Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), arahan bekerja dari rumah yang dilaksanakan sektor swasta mahupun awam bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dilihat mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri.

Sesetengah majikan membenarkan kakitangannya membawa pulang komputer riba bagi melancarkan tugasan. Bagi mereka yang pernah diarahkan majikan untuk bekerja dari rumah hal ini tidak menjadi masalah. Namun, mungkin ada juga yang pertama kali melalui pengalaman ini.

Ads

Dari segi disiplin kerja mungkin tidak sama seperti di pejabat kerana apabila di rumah banyak hal yang boleh mengganggu. Terpulang kepada individu untuk menguruskan masa sebaiknya. Dari sudut postif boleh menjimatkan perbelanjaan dan kos pengangkutan.

Pengalaman Pertama Bekerja Dari Rumah? Ikut 7 Cara Efektif Ini Agar Kekal PRODUKTIF & KOMITEDSeiring perkembangan dunia digital masa kini, kerjaya wanita turut berubah dan kian meluas. Sehingga ada yang mengambil keputusan nekad untuk bekerja dari rumah tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

Namun, keputusan itu tak seharusnya dipandang mudah kerana seseorang itu perlu bijak membahagikan masa agar mampu bekerja dengan lebih fokus dan memberikan hasil yang optimum. Pengurusan masa yang baik amat penting kerana ia boleh menjadi solusi terhadap tekanan. Berikut caranya.

BUAT JADUAL TO-DO-LIST

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah merancang kerja melalui jadual bersistem bermula daripada jadual untuk setahun, sebulan, seminggu sehinggalah ke harian agar aktiviti anda sentiasa dalam radar masa yang ditetapkan. Gunakan planner atau buku khas untuk membuat jadual ini.

Pengalaman Pertama Bekerja Dari Rumah? Ikut 7 Cara Efektif Ini Agar Kekal PRODUKTIF & KOMITEDKEKAL PRODUKTIF, TIDUR & BANGUN AWAL

Kekal produktif seperti anda bekerja di pejabat. Seeloknya tidurlah lebih awal bersama anak-anak dan bangun pagi lebih awal untuk bekerja. Ambil kesempatan masa contohnya ketika anak-anak sedang tidur untuk menyelesaikan kerja-kerja anda dengan tenang.

RUANG KERJA YANG KONDUSIF 

Jika anda hanya menunggu peluang untuk bekerja dalam keadaan yang benar-benar sesuai ia mungkin mustahil untuk dicapai. Mungkin akan ada saja gangguan. Maka, penting untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selesa.

Ads

Pengalaman Pertama Bekerja Dari Rumah? Ikut 7 Cara Efektif Ini Agar Kekal PRODUKTIF & KOMITED

BERDISIPLIN

Usahakan untuk mematuhi masa dalam jadual secara rutin. Wajib diikuti setiap hari! Bukan hanya untuk diri anda bahkan praktikkan juga kepada seluruh ahli keluarga anda. Anak-anak yang terbiasa dengan rutin ini akan lebih mudah dididik.

Ads

BANTUAN & SOKONGAN SUAMI

Minta jasa baik suami anda untuk membantu meringankan tugas-tugas rumahtangga mahupun penjagaan anak-anak agar anda dapat bekerja dengan lebih efektif. Aktifkan sistem sokongan yang dimiliki agar anda terhindar daripada tekanan yang boleh mengganggu produktiviti kerja.

MANFAATKAN TEKNOLOGI

‘Pembantu’ terpenting buat seorang ibu yang bekerja ialah penggunaan peralatan teknologi terkini seperti telefon pintar. Ia membantu anda menjimatkan masa dan tenaga seterusnya memudahkan anda segera mencapai tujuan.

Pengalaman Pertama Bekerja Dari Rumah? Ikut 7 Cara Efektif Ini Agar Kekal PRODUKTIF & KOMITEDABAIKAN PERKARA YANG TAK PENTING

Menjalani rutin seperti ini setiap hari menjadikan anda lebih bijak dan cerdas dalam memanfaatkan masa. Ini kerana anda bijak membezakan mana yang perlu diutamakan dan mana yang tidak. Tinggalkan yang sukar dan dahulukan mana yang memudahkan hari-hari anda. Tekanan lebih kurang, anda juga menjadi lebih produktif.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI