyukur dengan doa dan sokongan dari semua ahli keluarga, kawan-kawan serta peminat-peminatnya, dirinya hamil secara semulajadi.
Julfekar dan Min Yasmin atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz berkahwin pada April 2014 dalam satu majlis di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya.
Ia adalah perkahwinan kedua buat Julfekar kerana komposer itu sebelum ini memiliki empat orang cahaya mata daripada perkahwinan pertama.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***