Kesihatan

Pendedahan FAEZAH ELAI Tentang ‘Gangguan Mental’, Buka Mata Wanita Agar Lebih Cakna Tanganinya!

Di Malaysia, kebanyakkan wanita dikesan berhadapan isu kemurungan, kebimbangan atau kecelaruan dua kali ganda berbanding lelaki. Ini berlaku terutamanya kepada wanita yang hamil, bekerjaya dan berkeluarga.

Malah, kesan masalah kesihatan mental antara wanita dan lelaki adalah berbeza. Sekaligus menjelaskan mengapa wanita secara globalnya berhadapan isu kesihatan mental ini.

Terdahulu, pengakuan aktres Faezah Elai yang mengesahkan bahawa dirinya menghidap beberapa masalah mental seperti Anxiety Disorder, Obsessive Compulsive Disorder (OCD) dan Insomnia telah menarik perhatian Nona.

Faezah Elai Pandang Serius Isu Kesihatan Mental

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram milik bekas Dewi Remaja 2005/2006 itu, Faezah Elai berkongsi masalah insomnia yang menghantuinya sejak 24 tahun lalu.

“Me at gym and haven’t slept for more than 24 hours.

I was on medication dulu, tapi tak mahu bergantung sangat dengan ubat tidur ni. Pernah juga telan ubat tidur tapi tak tidur-tidur juga sampai sakit kepala…

Have you ever experienced a situation like this? Please share…” – Faezah Elai

 

Menerusi sebuah laporan akhbar, wanita berusia 38 tahun itu sebenarnya sudah mula mengambil ubat sejak berusia 12 tahun. Dia juga berdepan masalah terlalu banyak berfikir sehingga kadangkala menjejaskan rutin hariannya.

Faezah Elai juga memandang serius isu kesihatan mental dan tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang kelakar.

“I swear I can’t take it. No one will understand you, not even your family and worst part, you can’t talk to anyone about this.” – Faezah Elai

 

Pengakuan Faezah Elai tentang masalah kesihatannya ‘membuka mata’ banyak pihak. Kebanyakan netizen turut meluahkan kebimbangan yang sama di ruangan komen, namun tidak tahu bagaimana penyakit gangguan mental ini boleh diatasi.

Bahkan majoriti daripada mereka terpaksa melalui hidup yang dibayangi gangguan fikiran sehingga menyebabkan kesukaran tidur, keletihan ekstrem dan migrain.

Apa Kata Pakar?

Justeru, Nona mendapatkan pendapat Profesor Dr Yeah Kim Leng berkaitan penyakit yang mampu membunuh dalam senyap itu.

Mengambil kira masalah migrain juga sebagai salah satu masalah paling kerap mengganggu mental masyarakat, Profesor Dr Yeah Kim Leng menyatakan bahawa penyakit seperti yang dialami Faezah Elai boleh menjejaskan produktiviti serta memberi impak negatif kepada ekonomi.

Profesor Dr Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway

Kata beliau, rakyat Malaysia sudah biasa dengan gaya hidup sibuk dengan tahap tekanan dan kebimbangan yang tinggi. Ini merupakan salah satu punca pencetus utama bagi migrain.

Migrain biasanya menyerang seseorang individu pada umur paling produktif (iaitu umur bekerja antara 31-40 tahun).

“Berdasarkan kaji selidik Novartis Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya, penemuan mendapati bahawa kebanyakan pekerja masih berkeras untuk bekerja atau berada di tempat kerja walaupun mengalami masalah mental seperti migrain.

Mereka kebiasaannya tidak mahu meluahkan masalah tersebut kerana bimbang dianggap tidak boleh dipercayai dan kurang produktif ketika sakit.

Ini adalah sesuatu yang membimbangkan, bukan saja kepada pesakit malah pihak majikan juga,” ujar Profesor Dr Yeah Kim Leng tentang realiti kesihatan mental yang semakin meningkat.

Justeru, seseorang yang mengalami apa jua masalah berkaitan mental seharusnya tidak berdiam diri dan memendam perasaan. Luahkan segala yang terbuku kepada orang yang dipercayai dan dapatkan bantuan pakar bagi menguruskan penyakit ini dengan segera.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.

Sumber Foto: Instagram @faezahelai

Share
Published by
Haifa Nasir