Ramai tercengang apabila PM Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin mencatat jumlah pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan menerusi maklumat harta di portal MyDeclaration.
Berdasarkan Portal Perisytiharan Harta (klik sini) yang dikendalikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ahli Parlimen Pagoh itu menerima pendapatan bulanan sebanyak RM93,841.65 (sekitar RM1.13 juta setahun) dengan jumlah aset sekitar RM10 – 15 juta.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berada di tangga kedua dengan pendapatan RM87,877.20 sebulan dan diikuti oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan dengan RM85,450 sebulan.
Di tangga keempat pula adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dengan pendapatan bulanan sebanyak RM84,615.20 sebulan dan diikuti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan pendapatan RM69,427.20 sebulan.
Angka di atas sebenarnya boleh dianggap biasa atau normal di kalangan ahli politik merangkap pemimpin di sesebuah negara. Jika kita rasa tinggi, cuba bandingkan pula dengan gaji 10 pemimpin dunia yang jauh berganda tingginya ini.
BUKAN CALANG-CALANG
Laporan USA Today (klik sini) mendedahkan 20 pemimpin dunia yang memperoleh gaji tahunan tertinggi dalam kalangan pemimpin dunia, dan jangan terkejut gaji individu paling tinggi adalah pemimpin jiran negara jiran, Singapura.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, berada di tangga teratas dengan memperoleh gaji tahunan sebanyak AS$1.6 juta (RM6.62 juta).
Laporan tersebut menyebut gaji yang diperoleh Hsien Loong adalah 12 kali ganda berbanding Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Hsien Loong yang merupakan ketua Parti Tindakan Rakyat dan mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2004 tersenarai sebagai pemimpin dunia yang memperoleh gaji tahunan tertinggi sejak 2015.
Pendapatan tahunan Hsien Loong itu sekaligus menepis pemimpin-pemimpin dunia lain termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
10 SENARAI TERTINGGI
(2) Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam
AS$568,400 (RM2.35juta)
(3) Presiden Switzerland, Ueli Maurer
AS$482,858 (RM1.99 juta)
(4) Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump
AS$400,000 (RM1.65 juta)
(5) Perdana Menteri Australia, Scott Morrison
AS$378,415 (RM1.56 juta)
(6) Canselor Jerman, Angela Merkel
AS$369,727 (RM1.52 juta)
(7) Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern
AS$339,862 (RM1.4 juta)
(8) Presiden Mauritania, Mohamed Ould Abdel Aziz
AS$330,000 (RM1.36 juta)
(9) Canselor Austria, Sebastian Kurz
AS$328,584 (RM1.35 juta)
(10) Perdana Menteri Luxembourg, Xavier Bettel
(AS$278,035 atau RM1.15 juta)
Kesemua nilai gaji dinyatakan dalam mata wang dolar AS yang ditukar daripada mata wang negara asal. Maklumat dikumpul menerusi laman sesawang setiap negara dan data-data daripada organisasi seperti Tabung Kewangan Antarabangsa dan CIA World Factbook.
This website uses cookies.