Siapa yang tidak mengenali Dr Nur Amalina Che Bakri. Bermula dari kejayaan mendapat keputusan sangat cemerlang dalam SPM, nama beliau terus disebut-sebut dalam dunia perubatan. Biarpun jauh di perantauan, beliau tidak pernah lupa menghulur bantuan kepada rakyat Malaysia, seperti yang dilakukan kepada adik Ainul tidak lama dahulu.

Pengguna Media Sosial MALAYSIA Paling Tinggi Di Dunia, DR AMALINA CHE BAKRI Ambil Kesempatan SEBAR ILMU Kesihatan

Ads

Orangnya begitu bergaya dan fashionable, membuatkan ramai yang seronok scroll akaun Instagramnya. Informasi dikongsi dengan begitu terperinci tapi tidak sedikit pun membosankan. Malah, Dr Amalina juga rajin membalas persoalan di ruangan komen khususnya soal kesihatan.

 

‘Pertemuan’ Nona bersama Dr Amalina hanya melalui kiriman emel. Perbezaan latar waktu di antara UK dan Malaysia membataskan kami untuk berutusan secara konsisten. Tambahan pula, ruang waktu beliau begitu padat dengan kerja klinikal sebagai doktor bedah dan felo akademik kajian klinikal di Imperial College di mana beliau membuat kajian perubatan dalam bidang kanser payudara serta Covid-19.

 

“Sepanjang tempoh lockdown pertama di UK, 24-hours-shift on calls saya bekerja demi menjaga pesakit Covid-19. Dan tibanya gelombang kedua ini, England pula lumpuh sehingga memaksa berlakunya lockdown kedua. Keadaan di hospital kembali sibuk dan jadual saya pula semakin padat. Dalam situasi ini, saya hanya fokus kepada kerja-kerja di hospital dan kajian perubatan. Persiapan perkahwinan di UK dan Malaysia juga tergendala sedikit dek second lockdown dan kenaikan kes di Malaysia,” tulisnya.

Pengguna Media Sosial MALAYSIA Paling Tinggi Di Dunia, DR AMALINA CHE BAKRI Ambil Kesempatan SEBAR ILMU Kesihatan

Sesekali berkesempatan melayari laman Instagram Dr Amalina, pasti ramai yang mendapat sedikit sebanyak informasi serta pengetahuan mengenai kesihatan yang dikongsikan dalam kebanyakkan posting beliau. Sebaran ilmu kesihatan dalam bentuk lebih ringkas dan mudah difahami bukan sahaja sesuai untuk golongan muda bahkan di lewat usia juga maklumat begini turut membantu dalam mengetahui sedikit sebanyak tentang kesihatan.

 

Nama Dr Amalina juga tidak asing lagi di kaca televisyen dan media cetak. Pencapaian cemerlang dalam bidang akdemik dan kerjaya membuatkan beliau menjadi role-model kepada orang lain, lebih-lebih lagi golongan muda. Pengaruh inilah yang membuatkan Nona memilih Dr Amalina menerima anugerah Nona Health Influencer 2020. Mengambil kesempatan di mana Malaysia mempunyai antara pengguna media sosial tertinggi di dhnia, Dr Amalina memilih platform itu bagi menyampaikan maklumat kesihatan.

 

“Media sosial adalah cara paling mudah untuk berkongsi maklumat. Malaysia adalah antara negara yang mempunyai jumlah pengguna media sosial tertinggi di dunia. Ramai orang melayari media sosial dan menghabiskan masa yang panjang lebih-lebih lagi melihat gambar-gambar di Instagram. Sambil itu, dapat juga mereka belajar perkara baharu.

Pengguna Media Sosial MALAYSIA Paling Tinggi Di Dunia, DR AMALINA CHE BAKRI Ambil Kesempatan SEBAR ILMU Kesihatan

Dari media sosial juga, kita mudah mendekati anak-anak muda yang bakal menjadi pelapis generasi akan datang. Sekiranya kita dapat mendidik mereka dari peringkat awal tentang ilmu kesihatan, secara tak langsung kita dapat membina generasi yang boleh berfikir secara kritikal dan lebih celik ilmu berdasarkan kajian saintifik,”katanya lagi. Dr Amalina turut membangunkan sebuah laman sesawang bertajuk Ask Dr Amalina yang membincangkan serta menyampaikan informasi tentang kesihatan.

Ads

 

DUNIA KLINIKAL & AKADEMIK

Sejak kecil lagi Dr Amalina menyimpan cita-cita untuk bergelar doktor. Stethoscope, buku-buku berkaitan kerjaya doktor dan buku anatomi menjadi ‘permainan’ kegemarannya. Mendapat sokongan padu dari kedua ibu bapa, Dr Amalina terus mengukir kejayaan demi kejayaan yang begitu membanggakan keluarga dan negara.

 

Menyimpan impian untuk menjadi ketua dalam bidang klinikal dan akademik, Dr Amalina jelas dalam memandu kerjaya ke peringkat lebih tinggi.

 

Ads

“Saya ingin bekerja di hospital universiti bertaraf dunia, menjadi seseorang yang dipandang tinggi dalam bidang klinikal dan akademik. Alhamdulillah, saya memenangi kajian klinikal Clinical Research Fellowship di bawah naungan Prof Lord Ara Darzi di Imperial College London membolehkan saya menggabungkan kerja-kerja klinikal dan kajian serentak.

Pengguna Media Sosial MALAYSIA Paling Tinggi Di Dunia, DR AMALINA CHE BAKRI Ambil Kesempatan SEBAR ILMU Kesihatan Pengguna Media Sosial MALAYSIA Paling Tinggi Di Dunia, DR AMALINA CHE BAKRI Ambil Kesempatan SEBAR ILMU Kesihatan

Bagi saya, penting untuk seseorang doktor melibatkan diri dalam kajian perubatan untuk menaiktaraf skil dalam kepakaran masing-masing serta dapat menyumbang kepada dunia sains dan perubatan.

 

Kesibukan sudah menjadi lumrah dalam kamus seorang doktor dan anda perlu belajar sepanjang hidup untuk menjadi doktor yang cemerlang. It is a very challenging job but it is also very rewarding. Anda boleh mengubah dunia menjadi lebih baik dengan membantu meningkatkan kualiti kehidupan pesakit, and this can be a tremendously satisfying experience. It is something that money can’t buy.

 

Saya mahu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda untuk meneruskan kerjaya di mana ia boleh meninggalkan impak positif pada orang lain. Bagi mencapai matlamat ini, saya perlu bekerja keras, fokus dengan cita-cita saya dan lebih bermotivasi tinggi untuk berjaya dalam hidup. Nasihat saya, berusahalah bersungguh-sungguh buka minda dan keluar dari zon selesa. Anda perlu tetapkan matlamat dalam hidup seterusnya jujur pada diri sendiri. Atur pelan A – Z tanpa rasa mengalah.”Dr Amalina.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI