Ads
Home Berita Pentingnya DOA Seorang Isteri Agar REZEKI Suami Sentiasa Mengalir Deras Seperti Air

Pentingnya DOA Seorang Isteri Agar REZEKI Suami Sentiasa Mengalir Deras Seperti Air

Ads

Seorang isteri yang bekerja dapat membantu membangunkan ekonomi keluarga sekaligus meringankan beban suami. Walaupun mencari nafkah bukan kewajiban seorang isteri namun pahala yang diperolehi tak terhitung. Selain pengorbanan itu, seperkara lagi yang tidak harus dilupakan oleh seorang isteri ialah mendoakan suami. Percayalah, di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita yang menyokongnya dari belakang, dialah isteri.

Ads

Pentingnya DOA Seorang Isteri Agar REZEKI Suami Sentiasa Mengalir Deras Seperti AirDoa seorang isteri besar kuasanya demi kesejahteraan suami serta menjadi pelindung paling ampuh buat keluarga. Baik atau buruk seorang suami, isteri perlu menerima seadanya. Isteri juga harus lebih kuat salah satunya dengan mendoakan suami dalam aspek kehidupan. Berikut beberapa perkara penting yang perlu ada dalam doa seorang isteri setiap hari.

KOMITMEN
Doakan komitmen suami terhadap perkahwinan agar sentiasa dijauhkan daripada permusuhan, sikap tidak matang dan saling melukai. Berdoalah agar komitmennya terhadap anda tidak pernah goyah walau dilanda bermacam dugaan. Semoga cinta semakin kuat setiap hari dan dijauhkan daripada perceraian.

KARIER
Doakan agar kerjaya suami sentiasa diberkati dan terus sukses. Agar setiap pekerjaan yang dilakukannya diberkati oleh Allah SWT selain dijauhkan dari kemalasan dan diberikan kemampuan untuk terus bekerja demi mencari nafkah buat keluarga. Semoga kewangan dapat dimanfaatkan untuk tujuan yang betul.

Ads

Pentingnya DOA Seorang Isteri Agar REZEKI Suami Sentiasa Mengalir Deras Seperti AirKESIHATAN
Badan yang sihat mahal harganya. Jika suami sakit banyak hal rumah tangga yang akan terjejas. Maka, seorang isteri perlu mendoakan agar suami sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dijauhkan daripada kecelakaan seperti penyakit mahupun kemalangan.

Ads

SIKAP & KESIHATAN MENTAL
Sikap dan mental yang baik akan menjadikan seisi rumah tenang dan bahagia. Doakan agar suami sentiasa mencurahkan kasih sayang, prihatin, sabar, tidak ego, tidak mudah marah, memiliki jiwa yang bersih dan bersyukur seterusnya dijauhkan sikap yang boleh memberikan tekanan dalam rumah tangga.

HUBUNGAN INTIM
Hubungan intim bersama isteri merupakan satu keperluan terpenting bagi seorang suami. Sebagai isteri anda harus peka kerana ia satu hal yang sensitif. Doakan agar suami dapat meluangkan waktu untuk bersama di samping berkongsi perasaan masing-masing secara terbuka. Jagalah nafsu suami agar dijauhkan daripada gejala-gejala negatif seperti kecurangan mahupun pencabulan!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI