Pernah rasa pengalaman berbuka puasa di Masjid Nabawi? Seronoknya berada di sana, cukup jamah sebiji kurma dan air, yang penting suasana muhibah berbuka ramai-ramai tanpa mengira status atau darjat. Inilah kelainan yang dibawakan dalam program Iftar Ala Madinah @Karangkraf tahun ini.

Berbeza daripada Ramadan tahun lalu, kesempatan meraikan fasa peralihan endemik sejak 1 April lalu membenarkan acara sebegini diadakan. Majalah Nona turut berpeluang menikmati pengalaman iftar ala Madinah ini yang dianjurkan oleh Sinar Harian bersama Karya Bestari dan Warisan Ummah Ikhlas.

Ads

Bayangkan betapa meriahnya suasana iftar pada waktu Maghrib. Dataran Karangkraf Shah Alam tiba-tiba dibanjiri Muslimin dan Muslimat yang turut serta menikmati pengalaman tersebut bermula 4 April hingga 2 Mei ini.

Pengalaman Baru Berbuka Ramai-Ramai, Beratapkan Langit & Beralaskan Tikar di Iftar Ala Madinah @Karangkraf
Suasana iftar

 

Pengalaman Baru Berbuka Ramai-Ramai, Beratapkan Langit & Beralaskan Tikar di Iftar Ala Madinah @Karangkraf
Sesi tazkirah

 

Ketua Projek, Firdaus Hussamuddin berkata, pelaksanaan program itu bertujuan memberi peluang terutamanya kepada golongan yang memerlukan untuk datang berbuka puasa di Dataran Karangkraf secara percuma selama 29 hari.

Menurutnya, ramai pihak yang terjejas terutama dari segi pendapatan susulan penularan COVID-19 hingga ada yang dibuang kerja, ditambah pula kos sara hidup dan harga makanan yang semakin meningkat ketika ini.

“Dalam masa sama, kami turut menggalakkan mereka yang berkeluarga untuk datang berbuka puasa di sini dan mereka juga boleh membawa makanan sendiri untuk berkongsi bersama-sama dengan kita serta orang awam.

Pengalaman Baru Berbuka Ramai-Ramai, Beratapkan Langit & Beralaskan Tikar di Iftar Ala Madinah @Karangkraf
Firdaus Hussamuddin

 

Kalau boleh, kita nak mereka duduk satu keluarga, tapi yang mana datang secara bersendirian atau dengan kawan, akan diasingkan ikut Muslimin dan Muslimat.

Yang penting kita nak wujudkan kembali suasana berbuka ala Madinah dan Mekah, untuk mereka yang merindukan kemeriahan dan suasana Ramadan itu sendiri, maka kita bawa konsep ini.” Firdaus 

 

MENYERONOKKAN

Ads

Firdaus yang merupakan Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf berkata, menariknya program kali ini, orang ramai akan disajikan dengan pengisian tazkirah berdekatan masjid sementara menunggu waktu berbuka puasa.

“Di samping itu, ada beberapa imam kita daripada Karya Bestari dan WUIF yang akan bergilir setiap hari untuk bacaan tazkirah dan mengimamkan solat maghrib dan solat terawih sepanjang program berlangsung.” Firdaus

Pengalaman Baru Berbuka Ramai-Ramai, Beratapkan Langit & Beralaskan Tikar di Iftar Ala Madinah @Karangkraf

 

Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan korporat dan individu perseorangan yang ingin berinfaq bersama-sama untuk membantu mereka yang berada dalam kesempitan hidup.

Ads

“Kita juga galakkan pihak lain yang ingin sertai kita untuk memberi infaq makanan, barangan atau berbentuk wang tunai boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun SINAR KARANGKRAF SDN BHD 564276 529068 (Maybank).

Pengalaman Baru Berbuka Ramai-Ramai, Beratapkan Langit & Beralaskan Tikar di Iftar Ala Madinah @Karangkraf

 

Pengalaman Baru Berbuka Ramai-Ramai, Beratapkan Langit & Beralaskan Tikar di Iftar Ala Madinah @Karangkraf

 

Orang ramai yang ingin turut serta dalam program berbuka puasa ala Madinah ini juga perlu membuat pengesahan kehadiran jam 10 pagi sehari sebelumnya di talian yang sama.”

Firdaus turut mengajak mana-mana individu yang ingin menjadi sukarelawan bagi mengendalikan program berkenaan boleh berbuat demikian dengan menghubungi sekretariat di talian 0192133315.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI