Nama billionaire Bernard Arnault bukan suatu yang asing buat peminat jenama barangan mewah seluruh dunia. Beliau telah dinobatkan sebagai lelaki kedua terkaya di dunia dengan anggaran harta sekitar $107.6 bilion (RM442.21 bilion) menurut Bloomberg.
Ads
Bernard Arnault yang berusia 70 tahun ini merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada syarikat jenama mewah seperti Louis Vuitton, Christian Dior, Fendi dan Sephora.
Lelaki yang memegang kerakyatan dari negara Perancis ini telah berkahwin sebanyak dua kali dan kini bahagia dengan isteri keduanya, Hélène Mercier yang merupakan pemain piano. Mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya dengan Anne Dewavrin dan mempunyai 3 orang anak bersama Hélène Mercier.
Salah seorang anaknya yang bernama Delphine merupakan Timbalan Presiden Eksekutif (Executive Vice President) Louis Vuitton dan memegang keahlian dalam LVMH.
Lelaki yang lahir pada bulan March ini mempunyai ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan dari Ecole Polytechnique Paris. Memulakan kerjaya dengan menyertai syarikat milik bapanya, selepas tamat pengajian dan akhirnya telah melaburkan sebanyak $15 million pada tahun 1985 yang melayakkan lelaki ini menjadi CEO Dior.
Akhirnya pada tahun 1987 Bernard Arnault telah diberi peluang untuk melabur dalam LVMH oleh pengerusinya, Henri Racamier. Dan pada tahun 1989 Bernard Arnault berjaya menguasai saham terbesar LVMH sebanyak 43.5% dan menjadikannya Pengerusi syarikat tersebut.
Ads
Harta kekayaan yang dianggarkan baru-baru ini telah mengalahkan kekayaan Bill Gates yang sebelum ini menduduki tangga lelaki kedua terkaya di dunia. Bernard Arnault juga merupakan seorang pengumpul karya agung dunia. Beliau merupakan salah seorang pengumpul hasil karya Picasso, Yves Klein, Henry Moore dan Andy Warhol.
Antara kata-kata hikmah yang keluar dari mulut billinaire ini adalah;
Ads
“All that interests me is promoting my brands, never myself,” – Sumber: The Telegraph.
“My work is to help innovators and designers understand that the success of their creativity is in large part based on the success of their products. Creativity — yes, but executed in a way that people like and can use,” – Sumber: Forbes.
“The goal of a startup is not to stay a startup. The goal of a startup is to grow and to become, if possible, a large company,” – Sumber: Bloomberg.
“Happiness for me is really leading the team and, if possible, leading them to the top,” – Sumber: Forbes.
“Money is just a consequence. I always say to my team, don’t worry too much about profitability. If you do your job well, the profitability will come,”– Sumber: Forbes.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bijak, cantik dan memartabatkan nama negara. Inilah pakej lengkap wanita bernama Profesor Dr Nik Serena Datuk Dr Nik Zainal Abidin, seorang saintis Malaysia yang berpengkalan di United Kingdom.
Graduan perubatan di Unit Penyelidikan Kanser, University of Cambridge di bawah tajaan Petronas itu sekali lagi mengharumkan nama negara selepas menerima anugerah Francis Crick Medal and Lecture 2022 atas sumbangannya terhadap kajian punca barah.
Anak kepada tokoh perubatan Allahyarham Datuk Dr Nik Zainal Abidin Nik Abdul Rahman itu sebelum ini pernah dianugerahkan Hadiah Penyelidikan Kanser Dr Josef Steiner 2019 atas kejayaannya menjalankan kajian untuk mempercepat penafsiran holistik genom kanser.
Hadiah yang turut dikenali sebagai ‘Hadiah Nobel untuk Kajian Kanser’ itu dianugerahkan kepada Prof Dr Serena secara bersama dengan rakan penyelidikan beliau, Dr Paul Calleja dan Dr Ignacio Medina dari University of Cambridge, di University of Bern di Switzerland pada tahun 2019.
Menerusi kenyataan di laman sesawang The Royal Society, anugerah tersebut diberikan kepada Prof Dr Serena atas kejayaan besar melalui analisisnya mengenai tanda-tanda mutasi pada genom barah, yang mana ketika ini telah diterapkan pada terapi barah.
Anugerah tersebut sekali gus menyaksikan Prof Dr Serena, yang kini bertugas sebagai doktor dan saintis di Penyelidikan Kanser UK, Universiti Cambridge bakal menerima pingat dan hadiah sebanyak £2,000 (RM11,568).
Menurut The Royal Society, anugerah The Francis Crick Medal and Lecture diberikan setiap tahun dalam apa jua bidang sains biologi. Keutamaan diberikan kepada bidang genetik, biologi molekul dan neurobiologi.
Sementara itu, Prof Dr Serena dalam kemas kini di laman Twitternya menzahirkan rasa gembira dan berterima kasih atas penghormatan besar itu.
Kejayaan Prof Dr Serena itu turut mendapat perhatian Institut Penyelidikan Perubatan United Kingdom yang mengucapkan tahniah atas anugerah tersebut.
Untuk rekod, Prof Dr Serena menyambung pelajaran di Wellcome Sanger Institute (WSI) pada 2009 untuk meneroka kajian kanser payu dara menggunakan whole genome sequencing (WGS).
Beliau kemudiannya dianugerahkan CRUK Advanced Clinician Scientist Fellowship pada 2017 sebelum berpindah ke Universiti Cambridge.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bercuti bagi saya sangat menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila kita bersama yang tersayang. Melihat keindahan ciptaan Allah SWT, belajar benda-benda baru di tempat baru, sambil terhibur dengan pelbagai keletah anak kecil. Kami suami isteri pernah diduga dengan kehilangan anak, jadi apabila Allah SWT mengurniakan anak kami, Daniel, selagi kami masih sihat, dimurahkan rezeki dan dilapangkan masa, kami akan cuba untuk bawa Daniel bercuti.
Selalunya saya memperuntukkan dua kali setahun untuk bercuti. Satu cuti panjang di negara 4 musim. Jadi waktu pilihan bercuti tak tentu sama ada musim sejuk, musim bunga atau musim luruh. Bergantung kepada jadual kerja saya dan suami. Lagi satu cuti ketika raya Aidilfitri. Biasanya kami memperuntukkan dua hari raya pertama untuk bersama keluarga dan ziarah sanak saudara, kemudian baki cuti yang lain kami akan bercuti sama ada dalam Malaysia ataupun sekitar Asia Tenggara.
Bercuti bersama anak kecil sangat mencabar tapi menyeronokkan. Its an adventure untuk kami, suami-isteri. Kenali anak anda dan always be prepare. Saya selalunya akan pilih penerbangan pada waktu malam jadi untuk long haul flight, anak saya akan tidur. Saya akan pilih tempat duduk tepi tingkap kerana Daniel sangat teruja tengok pemandangan daripada tingkap.
Jika ada transit di mana-mana, biasanya memang saya standby 1 beg kecil yang berisi mainan untuk Daniel bermain sementara tunggu penerbangan seterusnya. Selain daripada itu, kena siap sedia ubat-ubatan untuk kecemasan. Ke negara yang kami pergi, kami akan cuba selitkan themepark atau zoo dalam itinerary kami.
Alhamdulillah berjaya juga jejak kaki ke bumi Turki dan Eropah Selatan. Santorini sudah lama menjadi destinasi idaman kami berdua suami-isteri. Walaupun ada yang berkata bahawa Santorini agak overrated namun, setelah menjejakkan kaki ke kepulauan Greek itu, Subhanallah indahnya ciptaan Allah SWT. Keunikan deretan bangunan putih berkubah biru di tebing-tebing pulau, pasir pantai yang unik berwarna hitam, serta keindahan matahari terbit dan terbenam. Satu pengalaman yang cukup unik.
Tip buat mereka yang mahu bercuti adalah buat homework dan survey sebelum ke tempat yang ingin dituju. Sekarang internet di hujung jari, banyak aplikasi online yang boleh digunakan untuk bercuti. Sentiasa berwaspada dengan penyeluk saku. Saya pernah mengalami peristiwa kehilangan pasport dan kad kredit di Venice angkara penyeluk saku.
Saya sarankan kepada yang hendak bercuti pakai money belt dan sentiasa berwaspada. Keluarkan sedikit wang untuk gadget. Jika berkemampuan boleh beli gadget yang memudahkan urusan anda untuk ambil gambar. Saya beli tripod serta holder yang boleh disambungkan dengan stroller anak saya. Jadi mudah untuk kami mengambil gambar walau di mana sahaja.
