Pencinta Lautan, Keluarga Jutawan Vincent Tan Throwback Misi Bersihkan Pulau Redang Sempena World Ocean Day

Tanggal 8 Jun setiap tahun telah diwartakan sebagai World Ocean Day. Lautan dan segala komponennya amat penting untuk bumi dan segala kehidupan yang menjadikan laut sebagai habitat.

Bersempena sambutan World Ocean Day semalam, pasangan jutawan terkenal SM Faliq dan isteri, Chryseis Tan berkongsi sekeping foto yang cukup bermakna.

Menariknya, foto yang disertai bapa mereka iaitu jutawan Tan Sri Vincent Tan itu jelas menekankan betapa pentingnya alam sekitar, terutama lautan, kepada keluarga tersebut. Sungguh menginspirasikan!

Konservasi Pulau Redang itu diadakan berhampiran The Taaras Beach & Spa Resort dan Redang Island Resort milik keluarga Tan, di bawah kumpulan Berjaya Hotels & Resort.

Seronoknya tengok foto-foto Chryseis di tepi pantai ni, teringin sungguh bercuti macam ini lepas berbulan-bulan dikuarantin, kan?

Kata Chryseis, “Protect and restore our ocean now! This was taken a few months back when we were in Redang – every time my dad goes there he would lead a group of us to clean up the trash left on our islands and in the sea!”

SARAT HAMIL

SM Faliq merupakan anak keempat Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin manakala Chryseis pula mempunyai 11 adik-beradik dalam keluarga jutawan Tan Sri Vincent Tan.

Chryseis kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square sementara suaminya menyandang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI.

Pasangan merpati dua sejoli ini telah berumah tangga pada tahun 2018 di resort peranginan, The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Bukit Tinggi dan kini Chryseis sedang sarat hamil trimester ketiga.

Meskipun World Ocean Day

tahun ini berlangsung di tengah pandemik. Namun PBB telah menetapkan tema Innovation for a Sustainable Ocean bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan lautan.

Semoga usaha kita untuk menjaga lautan yang terancam pencemaran akan memberi manfaat kepada generasi masa depan. Ingat, kita tidak mewarisi bumi ini daripada nenek moyang kita TETAPI ‘meminjamnya’ daripada anak-anak dan generasi masa depan kita!

Share
Published by
Norzalina