PENGORBANAN MU… TITIAN KE SYURGA

PENGORBANAN MU… TITIAN KE SYURGA

Sebaik sahaja kain kapan di buka aku melihat wajahnya tenang seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Aku mengusap dahi dan wajahnya terasa berpeluh dan lembap. Darah merahnya masih segar, sesekali mengalir keluar dari mulut dan hidung. Berkata dalam hati ku sendiri… seperti Mira masih hidup!

Ketika ibu ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibu tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulut Mira. Mengikut kelaziman, selepas hampir dua hari dan di simpan di dalam peti jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah pastinya menjadi beku dan mati. aku teringat beberapa hadis yang menyatakan inilah di antara tanda-tanda orang baik meninggal.

Sesungguhnya kebesaran Allah S.W.T tiada terduga dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih ada antara manusia yang terpilih untuk mati syahid. Kisah ini aku titipkan untuk renungan para suami agar menghargai pengorbanan seorang isteri dan ingin sekali ku khabarkan pada semua, betapa bertuahnya aku memiliki Mira biarpun hanya empat tahun berkongsi nafas yang sama…

Mira punya kerjaya sukses sebagai seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengiklanan. Usianya meniti awal 40an sewaktu mula kami dipertemukan. Jodoh ini ditentukan oleh kedua-dua belah pihak keluarga. Mira menyerahkan ibu dan ayah menentukan jodoh yang sesuai untuknya kerana terlalu sibuk dengan kerjaya, tidak ada masa untuk berpacaran. Aku beberapa kali putus cinta, kecewa dan akhirnya menerima sesiapa sahaja dalam hidup asalkan ibu bapa setuju.

Gambar Hiasan

Beza jarak usia antara aku dan Mira sepuluh tahun. Pada awalnya aku merasa terlalu kerdil untuk menerima aturan perkahwinan ini kerana sedarkan diri ini hanyalah seorang juru teknik computer, sedangkan Mira berpangkat besar. Namun pesan Mira pada ku, harta dan kedudukan bukanlah penentu kebahagian. Mungkin Mira jatuh hati dengan raut wajah ku juga agaknya, tidaklah handsome sangat tapi manis tu ada la… Bagi aku jua, Mira mungkin tidak secantik Rozita Che Wan tetapi keperibadiannya amat ku kagumi.

Pada awal perkahwinan aku sangkakan wanita yang aku kahw ini pasti seorang yang bossy! Al-maklumlah… sudah biasa menjadi ketua di pejabat. Sebaliknya apa yang dibentangkan pada ku keindahan seorang isteri yang cukup tinggi budi pekertinya, lemah lembut, menghormati dan penyayang. Jauh sekali karektornya kala di pejabat. Sesibuk mana sekalipun di pejabat tidak pernah satu hari tidak menelefon ku bertanya khabar dan mengambil berat tentang makan minum ku.

Kalau boleh impiannya setiap hari menyambut kepulangan ku dari kerja dan membuka sarung kaki suami, tetapi aku cukup memahami kerjayanya dan tidak terlalu berharap untuk layanan semua itu. Namun Mira sentiasa berusaha menambat hati ku dengan layanan manjanya, air tangan masakan yang tiada tandingan, bijak mengawal emosi ku bila dalam suasana panas dan cukup memahami. Aku sentiasa di layan seperti seorang RAJA di rumah, walaupun di luar aku hanya kerja sebagai kuli biasa. Semakin hari, semakin berputik rasa cinta ku padanya.

Yang menyentuh hati ku lagi, bila dengan ikhlasnya Mira mengeluarkan sendiri wang simpanannya menghantar ayah dan ibu ku pergi menunaikan umrah. Betapa murninya pengorbanannya itu, aku benar-benar terharu. Katanya, “Ayah dan ibu Mira sudah beberapa kali ke Mekah, biarlah kali ini ibu abang pula menziarah rumah Allaha… Boleh doakan kita semoga dikurniakan cahaya mata dan membuka pintu hati kita pula untuk bersama ke sana…”

Diakui, Mira tidak pernah meninggalkan solat dan kewajipan dirinya kepada Allah. Aku sahaja yang biasanya malas bangun sembahyang subuh, biapun sudah dikejutkan berkali-kali oleh Mira. Jika ada rezeki, Mira sentiasa menghulurkan bantuan kewangan kepada pihak masjid dan rumah anak yatim. Ya Allah! Betapa bersyukurnya aku mempunyai isteri begini…

Gambar Hiasan

Selepas empat tahun berkahwin barulah Mira disahkan hamil. Betapa gembira aku sehingga tidak terkata. Inilah jua impiannya untuk memberikan zuriat kepada ku. Sayangnya, sewaktu bersalin Mira mengalami masalah pendarahan rahim yang cukup banyak. Bayi Amar berjaya diselamatkan, tetapi nyawa Mira dalam bahaya! Sehinggalah doktor tidak mampu lagi melawan takdir Tuhan, Mira pergi selamanya. Pesan akhirnya, “Jagalah Amar sebaik mungkin, besarkan anak kita agar menjadi insan sebaik abang…”

Mira meninggalkan aku dengan sekeping nota…

I asked you if I was PRETTY, u said NO. I asked u if I was FAT, u said YES OF COURSE. I asked if u WANTED to be w/me forever, u said NO. I asked u if u would CRY if I walked away, u said NO. I had heard too much, and need to leave and as I walked away… U grabbed my arm and told me to stay. U said… Ur not PRETTY, ur BEAUTIFUL. The only thing FAT, or BIG, about u is ur HEART. I don’t WANT to be w/u forever, I NEED to be w/u forever… and baby I wouldn’t CRY if u walked away… I would DIE…

Itu antara bicara setahun selepas perkahwinan kita, tidak sangka Mira masih mengingatinya sehingga ke detik terakhir. Dan kini kau pergi duhulu sebelum ku… biarkan aku menangis sendiri…

Semoga roh beliau ditempatkan bersama golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah S.W.T…

Share
Published by
KR