Saya rasa percutian saya sama sahaja seperti orang lain. Cuma mungkin kami sekeluarga sangat suka mengambil gambar dan video jadi kadang-kadang ramai yang tertanya adakah kami membawa jurugambar peribadi. Sedangkan sebenarnya kami hanyalah menggunakan kamera dari telefon bimbit serta bantuan tripod dan remote bluetooth supaya dapat ambil gambar sekeluarga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasangan selebriti ini sememangnya sering berkongsi foto percutian peribadi mereka di laman Instagram. Malah sebelum berkahwin lagi, mereka kerap melancong ke luar negara dan mengabadikan kenangan serta momen bersama-sama.
Menerusi laman Youtube Taulany TV, Indra dan Nikita Willy membawa penonton melihat segenap ruang kediaman mewah mereka yang terletak di kawasan perumahan elit di Jakarta.
Sejak bernikah pada tahun 2020, Nikita Willy dan suaminya Indra Priawan memilih tinggal di kondo mewah yang terletak di kawasan elit Kebayoran Baru, Jakarta Selatan. Kondominium tersebut dilengkapi fasiliti mewah, seperti lif ke pintu kediaman dan juga kawalan keselamatan yang ketat.
Memandangkan pasangan ini sememangnya kaki travel sejak zaman bercinta, sudah tentu momen percutian menjadi elemen hiasan utama yang diketengahkan di segenap ruang dinding di ruang tamu kediaman mewah pasangan ini yang luas dan dilatari rona tanah sebagai hiasan utama.
Di samping itu, ruang keluarga juga kelihatan dinding yang dipenuhi oleh foto-foto Indra Priawan dan Nikita Willy. Foto tersebut merupakan potret ketika mereka berdua melakukan hobi traveling mengelilingi dunia.
Pasangan yang mendirikan rumahtangga pada tahun 2020 ini juga amat mementingkan ruang keluarga yang cozy untuk menikmati momen indah bersama keluarga sambil menghadap pemandangan indah dari segenap pelosok kondominium mewah tersebut.
Umum mengetahui Nikita memilih untuk melahirkan zuriat pertamanya di Amerika Syarikat pada 8 April 2022. Issa Xander Djokosoetono dilahirkan di hospital yang pernah menyambut kelahiran banyak anak selebriti terkenal Hollywood antaranya termasuklah Kim Kardashian, Beyonce dan Victoria Beckham iaitu Cedars-Sinai Medical Center.
Selain itu, Nikita turut berkongsi dekorasi bilik bayinya, Issa Xander yang dihias teliti untuk si kecil yang menjadi permata hati pasangan suami isteri ini. Rona putih dan kelabu melatari bilik bayi pasangan ini yang kini sudah menginjak usia 1 tahun baru-baru ini.
Nuansa putih dan kelabu menjadi pilihan ibu muda ini untuk bilik anak tersayang yang mendapat sentuhan mewah dan elegan. Bertemakan safari dengan gabungan warna earth tone melengkapkan lagi ruang dekorasi kamar si kecil ini.
Selain ruang bilik tidur baby Issa, Nikita turut memberi sentuhan moden dan kontemporari untuk beberapa lagi ruangan di kediamannya termasuklah dapur yang menggunakan nuansa coklat, hitam dan putih serta ruangan balkoni yang diberi sentuhan pepohon hijau untuk melakukan aktiviti senaman seperti yoga.
Untuk rekod, Indra Priawan Djokosoetono merupakan generasi ketiga pemilik perniagaan teksi Blue Bird yang sudah beroperasi di Indonesia lebih dari 40 tahun. Indra Priawan sendiri merupakan lulusan Universitas Indonesia jurusan Teknik Mesin pada 2013. Usai menamatkan kuliah di Universiti Indonesia, Indra Priawan melanjutkan pelajaran dalam jurusan International Business di Hult International Business School, San Francisco, Amerika Syarikat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Drama Melur Untuk Firdaus merupakan antara drama yang melonjakkan nama pelakon Anna Jobling dalam dunia seni tanahair. Jadi tidak hairanlah jika nama Anna Jobling...