Profesion sebagai penata gaya bukanlah satu kerjaya yang asing lagi dan ia mula mendapat tempat dalam industri fesyen khususnya. Ramai selebriti kini mula mendapatkan khidmat penata gaya atau fashion stylist untuk tampil lebih bergaya dan trendy. Tidak hairanlah kerjaya ini menjadi pilihan buat wanita bernama Salmi binti Mohd Subri atau lebih mesra disapa Amee. Mempunyai pengalaman lebih 11 tahun sebagai penata gaya menjadikan Salmi cukup arif dalam bidang yang diceburinya.

Ads

Pengalaman Lebih 11 Tahun Sebagai Penata Gaya, AMEE Cukup Arif Dalam Bidang Yang Diceburinya!

PENDAPAT TENTANG FESYEN

Fesyen adalah salah satu budaya yang akan diikuti mengikut peredaran zaman. Keterampilan yang menarik dan lain dari yang lain adalah satu tarikan utama terutama sekali kepada golongan selebriti dan ikon ternama. Fesyen juga adalah personaliti kita yang kita tonjolkan melalui cara pemakaian. Sesuatu trend itu come and go, namun stail fesyen merupakan cerminan dari keperibadian seseorang individu.

TREND 2019 & FESYEN WANITA MASA KINI

Pengalaman Lebih 11 Tahun Sebagai Penata Gaya, AMEE Cukup Arif Dalam Bidang Yang Diceburinya!

Trend fesyen adalah subjektif. Saya menjangkakan pada tahun 2019, trend fesyen adalah lebih kepada minimalis dan simple. Ini kerana perubahan fesyen adalah sangat pantas dari masa ke semasa. Saya lebih gemar menggunakan “Simple is BETTER”. Pada pandangan saya, wanita sekarang lebih berani untuk mencuba dan cenderung untuk menggayakan penampilan yang minimalis.

STAIL MODEN

Pelbagai faktor yang perlu diambil kira untuk tampil moden mengikut trend terkini. Pemilihan jenama dan rekaan pakaian adalah sangat penting. Ini kerana kebanyakan jenama terkenal mempunyai rekaan yang lebih trendy dan inovatif. Tetapi bagi mereka yang rajin mencari dan meneroka, gedung- gedung jenama tempatan juga mampu menjadikan penampilan moden dan sesuai seiring dengan perkembangan fesyen terkini.

Ads

FESYEN BERSESUAIAN

Setiap orang mempunyai bentuk badan yang berbeza. Oleh itu, sebelum memilih gaya yang sesuai dengan personaliti, kita seharusnya tahu terlebih dahulu bentuk badan yang dimiliki. Sebagai contoh untuk mereka yang memiliki bentuk badan buah pear, warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Selain itu, gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik.

IKON GAYA PILIHAN

Ads

Pengalaman Lebih 11 Tahun Sebagai Penata Gaya, AMEE Cukup Arif Dalam Bidang Yang Diceburinya!

Saya menggemari gaya Victoria Beckham. Beliau bukan sahaja bintang pop dari kumpulan Spice Girls yang melebarkan sayap dalam bidang fesyen dan usahawan, malah beliau juga mengubah gayanya dengan cara yang cukup berbeza. Pendekatannya terhadap fesyen boleh disimpulkan sebagai gaya yang minimal.

5 TIP TAMPIL TRENDY

1. Suai padan pakaian yang tepat dan bersesuaian dengan diri.
2. Memilih aksesori yang tidak keterlaluan hingga boleh menenggelamkan diri anda.
3. Sentiasa rancang pakaian yang hendak dipakai dengan lebih awal
4. Teknik pemakaian mekap yang bagus
5. Sentiasa yakin.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI