Pengalaman Hidup Mematangkan Ziana Zain & Anak-anak Adalah Sumber Kekuatannya

Ziana Zain yang sedikit masa dahulu menggemparkan industri apabila memfailkan perceraian bersama suami yang telah dikahwininya selama 20 tahun. Semua pasangan suami isteri mengharapkan rumah tangga kekal hingga ke hujung nyawa namun siapa kita untuk menolak takdir. Benar kata orang kita hanya mampu merancang namun Yang Maha Esa yang menentukan segala-galanya.

Foto: Instagram @iamzianazain

Ziana telah melalui episod duka dalam rumah tangganya, namun kekuatan yang dimilikinya bukan calang-calang. Mencungkil rahsia kekuatan dalam dirinya sehingga berjaya melepasi dugaan tersebut, “Sebenarnya kekuatan itu datang setelah beberapa lama kita mengharungi hidup.

Hidup dalam masyarakat bergaul dengan pelbagai lapisan kehidupan telah menyuntik semangat yang luar biasa dalam diri saya. Apabila saya garapkan kisah duka saya bersama pengalaman orang lain membuatkan kita lebih kuat.

Foto: Instagram @iamzianazain

Sudah semestinya apabila kita menatap dan mengamati wajah anak-anak satu persatu, secara tidak langsung membuatkan kita lebih kuat. Melihat wajah mereka telah mengumpul satu kekuatan untuk membahagiakan anak-anak.

Foto: Instagram @iamzianazain

Saya selalu cakap dengan diri sendiri apa juga yang terjadi dalam kehidupan itu adalah dugaan hidup dan sekiranya kita lepas semua ujian, there will be something big for us, insyaallah.

Apabila berhadapan dengan anak-anak mengharungi kemelut ini bukan mudah tetapi sebagai ibu apa yang penting adalah sentiasa berterus-terang dengan anak-anak tentang situasi yang berlaku dan jangan bercerita perkara negatif kepada mereka.

Foto: Instagram @iamzianazain

Saya selalu katakan kepada mereka, apa sahaja yang berlaku dalam keluarga ini merupakan permulaan kehidupan mereka. Jika kita berjaya mengharunginya insyaallah benda lagi besar akan ada di hadapan kita boleh mengharunginya bersama-sama dan selalu reda serta bersyukur kepada Allah SWT. Paling penting jangan lupa sentiasa minta padaNya.

Foto: Instagram @iamzianazain

Ini kerana Allah SWT sahaja yang tahu isi hati kita dan semat dalam hati dan minda bahawa setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya dan Allah nak memberi sesuatu yang besar kepada kita. Kita pun tak tahu tetapi selalu yakin yang Allah SWT doakan kebahagiaan kepada diri kita dan juga orang lain.


Kerana kita hidup ini dalam dunia bukan seorang, sering berdoa dan yang penting kita berbalik kepada Allah SWT,” ungkap ibu kepada empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 20 tahun, Muhammad Ammar, 15 tahun, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 10 tahun, ini.

Foto: Instagram @iamzianazain

Wanita yang kini sudah berusia 50 tahun terus optimis meneruskan kehidupan bersama anak-anak tercinta dan kelihatan telah move on. “Sebagai wanita biasa, jujur saya katakan bukan mudah untuk move on. Ada wanita yang terpaksa tunggu bertahun-tahun dan ada juga hanya mengambil masa yang singkat sahaja.

Foto: Instagram @iamzianazain

Bagi saya setiap rencana hidup kita sudah di tulis oleh Allah SWT dan bila sampai masanya Allah SWT kata masa untuk move on, ini merupakan gerak dariNya. Saya selalu bersyukur dan sering meminta kepada Yang Maha Esa untuk diberi kekuatan dan dikurniakan keberkatan hidup. Apabila kita berdoa dan selalu meminta serta reda dengan ketentuan Ilahi, insyaAllah we can move on,

” tuturnya.
Foto: Instagram @iamzianazain

Nasihat Ziana buat untuk wanita yang dibelenggu dengan masalah rumah tangga terutama yang mengalami penderaan domestik agar mencari jalan keluar dengan meminta pertolongan daripada saluran yang betul.

Tambah Ziana terdapat banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang boleh memberi bantuan kepada wanita yang mempunyai masalah. Jangan malu untuk bertindak kerana bukan kita seorang sahaja mempunyai masalah. Kuatkan semangat dan paling penting mencari saluran yang betul.

Malam-malam ni best jugak kalau cuci mata kat sini https://invol.co/cloqo1

 

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed