YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN ANAK ISTERI PENGIRAN ANAK SARAH

Personaliti Diraja Brunei, Yang Teramat Mula Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah sentiasa mencuri perhatian khalayak. Bukan hanya kerana raut wajah Pengiran Anak Sarah yang cantik dan penuh kelembutan, bahkan juga kerana keperibadian yang dimiliki.

Baru-baru ini, kelibat Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah di Pusat Derma Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha sekali lagi menarik tumpuan. Daripada gambar yang dikongsikan laman rasmi pusat derma darah berkenaan, kelihatan Pengiran Anak Sarah tenang menjalani prosedur menderma darah di sana.

IKLAN

“Blood Donation Centre Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Hospital is graced with the attendance of Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman and her support by donating blood earlier today. We would like to thank Her Royal Highness for her continuous generosity as a regular blood donor.”

Penderma Darah Tetap, YTM PENGIRAN ANAK SARAH Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin! Penderma Darah Tetap, YTM PENGIRAN ANAK SARAH Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin! Penderma Darah Tetap, YTM PENGIRAN ANAK SARAH Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin! Penderma Darah Tetap, YTM PENGIRAN ANAK SARAH Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin!

Sementara itu, laman rasmi SR Design Brunei pula mendedahkan kenyataan Pengiran Anak Sarah berhubung prosedur menderma darah. “Donating blood is a quick and straightforward procedure but the memory for the receiver will leave a long-standing mark as a single blood donation has the possibility of saving up to 3 lives.

If you have never donated blood and you are fit to do so, do drop by Blood Bank RIPAS. You will leave feeling good knowing that you could change someone’s life for the better.” – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

Setuju dengan kenyataan Pengiran Anak Sarah mengenai pendermaan darah. Walau usaha ini nampak kecil kepada penderma namun ia sangat besar maknanya buat penerima yang memerlukan. Apatah lagi, menderma darah juga memberi manfaat tersendiri kepada tubuh badan si pemberi.

Antara kelebihan menderma darah ialah berupaya menurunkan risiko serangan jantung, merangsang penghasilan sel darah baru dan mengurangkan risiko kanser. Malah, di Malaysia juga individu yang kerap menderma darah di Pusat Darah Negara dan hospital terlibat berpeluang mendapat keistimewaan rawatan secara percuma bergantung jumlah pendermaan mereka.

Penderma Darah Tetap, YTM PENGIRAN ANAK SARAH Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin! Penderma Darah Tetap, YTM PENGIRAN ANAK SARAH Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin! Penderma Darah Tetap, YTM PENGIRAN ANAK SARAH Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin! Penderma Darah Tetap, YTM PENGIRAN ANAK SARAH Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin!

Mendekati personaliti diraja Brunei ini, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah diputerikan pada 9 April 1987 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Bandar Seri Begawan, Brunei dan merupakan satu-satunya puteri kepada pasangan Yang Mulia Pengiran Salleh Ab Rahaman dan Yang Bahagia Rinawati binti Abdullah.

IKLAN

Penderma Darah Tetap, YTM PENGIRAN ANAK SARAH Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin!

Penderma Darah Tetap, YTM PENGIRAN ANAK SARAH Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin! Penderma Darah Tetap, YTM PENGIRAN ANAK SARAH Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin!

Pernah mendapat julukan majlis perkahwinan ‘Asian Wedding of the Year’ kira-kira 18 tahun yang lalu, pesona Pengiran Anak Sarah menjadi bualan hingga ke hari ini. Mengimbas kembali detik bersejarah majlis perkahwinan gilang-gemilang Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, pasangan diraja ini mengenakan persalinan biru yang turut menyaksikan ia dihadiri orang kenamaan, keluarga diraja asing di Istana Nurul Iman.

Pasangan diraja ini dibawa menaiki kereta open-topped Rolls-Royce dan mengelilingi seluruh Bandar Seri Begawan sambil disambut masyarakat di sepanjang jalan.

IKLAN

Penderma Darah Tetap, YTM PENGIRAN ANAK SARAH Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin! Penderma Darah Tetap, YTM PENGIRAN ANAK SARAH Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin! Penderma Darah Tetap, YTM PENGIRAN ANAK SARAH Personaliti Diraja Brunei Berjiwa Prihatin!

Hasil perkahwinan selama hampir 18 tahun, baginda berdua dikurniakan dua putera iaitu Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman serta dua puteri, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.

 

 

Kredit foto: Instagram Brunei Royal Family, Sarhmhtdee & SR Design Brunei

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI