“Pengorbanan Ini Dipenuhi Air Mata” Atlet Bola Jaring Negara AN NAJWA Cemerlang, Berjaya Genggam Ijazah

Penjaring utama (GS) skuad bola jaring kebangsaan wanita, An Najwa Azizan baru-baru ini berjaya menggengam Ijazah Sarjana Muda pada Majlis Konvokesyen ke-46 Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kredit Foto: Koleksi UPM
Kredit Foto: Instagram An Najwa Azizan
Kredit Foto: Instagram An Najwa Azizan.

Berusia 25 tahun, atlet tinggi lampai yang pernah merangkul pingat emas sulung ketika di temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 2017 ini merupakan pelajar jurusan Komunikasi di UPM.

Kredit Foto: Instagram An Najwa Azizan
Kredit Foto: Instagram An Najwa Azizan
Kredit Foto: Instagram An Najwa Azizan

An Najwa yang merupakan anak kepada bekas pemain ragbi kebangsaan ini turut berkongsi detik terindah itu menerusi hantaran (posting

) di Instagram. Hantarannya itu dihujani pujian serta ucapan tahniah daripada para pengikutnya.

Tulis An Najwa di ruangan kapsyen: –

After years and years, I’ve finally, officially graduated. Grateful for such an amazing support system throughout this journey filled with tears & laughter (happy tears too of course!)

Kredit Foto: Instagram An Najwa Azizan
Kredit Foto: Instagram An Najwa Azizan

“Setelah bertahun-tahun, akhirnya saya telah tamat pengajian secara rasmi. Bersyukur dengan sistem sokongan yang luar biasa sepanjang perjalanan ini yang dipenuhi dengan air mata dan ketawa (tentu saja air mata gembira!)”

Ternyata kejayaan ini bukan mudah untuk digapai kerana banyak pengorbanan yang dilakukan oleh An Najwa bukan hanya sebagai atlet bola jaring negara malah pada masa yang sama harus menggalas komitmen sebagai pelajar sepenuh masa.

Kredit Foto: Instagram An Najwa Azizan
Kredit Foto: Instagram An Najwa Azizan

“Saya sangat berbangga menjadi pelajar UPM kerana prestasi saya dalam bidang sukan semakin hari semakin bagus, pengajian pun bergerak seiring.

“Walaupun saya berkecimpung dalam sukan bola jaring, tetapi pada masa depan kita tak tahu apakah nasib kita.

“Jadi saya sarankan semua atlet untuk sambung belajar sama ada dalam bidang akademik mahupun kemahiran untuk membantu kita teruskan kehidupan,” ungkap An Najwa.

Kredit Foto: Instagram An Najwa Azizan

An Najwa yang sebelum ini pernah berhijrah di Australia pernah melakar sejarah buat negara untuk pertama kalinya dengan beraksi di liga luar negara menerusi kelab Bola Jaring Greater Western Sydney (GWS) Fury.

Selain itu, dia juga pernah dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP).

Kredit Foto: Instagram An Najwa Azizan

Menurut atlet yang sudah berkecimpung selama 10 tahun dalam sukan bola jaring ini, dia akan mula mencari kerja pada tahun 2023 dalam bidang komunikasi seiring dengan ijazah yang diterima serta sukan yang diminatinya iaitu bola jaring.

Semoga segala impian An Najwa dipermudahkan dan terlaksana. Sebagai atlet harapan negara, teruslah melakar kejayaan buat Malaysia sekaligus menjadi inpirasai buat generasi muda.

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad